Z18 : Lari

140 4 146
                                    

WAJAH Hairul yang masih lagi mamai masih lagi tercari - cari badan isterinya, Zara. Namun, tiada.

Hairul terus bergegas ke bilik air. Tetapi, Zara juga tidak berada di situ.

Hairul terus pergi ke dapur. Pasti isterinya sedang memasak sarapan untuknya.

"Hai sayang. Masak apa... tu..." kata Hairul berhenti seketika apabila mendapati tiada sesiapa di situ.

Kaki Hairul terus melangkah menuju ke ruang tamu. Tetapi, hampa. Jawapannya masih sama. Tiada juga Zara di situ.

Tiba - tiba, mata Hairul terus menangkap sekeping nota yang elok ditampal pada meja makan mereka.

Hairul terus mendapatkan nota berapa helai kertas itu.

Hairul, saya minta maaf.
Bagi saya masa.
Saya nak hadam semua ni susah.
Tolong jangan cari saya.
Saya akan pulang sendiri.
Tetapi, entah bila.
Mungkin berhari,
Mungkin berminggu,
mungkin juga...
awak akan tahu nanti.

Nota berbentuk helai kertas di tangan digumpal penuh perasaan marah oleh Hairul. Rambutnya yang lurus diramas kasar. Nota tersebut terus dikoyak.

Perasaannya berkecamuk. Marah. Sedih. Bersalah. Kasihan. Rindu. Tetapi, ego pasti didahulukan oleh Hairul.

KAK Ning sedang membuka pintu kedai miliknya. Tiba - tiba dirinya disapa oleh seseorang.

"K... Kak Ning." panggil Zara dengan wajah yang sayu.

"Zara!" sahut Kak Ning seraya memandang tepat wajah Zara.

"K... Kak Ning. T... tolong saya." pinta Zara sambil menahan mutiara jernihnya tumpah lagi.

"CUBA cerita dekat akak. Apa dah jadi? Sampai bergaduh. Sampai lari rumah. Apa dah jadi sebenarnya ni, Zara?" soal Kak Ning seraya menatap wajah Zara.


"S... saya t... tak tahu dah Kak. Kenapa saya di... diuji sam... sampai macam ni..." kata Zara tidak tamat kerana tangisannya pecah lalu terus mendapatkan Kak Ning.


"Sabar, Zara. Setiap ujian pasti ada hikmah. Zara kena sabar, kuatkan iman. Tak boleh lemah." pujuk Kak Ning sambil memeluk Zara.


"Hairul dah curang dengan saya. Dia dah..." Ayat Zara mati di situ. Tiada lafaz diungkap olehnya.


"Dia apa? Zara, jangan macam ni... Kak Ning tahu, Zara sebak. Tapi, Zara kena kuat. Kak Ning tahu, sebab Kak Ning dah laluinya." Kak Ning tidak henti - henti dari tadi memberi semangat kepada Zara.


"Dia... dah buat maksiat dengan perempuan lain." kata Zara seraya tersenyum sambil matanya tertutup oleh kerana air mata yang bertakung.


"Astaghfirullah... sabarlah Zara." Zara terus masuk dalam pelukan Kak Ning.


Senyuman tadi pudar dari wajah anggun Zara. Mana tidaknya, siapa mampu tersenyum. Mungkin Zara, tetapi ikhlaskah senyumnya tadi?


"Saya nak tumpang tidur dekat sini." pinta Zara yang masih berada dalam pelukan Kak Ning.


"Tak perlu, Zara. Zara tidur sahaja dekat rumah Kak Ning. Kak Ning lagi suka bila ada teman." pelawa Kak Ning.


"Ha, yalah. Terima kasih, Kak Ning." kata Zara seraya meleraikan pelukannya.


"Hmm... yalah. Kamu sudahlah bersedih. Anggap ini dugaan. Tapi, jangan tinggal suami lama. Berdosan Zara pula." pesan Kak Ning sedikit tegas.


Zara hanya mengangguk. Kembali senyum kelatnya tadi. Walaupun tidak mahu pulang, namun apa mampu dilakukan olehnya?


"Sudahlah, mari masuk." kata Kak Ning seraya masuk ke dalam kedai.


"Okay, dah lama tak tengok kedai ni." kata Zara seraya merenggangkan sedikit otot lengannya.


"Haih! Dah dia dah tak kerja sini, memanglah lama tak nampak." kata Kak Ning seraya menggosok - gosok bahu Zara.


Zara tersenyum manis. Kak Ning adalah salah satu kebahagiaan buatnya selain Yasmin dan arwah Pak Ngahnya.


VoteCommentShare

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ZaraWhere stories live. Discover now