Chapter 08

802 101 1
                                    

Skylar berdiri sendirian di penjuru bot.
Laut yang kebiru-biruan menenangkan sedikit fikirannya yang kusut.
Keluhan halus dilepaskan.
3 hari...3 hari lagi dia terpaksa bertahan dengan kehadiran Ayyan Dax dan juga Zev Nevins yang sentiasa cuba membuat dia sakit hati dan marah.

Kalau bukan kerana perasaan bersalahnya  terhadap Abelle,
sudah lama dia tinggalkan tempat ini.
Bila teringat lakonan Zev tadi,
sakit hatinya semakin bertambah.
Geram dengan kepura-puraan Zev yang sengaja mengada-adakan perkara yang tidak pernah berlaku pun.

"Sky...."
Nama Skylar dipanggil seseorang.

Skylar menoleh.
Dave berdiri di sebelahnya dengan riak wajah suram.
Skylar diam menanti kata-kata Dave.
Tadi,Abelle sempat memberitahu Skylar yang semalaman Dave tidak tidur kerana mencari dia.
Serta merta perasaan marah terhadap sahabatnya itu bertukar menjadi kasihan.

"Sorry,saya tida patut buat macam tu,
tapi saya tida tahan suda bah sama gaya dia yang macam tiada rasa bersalah betul sama kau,
after what he done to you..
dia buat macam kau tidak pernah sengsara sebab dia"
Jelas Dave dengan keluhan berat.

"I know..saya tau kau risau but I am a grown up woman Dave,
I can take care myself now..
pasal saya sama dia tu kau tida payah bergaduh sama dia lagi,
you're  a married man Dave,
kau patut fokus sama Abelle not me.."
Kata Skylar.

"But still..I want you to be happy bah,
everything was perfect until that scumbag muncul!"
Kata Dave geram.

"I'm happy what.."
Kata Skylar sambil tersenyum.

"Ya lah tu..tapi kan..mana kau pigi sama abang si Abelle?
Punya puas saya cari kau tapi semua orang pun tida tau kamu pigi mana"
Tanya Dave ingin tahu.

"Hmm..entah,mana lah saya tau di mana dia bawa saya"
Balas Skylar tanpa memandang Dave.

"Wait up..kenapa saya rasa macam kau lain-lain ni?
jangan cakap kamu ada buat......."
Kata Dave dengan senyuman meleret.

"Apa?!don't you dare Dave..
awas kau kalau kau fikir bukan-bukan!"
Kata Skylar sambil menampar lengan Dave.

"Hahahaaa..I knew it,
okay..okay..nothing happen kan,kan?"
Usik Dave.

"tiada...tiada...tiada....!"
Balas Skylar dan terus jalan meninggalkan Dave sendirian.

"Menipu pun tida pandai,Skylar..Skylar"
Kata Dave geli hati melihat muka Skylar yang suda merah.
------------------------------------------------------
9:06 PM

**CORALL ISLAND**

Skylar cepat-cepat melarikan pandangannya apabila dia melihat Quinn mengucup mesra pipi Ayyan.
Kenapa dia perlu rasa sedih dengan kebahagian yang ditunjukkan oleh mereka berdua?
Ayyan sudah lama menjadi milik orang lain tapi mengapa hatinya masih rasa kecewa melihat Ayyan berada di dalam pelukan perempuan lain?

Malam semakin lewat dan makan malam di tepi pantai menjadi lebih hangat dengan alunan muzik romantik yang ditemani bunyi pukulan ombak.
Dave sendiri sudah berdiri menghulurkan tangannya kepada Abelle,
lagu romantik sebegini tidak patut disia-siakan.

Quinn turut mengajak Ayyan menari di samping Dave dan Abelle.
Yang tinggal hanyalah sepasang manusia yang langsung tidak berminat dengan suasana yang mereka hadapi sekarang.
Zev Nevins hanya duduk bersandar di atas bangku kayu sambil menikmati wainnya.
Skylar pula duduk selangkah jauh dari Zev,
diam melayan emosinya yang becampur-baur.

"Come on guys,takkan kamu mau duduk saja..."
Kata Abelle sambil memandang ke arah Zev dan Skylar.

"Its okay,saya tukang tingu saja"
Kata Skylar sambil tersenyum.

Remember when (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now