**Last day on Corall Island**
Awal pagi lagi Skylar suda mengemaskan pakaiannya.
Rasa tidak sabar untuk tamatkan percutian ini yang terasa agak panjang.Dalam masa beberapa hari sahaja suda banyak perkara yang berlaku ke atas dirinya.
Skylar berharap ini ada kali terakhir Zev Nevins atau Ayyan Dax muncul di dalam hidupnya.
Dua lelaki ini harus dipadamkan daripada ingatannya.On the other hand,Zev masih lagi baring di atas katil.
Malas mahu menamatkan percutian ini.
Entah mengapa Zev rasa berat hati untuk melihat Skylar pergi.Zev sendiri tidak pasti kalau selepas ini dia masih boleh melihat Skylar atau pun tidak.
Dalam masa yang singkat sahaja Zev sudah kerap kali membiarkan dirinya terlibat dalam hidup Skylar.Dia suda tidak seperti dirinya sendiri.
Abelle sendiri perasan dengan perubahan diri Zev.
Selama ini Zev tidak pernah masuk campur dalam urusan atau masalah orang lain,
tapi dengan Skylar,dia lupa tentang prinsip hidupnya sendiri.Ayyan Dax pula sudah mulai menyusun rapi rancangannya untuk memiliki cinta Skylar kembali.
Dia sanggup tinggalkan semua kemewahan yang Quinn berikan kepada dia dan keluarganya hanya untuk Skylar Dee.Kalau dulu dia terlalu terburu-buru untuk mengejar kesenangan hidup,
kini dia sedar cinta Skylar adalah satu-satunya benda yang dia perlukan dalam hidupnya.
Dia berjanji kali ini dia akan mempertahankan Skylar tidak kira lah apa halangan yang bakal menguji dia.
YOU ARE READING
Remember when (SLOW UPDATE)
Short StoryWhat would happen when two broken people met each other? Skylar Dee tidak pernah menyangka bahawa cinta yang terbina selama 6 tahun dengan teman lelakinya putus sekelip mata apabila teman lelakinya lebih memilih perempuan yang disukai oleh keluargan...