1

5 0 0
                                    

Masyitah mengemas beg pakaiannya dengan perasaan teruja sementara menunggu kepulangan suami tercinta. Suaminya sudah menabur pelbagai janji manis untuk membawanya bercuti ke sebuah pulau terpencil yang jauh dari hiruk pikuk kota sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Tiba- tiba Masyitah terkenang detik pertemuan pertama bersama suaminya, Doktor Hassan di hospital. Penampilannya yang segak serta sikap yang merendah diri dapat menawan hati mana-mana wanita yang mengenalinya.

"Assalamualaikum!" Ketukan di pintu mengejutkan masyitah daripada lamunannya. Suaminya sudah pulang setelah 16 jam bertungkus lumus menyelamatkan nyawa ratusan manusia.
Masyitah menyambut kepulangan suaminya dengan melontarkan berbagai-bagai soalan akibat terlalu teruja tanpa memikirkan kepenatan yang ditanggung si suami.

"Kita nak pergi mana ni bang? Bila nak pergi? Berapa hari?" Hassan mengeluh kecil. Hassan seorang yang sangat penyabar dan bukanlah jenis lelaki yang cepat melenting. Walaupun keletihan, Hassan tetap harus memenuhi janjinya pada Masyitah. Setelah dua jam membuat persiapan, mereka bertolak ke destinasi misteri yang dirahsiakan Hassan.

****

Masyitah memandang sekelilingnya. 'Inikah tempat kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama?' Masyitah berbisik sendirian separa curiga.

"Kereta boleh masuk sampai sini sahaja. Kita kena jalan sikit depan tu." Hassan yang memahami gelodak di jiwa isterinya menerangkan perkara sebenar. Hassan kasihan pada isterinya yang bertudung labuh itu pasti berpeluh-peluh kerana perlu meredah hutan yang berliku itu.

Masyitah tidak bertanya lagi dan menghadiahkan senyuman manis sahaja demi menjaga hati suaminya. Setelah hampir sejam berjalan, akhirnya mereka tiba di destinasi. Masyitah tergamam seketika. Siapa sangka di sebalik hutan yang gersang terdapat sebuah pulau indah yang tidak pernah dia lihat di mana-mana iklan dan laman sesawang sebelum ini.

Hassan membawa Masyitah menuju ke tempat penginapan mereka. Mata masyitah melilau sejak tadi mencari pengunjung-pengunjung yang lain malangnya hanya ada mereka berdua sahaja. Betul-betul terpencil destinasi yang Hassan pilih demi mencari ketenangan yang sukar untuk didapati di kota. Hari yang hampir senja melajukan lagi langkah mereka memasuki sebuah banglo mewah.

"Selamat datang tuan dan puan. Silakan masuk. Biar saya bawa beg tuan dan puan." Masyitah terkejut akan teguran itu kerana ini merupakan insan pertama yang dijumpainya sejak mereka tiba di pulau ini. Hassan juga sedikit terkejut melihat wajah gadis ini.

"Tuan puan? Maaf jika saya buat tuan dan puan terkejut. Saya Humaira, pembantu di rumah ini" Wajah Humaira yang cantik itu dapat menggetarkan jiwa-jiwa lelaki yang mengunjungi banglo itu termasuk Hassan juga mungkin. Hassan akhirnya tersedar lalu cepat-cepat beristighfar. Hassan memberikan sengihan kepada isterinya.

Humaira membawa Hassan dan Masyitah ke bilik mereka. Sejak tadi Hassan tidak melepaskan pandangannya terhadap Humaira sehinggalah tiba di bilik mereka.

"Abang ok tak ni?" Masyitah berasa risau melihat suaminya yang tidak tentu arah.

"Ha apa abang ok je hehe" Hassan tergagap-gagap menjawab pertanyaan Masyitah. Kalau lah isterinya tahu apa yang sedang bermain di fikirannya. Selepas selesai berkemas-kemas dan mendirikan solat Isyak, mereka menghenyakkan diri ke atas katil.

Malam itu, tidur Hassan tidak selena selalu. Sekejap badannya mengiring ke kiri dan sekejap ke kanan. Wajah Humaira bermain-main di fikirannya. Bukan kerana memikirkan kecantikan gadis itu tetapi ada sesuatu yang mencurigakan. Wajah Humaira seperti pernah dilihatnya ketika menziarahi rumah rakannya, doktor Umar. Doktor Umar juga lah yang telah mencadangkannya untuk mengunjungi pulau ini. Perasaan aneh mula mengisi jiwa.

****

Pagi itu, Masyitah bangun sedikit awal berbanding biasa. Dia sudah tidak sabar-sabar hendak bersiar-siar bersama sang suami mengelilingi pulau ini. Malam ini apabila jarum pendek menunjukkan tepat pada nombor 12, genaplah satu tahun usia perkahwinan Masyitah dan Doktor Hassan. Masyitah mengenggam sebuah kotak hadiah yang ingin diberi kepada suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka nanti. Masyitah berharap suaminya akan menyukai pemberian ini.

"Sayang, dah siap dah? Jom kita bergerak sekarang. " teguran Hassan mengejutkan Masyitah lalu dengan segera dia menyembunyikan kotak hadiah tersebut daripada penglihatan suaminya. Dia mahu perkara tersebut menjadi kejutan untuk malam ini.

"Dah siap lama dah. Tak sabar rasanya mahu menikmati keindahan dan kesegaran udara di pulau ini. Selama ini asyik menghirup asap-asap kota sahaja." Tanpa membuang masa lagi Hassan terlebih dahulu membuka langkah menuju ke pintu banglo.

"Selamat pagi Doktor Hassan. Mahu ke mana tu?" Suara halus yang menyinggah di telinga Hassan menghentikan langkahnya. Hassan berasa pelik bagaimana penduduk di sini boleh mengetahui kerjayanya sebagai seorang doktor.

"Humaira? Saya mahu pergi bersiar-siar mengambil angin di sekitar ini. " Hassan berteka-teki di dalam hati. Masyitahkah yang memberitahu Humaira bahawa dia seorang doktor. Hassan tidak pula ada melihat isterinya berbual-bual bersama gadis ini.

"Doktor tahu ke jalan di sini? Kalau mahu saya boleh tolong tunjukkan. Takut sesat pula." Hassan hanya kaku tidak membenarkan juga tidak menghalang. Ada benarnya juga dia tidak mahir lagi tentang selok-belok jalan di sini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pulau KetenanganWhere stories live. Discover now