Chapter 06

859 103 0
                                    

**Throwback**

"Kurang ajar!kalau kau bukan anak si Marrie memang saya tampar suda kau ni,
sibuk betul kau mau lawan saya gara-gara itu perempuan saja,
sampai bila-bila pun saya tida juga mau dia sama-sama si Ayyan!"
Tengking Aunty Edith.

Dave genggam kuat penumbuknya,
kalau ikutkan hati mau saja dia melepaskan sejuta sumpah serana ke atas Aunty Edith tapi dia masih waras dan batas di antara mereka masih lagi dia hormati.

Luluh sedih hatinya melihat cara Aunty Edith melayan Skylar.
Bukan sekali dua Skylar di tampar dan di sakiti namun suda beberapa kali badan Skylar lebam membiru akibat perlakuan Aunty Edith.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Recca,perempuan pilihan Aunty Edith untuk anaknya Ayyan turut sama menyakiti Skylar tanpa pengetahuan Ayyan.

Dave sendiri suda berulang kali cuba menasihati Skylar namun teman baiknya itu masih keras kepala mahu mempertahankan hubungannya dengan Ayyan Dax.

Akhirnya Dave terpaksa akur dengan pilihan Skylar.
Dia hanya mampu menjaga Skylar dari jauh dan tidak pernah sesaat pun dia tinggalkan Skylar sendirian melalui keperitaan dalam mempertahankan cintanya terhadap Ayyan Dax.

"Jangan ingat saya tida tau apa yang kamu buat sama Skylar,
si Ayyan tau kah apa kamu buat sama Skylar di belakang dia?
anak orang bah tu,parents dia sendiri pun tida pernah pukul dia kenapa kamu pula yang berani betul kasi sakit dia?"
Tanya Dave sambil mengawal amarahnya.

"Aii..mana bukti kami pukul dia?
kau jangan tuduh-tuduh saya sana!
bodoh juga tu perempuan tida pandai faham-faham,
dari awal lagi saya suda cakap saya ada calon bini suda untuk si Ayyan tapi masi sibuk mau menggatal sama anak saya.
Sundal bah perempuan begitu!"
Balas Aunty dengan nada marah.

"Tu maid yang kamu buang kerja bulan lalu sebab apa?
bukan kebetulan bah tu dia kerja di rumah kamu,
kalau aunty ingat apa sebab aunty pecat dia,aunty tida akan berani bah minta saya bukti!
saya tahan hati saja ni tida kasi tingu tu gaya syaitan kamu masa tu!"
Sindir Dave.

Aunty Edith terus diam tergamam.
Peluh sejuk mulai membasahi telapak tangannya.
Dadanya berdebar kencang mendengar kata-kata Dave.
Dia masih ingat dengan jelas macam mana dia serta merta memecat Gitta apabila dia mendapati suda beberapa bulan bekas maid nya itu curi-curi merakam setiap gerak-gerinya terutama apabila Ayyan membawa Skylar ke rumah mereka.

#######Flashback End#######

Zev Nevins duduk bersandar di atas bangku kayu sambil memerhatikan gerak-geri Skylar dari balkoni biliknya.
Dari petang tadi Skylar duduk di luar rumah,marah dengan tindakannya membawa dia ke sini.
Suda beberapa kali Bernn di arah olehnya untuk membawa Skylar masuk ke dalam rumah namun Skylar terus mengendahkan  Bernn.

Zev Nevins mengeluh berat.
Hari semakin lewat tetapi Skylar masih mogok di luar rumah.
Harapkan Bernn sama seperti menunggu malam bertukar siang.
Bernn tetap gagal memujuk Skylar walaupun suda bermacam-macam cara dia cuba lakukan.
Akhirnya,Zev sendiri yang terpaksa berdepan dengan Skylar.

Perlahan-lahan Zev Nevins melangkah mendekati Skylar yang duduk di tepi pondok kayu di luar rumah.
Batu kecil yang dikutip oleh Zev sebentar tadi dia lemparkan tepat ke badan Skylar.

Skylar pantas menoleh ke belakang namun tiada kelibat sesiapa pun di belakangnya.
Pelik..dia rasa seperti sesuatu jatuh di badannya tadi.

Prakkkkk...kali ini bunyi ranting kayu pula yang patah.
Sekali lagi mata Skylar melilau memerhati sekeliling yang sudah bertukar gelap.
Hatinya mulai rasa takut apabila dahan pokok di belakangnya tiba-tiba bergoyang tanpa tiupan angin.

Remember when (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now