Bab 20

15.3K 606 3
                                    

     "What happen to her?" Soal Danyeal kepada Denizz yang baru saja melabuhkan punggung ke atas kerusi menunggu vvip.

     Kekusutan Denizz jelas terpancar di wajahnya, Danyeal menyentuh bahu lelaki itu. Denizz meraup wajah, fikirannya bercelaru ketika ini memikirkan keadaan Irene. Apa yang telah terjadi?

     "Kalau aku teman dia solat tadi, semua ni tak akan terjadi," Denizz menggeleng-geleng kecil.

     Adakah penyakit Irene bertambah parah oleh kerana sentuhan-sentuhannya terhadap gadis itu? Dia tahu Irene trauma akan semua itu tetapi... Irene adalah isterinya.

     Hanya berkucupan dan sentuhan kecil saja dia lakukan. Jika berkaitan hak lain, dia tidak akan memaksa gadis itu.

     "Don't blame yourself, you have to be strong, she needs you," kata Danyeal yang cuba menambah semangat adiknya.

     30 minit berlalu, muncullah empat orang lagi jejaka iaitu Haraz, Andy, Evan dan Edward di ruang menunggu itu.

     "Tak keluar lagi ke? Lamanya doktor buat kerja. Darah yang menitik atas lantai dalam rumah tu siapa nak bersihkan?" Soal Andy yang mengambil tempat di kerusi hadapan Denizz.

     "Kaulah bersihkan! Itu pun nak berkira ke? Mulut tu jaga sikit, orang tengah sedih ni." Evan memarahi Andy yang nampak begitu bersahaja.

     "Sedih, memang sedih. Mana perempuan tu? Baru duduk dalam rumah besar lepas tu nak bunuh diri, aku rasa dia ada masalah mentallah." Andy mengurut dagunya seperti sedang berfikir.

     Pak!

     Kepala Andy dipukul Haraz, sudah lama dia perhati lelaki bermulut celupar seperti ini. Ingin saja dia tembak lelaki itu di situ juga.

     "Boleh diam tak? Hormat sikit." Ujar Haraz tegas. Andy mencebik, nak cakap banyak pun dah jadi salah.

     "Padan muka! Tadi kat rumah bising sangat fasal darah, sekarang kena pukul. Pukul dia banyak-banyak kali lagi, Haraz." Evan menjelir lidahnya pada Andy.

     "Nak gaduh ke?" Andy menjeling tajam wajah tidak bersalah Evan.

     "Tak nak! Mana Irene ni? Aku nak ajak dia main masak-masak mee gorenglah, tiba-tiba rasa lapar." Evan mengusap perutnya yang mula berkeroncong.

     "Eh budak ni, kau dah makan kat rumah tadi. Jangan berlakon boleh tak? Mengada-ngada macam budak kecik sedangkan diri tu dah besar!" Jerit Andy lagi membuatkan Haraz mengangkat tangan sebelum dihayun laju mengenai kepala Andy.

     Pak!

     "Sakitlah! Sumpah lepas ni aku diam kejap." Andy mula bersandar pada penyandar kerusi sebelum mata dipejam rapat untuk rehat. Penat bodoh asyik kena pukul je.

     Tidak lama selepas itu, lampu bewarna merah yang terlekat di atas pintu wad itu bertukar menjadi hijau menandakan proses rawatan selesai. Seorang doktor perempuan dalam lingkungan 30-an keluar daripada wad tersebut sambil menanggalkan topeng mulut.

     Tanpa diminta, Denizz berdiri dan terus mengatur langkahnya menghampiri wanita itu. Dia sudah tidak boleh bersabar untuk mengetahui keadaan isterinya.

     "Alhamdulillah, hentakan pada kepala isteri encik tidak menyebabkan pendarahan dalam kepala, tetapi encik tahu yang dia mengalami penyakit psychotic disorder?" Soal doktor wanita itu sambil memandang Denizz. Denizz hanya mengangguk tanda tahu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳Where stories live. Discover now