CHAPTER 15

920 134 32
                                    

"Skylar.."

Skylar menoleh ke belakang apabila dia terdengar namanya dipanggil.
Skylar melihat Zev melangkah mendekatinya dengan bersahaja.

"What?"
Tanya Skylar malas-malas.

"Saya hantar kau balik"
Kata Zev sambil menekan butang buka di tepi pintu lift.

"Saya drive pigi sini tadi"
Kata Skylar dan masuk ke dalam lift.

Zev mengeluh berat dan masuk ke dalam lift.
Zev berdiri di sebelah Skylar sambil memikirkan cara macam mana dia boleh menghabiskan lebih masa bersama Skylar.
Zev buntu,dia belum puas melihat Skylar dan dia tidak mahu pertemuan mereka hari ini terbantut begini sahaja.

"Hmm..kalau macam tu boleh kau hantar saya balik?"
Tanya Zev dengan sopan.

Skylar angkat kening.Pelik dengan permintaan Zev.What is wrong with this guy?
something is totally off here.

"Huh..kau kan drive pigi sini"
Kata Skylar dengan keluhan.

"Ya lah tapi saya rasa macam saya sakit"
Balas Zev.

"Rasa macam sakit?apa bah kau cakap ni"
Kata Skylar mulai rasa geram dengan Zev.

"Ya lah,dari semalam saya tida cukup tidur sebab datang sini,kau tida kesian saya kah?"
Balas Zev dengan nada suara merajuk.

Skylar mengeluh panjang.
Wajah Zev direnungnya lama.
Betul kata Zev,pasti dia tidak mendapat rehat yang secukupnya sejak dia dan Dave datang menemani Ayyan di sini.

"Kau tinggal di mana?"
Tanya Skylar malas-malas.

Mata Zev membulat menoleh memandang Skylar.
Dia sedaya upaya mengawal emosinya.
Mahu sahaja dia melompat gembira ketika ini namun dia tidak mahu Skylar menarik balik kata-katanya sebentar tadi.

"I'll show you while you drive later"
Kata Zev dengan senyuman.

"Tapi kereta kau macam mana?"
Tanya Skylar sambil memandang ke arah Zev.

"Nanti saya suruh kawan saya ambil"
Kata Zev keluar dari lift.

"Suruh lah kawan kau hantar kau balik"
Kata Skylar melangkah melepasi Zev.

"He's busy,you're not"
Balas Zev sambil ketawa kecil.

Langkah kaki Skylar terhenti.
Dia menoleh dan merenung Zev dengan tajam.

Gulppp...Zev telan air liur.
Alamaa..adakah kata-katanya tadi telah membuat Skylar marah?
Damn..dia patut diam sahaja tadi.

"Kau mau balik sendiri kah?kalau tida bagus kau diam-diam sana!"
Kata Skylar geram.

"Sorry..that's your car right?"
Kata Zev dan cepat-cepat melangkah ke arah kereta Skylar.

Fuhhh..dia hampir-hampir merosakkan segala-galanya tadi.
Zev sedar yang dia harus lebih berhati-hati apabila bercakap dengan Skylar kerana beberapa perkataan sahaja suda cukup untuk membawa perubahan besar terhadap emosi Skylar.

*******************************************

:Nevins's House:

"Masuk lah dulu,ada saya mau minta tolong kau bagi sama Dave besok"
Kata Zev,keluar dari kereta Skylar.

"Can't you give him yourself?"
Tanya Skylar dengan keluhan.

"No"
Balas Zev sepatah dan terus berjalan ke arah pintu masuk .

"Arghh!!malas saya macam ni!"
Rungut Skylar sendiri sambil merenung tajam ke arah Zev yang suda masuk ke dalam rumah.

Skylar mematikan enjin kereta dan keluar dari perut kereta.
Skylar memandang sekeliling kawasan rumah Zev.
Did he live alone at this huge house?

Remember when (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now