Z8 : Tanpa Yasmin

89 7 13
                                    

WAKTU petang diselubungi dengan cuaca mendung.

Zara hanya termenung di tingkap. Zara masih memikirkan keadaan Yasmin di sana.

Tanpa dia sedari, Hairul berada di sebelahnya. Hairul hanya memerhatikan sahaja Zara yang masih mengelamun.

"Mata awak boleh tembus bangunan tu ke? Jauh sangat termenung tu. Silap hari bulan, boleh berlubang bangunan tu, awak asyik tenung dia macam ni." sakat Hairul membuatkan lamunan Zara terhenti.

"Eh, Hairul. Kenapa ni? Awak nak makan apa - apa ke? Saya boleh masak?" soal Zara bertubi - tubi kepada Hairul.

"Tak apa, Zara. Saya masih kenyang makan tengahari tadi. Tapi, awak mengelamun apa tadi?" soal Hairul kembali kepada topik asal.

"Tak adalah, saya risau Yasmin sahaja. Dia tak call saya hari ni." terang Zara seraya memandang telefon pintarnya sekilas.

"Alah, awak tak payah risau. Sekarang kan dah masuk waktu Solat Asar, dia tengah solat kot. Lagipun, lagi dua hari lagi kita akan balik. So, just chill." pujuk Hairul seraya mencium tangan milik Zara.

"Hmm... terima kasih, Hairul." ucap Zara sambil menatap wajah Hairul.

"Hmm... dahlah, kita pergi Gunung Mat Cincau sahajalah. Nak ikut?" soal Hairul seraya tersenyum.

Zara tidak menjawab soalan Hairul. Hanya dengan senyuman sudah menandakan dia setuju dengan cadangan Hairul.

"KAK Ning! Yasmin nak pergi kedai dulu!" kata Yasmin memberitahu kepada Kak Ning.

"Dah solat ke belum?" soal Kak Ning keluar dari biliknya dengan memakai telekung.

"Air Batu Campur, Kak Ning." kata Yasmin mengucap kod tersebut kepada Kak Ning.

"Hmm... pergilah elok - elok ya!" kata Kak Ning sebelum masuk semula ke dalam bilik.

"Okay!" sahut Yasmin.

KAKI melangkah menuju ke arah kedai. Yasmin meletakkan beg tangan miliknya di sebelahnya.

"Excuse me." soal seorang gadis.

"Ya, boleh saya bantu?" soal Yasmin seraya meninggalkan kerjanya.

"Do you know Hairul? Hairul Azwadi? Setahu saya, dia bekerja dengan his daddy dekat area sini. Did you know?" soal gadis tersebut di dalam Bahasa Inggeris.

"Err... saya tak tahu pula, Hairul Azwadi. Maaf ya!" kata Yasmin dengan acuh tak acuh.

"Okay. Thank you." ucap gadis itu dengan nada suaranya yang amat mendatar.

"Ceh! Berlagak! Speaking pun aku boleh apa? Cuma aku ni sahaja yang tak nak tonjolkan kebolehan aku!" kata Yasmin membongak diri sendiri.

"Eh, kejap? Hairul Azwadi? Hairul? Azwadi?" kata Yasmin sambil berfikir sejenak sambil tangannya mengusap dagunya yang tiada janggut itu.

"Hah? Abang Hairul!" kata Yasmin sendiri entah pada siapa dengan riak wajahnya yang amat terkejut.

MATA Zara melihat pemandangan Gunung Mat Cincau dari atas melalui kereta kabel. Pemandangannya amatlah indah.

"Sayang, cantik kan?" soal Hairul seraya memegang jari kelekeng milik Zara yang tidak kembung sangat itu.

"Cantik. Terima kasih... tapi, kalaulah Yasmin ada..." kata Zara seraya mengeluh.

"Tak apa, saya akan bawa Yasmin juga lain kali. Kita enjoy dulu. Mungkin kita bawa Yasmin melancong ke luar negara." kata Hairul cuba menyenangkan hati Zara.

"Terima kasih banyak - banyak, Hairul. Awak dah hadir dalam hidup saya, awak bawa pula kebahagiaan. Kebahagiaan yang dah lama hilang. Kini, dia datang kembali, Hairul. Awak yang bawa dia datang, Hairul. Terima kasih." ucap Zara dengan perasaan yang sebak dan matanya yang telah berkaca - kaca itu.

"Tak mengapa. Awak pun, dah banyak buat saya berubah. I'm changed." kata Hairul seraya tersenyum sinis ke arah pemandangan di luar kereta kabel.

"Berubah? Apa maksud awak?" soal Zara bingung dengan kata - kata yang keluar dari mulut Hairul tadi.

"Ah... mak... maksudnya... maksud saya..." kata Hairul dengan nada suara yang tergagap - gagap.

Zara menjongketkan kening sebelah kanannya. Berasa pelik dengan sikap aneh Hairul ketika ini.

'Kenapa dengan Hairul ni?'

Soal Zara di dalam hati.

'Aduh! Apa aku nak jawab ni!'

Marah Hairul kepada dirinya sendiri di dalam hati.

"Ah, maksud saya... saya dah tak balik lewat. Selalunya saya lepak mamak dulu lepas balik kerja. Tapi sekarang, saya selalu teringat akan awak, jadi saya balik awal. Dan, banyak lagilah! You make me changed, Zara." ucap Hairul seperti biasa dengan nada suaranya yang serak basah.

"Alhamdulillah... awak pun banyak ubah saya. Saya pun tak macam dulu dah." kata Zara seraya tersenyum manis.

Lega hatinya. Lega apabila suaminya itu tidak menyimpan apa - apa rahsia terhadapnya.

Namun, dirinya sendiri juga menyimpan rahsia. Rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuk Yasmin.

KUEW Teow Goreng disuapkan masuk ke dalam mulut Zara secara sopan.

"Sedap?" soal Hairul sambil mengunyah Kuew Teow Goreng.

"Sedap. Hey! Habiskanlah dulu makanan dalam mulut tu!" tegur Zara dengan lembut seraya tergerak kecil.

"Tak nak... uhuk - uhuk." Tiba - tiba sahaja Hairul tersedak.

"Nah, air." kata Zara seraya menghulurkan cawan di hadapannya.

Hairul terus meneguk secawan air tersebut. Nafas lega dihembus.

"Itulah! Lain kali, makan elok - elok. Kan dah kena!" Zara mengomel sambil menahan tawa.

"Haha... Zara." panggil Hairul sambil tersenyum.


"Ya, Hairul?" soal Zara.


"We look so happy today." kata Hairul.


Zara hanya tersenyum mendengar ayat dari Hairul itu.


VoteCommentShare

ZaraWhere stories live. Discover now