Chapter 13

985 133 13
                                    

Skylar turun dari katil dan  berjalan ke arah dapur.
Peti ais dibuka,Skylar mencari painkiller.
Sejak subuh tadi badannya terasa ngilu dan kepalanya rasa berat.

Skylar melepaskan keluhan berat.
Dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia demam begini.
Stock painkiller pun suda habis.

Tettt..tettt..tettt...
Skylar menekan screen handphone.

📞Hello..morning Dave.

📞Good morning,kenapa suara kau lain-lain ni?

📞Kau di mana?

📞Masih di rumah,lepas ni mau singgah hospital dulu baru pigi office.

📞Ohh okay,buli kau singgah saya kah?

📞Pigi hospital?tapi kau okay kah ni?

📞Mungkin saya demam tapi habis suda ubat saya.

📞Bah kejap lah,saya mau keluar suda ni,
nanti kita ambil  ubat untuk kau.

📞Bah,saya tunggu saja lah.

tuttt...tuttt..tuttt..
Panggilan dimatikan.

Skylar melangkah masuk ke dalam biliknya dan mencapai tuala mandi.
Dia harus bersiap segera sebelum Dave datang untuk menyinggahnya.

********************************

:In the car with Dave:

"Aiyaa..macam teruk saja keadaan kau ni Sky,kenapa kau tida call saja saya awal-awal"
Kata Dave dengan nada risau.

"Malaslah mau kasi susah kau,
lagipun demam saja bah ni"
Balas Skylar dengan lemah.

"Kau ni,time saya sakit kau yang selalu jaga saya,lepas saya kahwin takkan kau ignore saya suda.
Kau tu kalau sakit bikin risau,
jarang sakit tapi satu kali sakit terus teruk macam ni.
Kau ada makan kah semalam?"
Tanya Dave sambil memandang sekilas ke arah Skylar.

Skylar menggeleng.
Malam tadi dia betul-betul tidak berselera,
apalagi bila dia masih risau akan kecederaan yang Ayyan alami.
Pertembungan dengan Recca Amanda di hospital kelmarin turut menjejaskan mood Skylar.

"Lepas ambil ubat kita sarapan terus ahh,
dengar sikit bah,keras kepala ohh kau ni"
Rungut Dave.

"You're too noisy Dave,kasi bangun saya kalau kita sampai suda"
Kata Skylar dan memusingkan tubuhnya membelakangi Dave.

"Tingu tu..aiyaa"
Kata Dave dengan keluhan.

Dave mengusap lembut kepala Skylar.
Dia sendiri terkejut dengan kehadiran Recca Amanda di hospital kelmarin.
Serta merta dia teringatkan sahabatnya ini.
Pasti Skylar terganggu dengan pertembungan itu.

Tapi apa yang lebih mengejutkan Dave ialah cara abang iparnya,Zev Nevins yang berbual mesra dengan Recca Amanda seperti mereka berdua suda lama saling mengenali.
Zev juga memanggil Recca dengan nama Verra.

Setahu Dave,Recca hanya menggunakan nama itu di pentas peragaan sahaja.
Dave menggeleng laju.
Mungkin Zev mengenali Recca daripada fashion show yang pernah dia pergi.
Siapa yang tidak kenal dengan model yang terkenal dengan bikini wear itu.
Ramai lelaki tentu turut mengidamkan perempuan seperti Recca Amanda dalam diam.

Dave sendiri pernah meminati model itu,
tapi itu sebelum dia tahu yang Ayyan Dax tinggalkan Skylar kerana memilih untuk bersama dengan Recca Amanda.

Kebenciannya terhadap model itu berlipat kali ganda apabila dia melihat sendiri macam mana mereka menyakiti Skylar.
Tidak cukup dengan hanya merampas Ayyan dari Skylar,
Recca turut membuat Ayyan benci kepada Skylar.

Remember when (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now