Z11 : Pindah

56 5 7
                                    

"HAIRUL! Awak jangan macam ni! Saya merayu sangat - sangat!" pinta Zara dengan mata yang berkaca - kaca menahan sebak.

"Listen, Zara. Ini untuk kebaikan kita! Untuk kebaikan Yasmin juga! Kalau satu hari nanti, awak dah tak ada. Siapa yang nak layan Yasmin? Saya tahu, saya boleh jaga. Tapi, sama ke dengan awak, Zara?" Hairul meleter panjang.

Zara hanya tertunduk diam. Air mata jernih tumpah mengalir membasahi pipi putihnya.

Adakah ini satu kebaikan?

Atau ini adalah bala yang menimpa?

Terdetik di dalam hatinya. Soalan itu bermain di dalam fikirannya.

Sekali lagi. Air mata jernih miliknya berderaian tumpah. Basah jarinya yang tidak henti - henti mengesat mutiara jernih miliknya itu.

"Awak dah faham?" soal Hairul seraya menjongketkan kening sebelah kanannya.

Zara hanya mengangguk tanda faham. Tanda dia setuju juga. Walaupun hati tetap berkemas ingin menolak. Namun, apakan daya yang mampu dirinya lakukan untuk membatalkan perkara ini?

"Okay, saya akan hantar dia ke rumah Rumah Anak Yatim Taman Kasih Sayang. Esok." kata Hairul membuat keputusan.

Terbuntang matanya. Terlopong mulutnya. Terkaku badannya. Tercengang dirinya. Tumpah lagi mutiara jernih miliknya.

"T... tapi..." Ayat Zara terhenti kerana menangis teresak - esak.

"Tapi... apa?" soal Hairul dengan selamba.

"K... kenapa mesti rumah anak yatim?" soal Zara dengan hati yang remuk.

"Sebab umur dia masih 16. She still a student. Dia masih layak untuk tinggal di situ." jawab Hairul dengan selamba.

"Hairul, saya tak kisah kalau nak Yasmin pindah. Tapi, asalkan dia duduk tempat elok. Duduk tempat yang saya boleh melawat dia selalu." kata Zara mula Ber bicara dengan nada yang tegas.

"Itu tempat yang elok. Itu tempat yang awak boleh melawat selalu. So, what's your problem?" soal Hairul dengan selamba dan tidak berhati perut.

"Hairul! Saya tahu benda tu! Tapi, cuba kalau awak daftar dia masuk sekolah. Masukkan dia dalam asrama pun saya tak kisah. Tapi, tolong jangan buat dia dipandang hina." luah Zara dengan penuh perasaan.

Hairul hanya mendiamkan diri. Nada diambil dan dihembus kuat.

"Saya tak kisah. Esok, saya tetap akan hantar dia dekat sana." kata Hairul seraya berjalan menuju ke pintu rumahnya.

"Awak nak pergi mana tu?" soal Zara sambil mengesat air mata di wajahnya.

"Saya nak keluar." kata Hairul secara mendatar seraya keluar dari rumah tersebut.

Tangisan Zara kembali lagi. Teresak - esak dirinya menangis. Dia sanggup gadaikan nyawanya demi adiknya.

Namun, mengapa ini balasannya?

Terasa ingin sahaja dia menjerit sekuat hati. Namun, dibiarkan sahaja kehendaknya itu.

Tanpa Zara sedar, Yasmin dari tadi sedang melihat pergaduhan kecil di antara Zara dan Hairul tadi.

Yasmin memandang kakaknya, Zara dengan pandangan yang sayu. Matanya berkaca - kaca melihat kakaknya, Zara yang sedang teresak - esak menangis.

'Hairul tak guna!'

Getus Yasmin di dalam hati. Tangannya dikepal sekuat hati. Jika diberi kesempatan, ingin sahaja dia mendaratkan buku lima yang siap sedia untuk berlepas di pipi abang iparnya itu, Hairul.

"Ugh!" marah Yasmin seorang diri seraya menumbuk - numbuk bantal merah jambu miliknya di atas katil.

"Sanggup.... Abang...  Hairul... nak pisahkan... aku dengan... kakak! Tak guna!" kata Yasmin sambil menumbuk - numbuk bantal dengan perasaan marah


KERETA BMW milik Hairul diparkir di hadapan kawasan Rumah Anak Yatim Taman Kasih Sayang. Yasmin dengan wajah masamnya turun dari kereta


Zara memeluk Yasmin dengan erat sekali. Begitu juga dengan Yasmin. Tidak sanggup untuk berpisah antara satu sama lain.


"Puan, ini adalah Yasmin. Saya jumpa dia dekat tepi jalan di pinggir bandar. Saya nak hantar dia dekat sini. Umur dia 16 tahun." kata Hairul dengan selamba tanpa perasaan.


Zara tercengang. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam Kereta BMW milik Hairul. Matanya telah berkaca - kaca.


Zara menangis. Tiada dia sangka, kehidupan yang disangkanya membawa bahagia, berubah begitu hina sebegini.


Yasmin pula telah mengetap bibir. Tangan dikepal sekuat - kuatnya. Yasmin sudah bengang. Terasa ingin sahaja dia menampar pipi Hairul.


Namun, terdetik di hatinya.


'Ini salah aku sebab nak perhatian dari kakak? Atau Hairul Dayus tu yang benci aku?'


VoteCommentShare

ZaraWhere stories live. Discover now