27. Berkata Putera Sayyidah Fatimah

882 98 0
                                    

Berkata Putera Sayyidah Fatimah, Hasan ‎رضي الله عنه :⁣

" Dalam umat ini tidak ada wanita yang kuat beribadah melebihi Sayyidah Fatimah Az-Zahra', dia solat sehingga kakinya bengkak. ⁣

Pada setiap malam jumaat, aku melihat ibuku berada dalam mihrabnya. Dia terus rukuk dan sujud sehingga menjelang pagi. ⁣

Aku juga mendengar dia selalu berdoa untuk seluruh kaum Mukminin dan Mukminat, menyebut sebahagian nama-nama mereka dan banyak berdoa untuk mereka. Dia tidak berdoa untuk dirinya sendiri. ⁣

Aku pernah bertanya: "Mengapa ibu tidak berdoa untuk diri sendiri dan sentiasa mendoakan orang lain?" Fatimah ra, menjawab, "Jiran tetangga dahulu baru keluarga sendiri." ⁣

Demikianlah beberapa riwayat yang dipetik. Semua perkara yang dilakukan oleh Fatimah Ra, sama dengan perilaku ayahandanya, Muhammad ‎ﷺ " ⁣

•Kitab Sejarah Lengkap Sayyidah Fatimah, •

Sayyidah FatimahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang