Z9 : Pulang

73 7 10
                                    

KAKI Zara melangkah menuju ke arah Kereta BMW milik Hairul. Beg bagasi ditarik olehnya sekali.

Beg bagasi miliknya dimasukkan ke dalam bonet kereta. Barang - barang milik Hairul disusun kerana diletakkan bersepah oleh Hairul tadi.

"Sayang, are you okay?" soal Hairul kepada Zara yang agak lama berada di bahagian bonet belakang kereta miliknya.

"Okay, awak ni." kata Zara sambil menyusun beg - beg milik Hairul.

"Saya? Kenapa?" soal Hairul kepada Zara kerana masih bingung.

"Awak nilah, ha. Awak tak susun kemas - kemas, beg - beg awak ni bersalah dalam bonet ni." terang Zara yang sedang memasukkan beg bagasinya pula.

"Oh, I'm sorry, but I'm so tired lately. Tak ingat nak kemas elok - elok tadi, I'm so sorry." kata Hairul menenangkan alasannya kepada Zara.

"Hmm... tak apa, bukan besar sangat pun masalah ni." kata Zara sambil berjalan menuju masuk ke dalam perut Kereta BMW milik Hairul.

"Okay, let's go." kata Hairul seraya menekan pedal minyak apabila Zara selesai menutup pintu kereta dan memakai tali pinggang keledar.

ZARA hanya memandang jalan raya dengan pandangan kosong. Tiba - tiba, terlintas di fikirannya satu soalan yang terlupa dia mahu tanya kepada Hairul.

"Hairul." panggil Zara.

"Apa?" soal Hairul tanpa melihat wajah Zara kerana sedang fokus memandu.

"Kenapa kita balik sehari awal ya? Bukan lima hari kita duduk dekat Langkawi ni?" soal Zara bingung dengan tindakan Hairul.

"Oh, mommy I suruh I balik cepat." terang Hairul bersahaja kepada Zara.

"Kenapa?" soal Zara lagi kepada Hairul.

"Manalah saya tahu. Nanti awak balik, tanya mak sendiri." kata Hairul yang juga tidak mengetahui apa sebab ibunya mengarah sebegitu kepadanya.

Zara hanya mengangguk tanda faham. Zara terus berfikir sejenak. Zara memikirkan apa sebab ibu mertuanya berbuat demikian.

'Kenapa mak suruh balik awal ya? Mungkin ada kecemasan kot. Tak apalah, balik rumah mak dululah.'

Gumam Zara sendiri di dalam hatinya.

"Hairul, kita balik rumah mak terus ya." kata Zara kepada Hairul.

"Eh? Kata nak buat suprise dekat dia?" soal Hairul seraya memandang sekilas wajah Zara.

Wajah Zara kelihatan serius. Tiada tanda main - main dapat dikesan dari riak wajahnya.

"Tak apa. Yasmin tu, malam pun boleh buat kejutan dekat dia." terang Zara dengan wajah serius.

Hairul memandang Zara dengan pandang pelik. Pelik, selalunya Zara merisaukan adiknya. Tetapi, tiba - tiba sahaja dia berubah.

"Ya, saya tahu. Saya ni risau sangat dengan Yasmin. Tapi, kalau dah mak suruh balik awal. Mesti ada apa - apa punya ni." terang Zara seraya membuatkan menghentikan Hairul yang dari tadi memberi pandangan pelik kepadanya.

Hairul hanya mengangguk. Tanda dia faham akan penjelasan dari Zara tadi.

SETELAH 2 jam memandu, Hairul membuatkan keputusan untuk mengisi minyak di stesen minyak.

"Sayang, kita berhenti dekat stesen minyak dulu ya. Saya nak isi minyak dulu." kata Hairul sambil memandu.

"Oh, okay sahaja." jawab Zara bersetuju dengan Hairul.

HAIRUL keluar dari kereta. Kaki melangkah menuju ke kaunter.

Setelah selesai, Hairul kembali kepada Zara semula.

"Zara." kata Hairul sambil mengetuk cermin Kereta BMW miliknya itu.

Tok! Tok! Tok!

"Ya." kata Zara seraya menurunkan cermin Kereta BMW itu.

"Awak ada apa - apa nak dibeli? Kalau ada, saya nak bagi duit dekat awak ni..." tanya Hairul sambil merana - raba kocek seluarnya.

"Eh... tak payah... saya tak ada benda nak dibeli pun." kata Zara menolak tawaran suaminya itu, Hairul.

Hairul hanya mengangguk faham. Hairul terus mengisi minyak kereta.

"ASSALAMUALAIKUM." ucap Hairul sambil mengangkat beg bagasi miliknya dan milik Zara.

"Waalaikumussalam." jawab Puan Razifah dari dalam dengan suara yang lantang.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Beg bagasinya diletakkan di ruang tamu. Langkah kaki mereka segera melangkah menuju ke dapur.

"Mak." sapa Zara dengan senyuman manisnya.

Puan Razifah memandangnya dengan pandang kosong kepada Zara. Senyuman Zara pudar dari bibirnya.

"Kau tak payah nak berlagak baik sangatlah! Aku tahu dari mana usul asal kau!" jerit Puan Razifah.

Zara tercengang. Begitu juga Hairul seraya memandang Zara.

VoteCommentShare

ZaraWhere stories live. Discover now