Bab 26

13.7K 583 5
                                    

     "Hola Sepańyol!" (Helo Sepanyol!) Jerit James sambil mendepakan tangan setelah turun daripada private jet.

     "Bising bodoh!" Andy memukul topi yang berada di atas kepala James.

     "Hehe sorrylah aku dah lama tak balik sini, itu yang teruja semacam je." James menggosok belakang lehernya bersama senyuman kekok.

     "Kau bawak beg aku dengan Irene." Denizz memberi arahan kepada Aman sebelum dia berlalu pergi bersama Irene.

     "Serious ar? Mesti berat sial beg-beg kau ni. Babilah!" Carut Aman geram setelah melihat beberapa buah beg bagasi besar yang berada berhampiran dengannya.

     "Babikan ada dalam hutan. Kenapa mesti seru-seru dia?" Evan memandang wajah kacak Aman.

     "Tolong aku kejap. Kau heret yang ni, aku heret yang tu, deal?"

     Evan membuat simbol tangan 'ok' bersama senyuman lebar sebelum dia menarik sebuah beg bagasi yang ditunjuk Aman.

     "Macam nilah adik aku, jinak." Kata Aman bersahaja sebelum dia menarik sebuah lagi sebuah beg bagasi.

     Setelah beberapa jam berada di dalam kereta, akhirnya mereka tiba di sebuah mansion yang dahulunya milik Sir Frank Heristo namun kini sudah menjadi milik Denizz Indro Hector sepenuhnya.

     "Abang..." Irene tergamam melihat tempat tinggal mereka di sini. 'Gila, ni rumah ke istana? Besarnya...' Desis hati Irene.

     "Ya sayang, kenapa berhenti ni?" Denizz memandang isterinya yang berdiri di sisi.

     "Ni rumah abang ke?" Irene membalas pandangan Denizz.

     "Rumah siapa lagi kalau bukan rumah suami kau." Jawab Haraz bagi pihak Denizz.

     "Eh bukan rumahlah, ni mansion okay." Brian mencelah perbualan mereka.

     "Ah sama je gila," Haraz menjeling tajam Brian yang berdiri di sebelahnya.

     "Tak sama," bantah Danyeal bersama gelengan kecil.

     "Apa yang tak sama? Cakap sikit dekat aku," nada suara Haraz dinaikkan seokaf. Matanya memandang wajah Danyeal dengan pandangan yang tidak berpuas hati.

     "Ejaan dia lain." Pantas Edward menjawab tanpa nada.

     "Tetap tempat untuk kita tinggal." Bebola mata Haraz diputarkan pula ke arah Edward.

     "Alah mengaku kalah jelah. Seorang lawan ramai takkan menangnya yang seorang tu, bodoh gila otak Haraz ni." Kata Brian dengan penuh keberanian.

     "Meh sini aku tunjuk seorang boleh menang ke tak lawan dengan ramai-ramai." Haraz menyingsing lengan bajunya sebelum dia membuka langkah ingin menerkam Brian.

     Yang lain melepaskan tawa besar melihat Brian yang berlari laju seperti dikejar harimau. Denizz menggeleng-geleng kecil bersama senyuman nipis.

     "Along ni ganaslah," kata Irene yang masih dengan sisa ketawanya.

     "Kolam!" Jerit Evan secara tiba-tiba sebelum dia menerjun masuk ke dalam sebuah kolam yang berada di ruang sisi mansion.

     "Woi handphone kau bukan dalam kocek ke?" Soal James yang sudah berdiri di tepi kolam.

     Wajah Evan berubah cuak, kocek seluarnya diraba. Habislah kena marah kerana handphone itu adalah hadiah dari Denizz sempena hari ulang tahunnya yang ke-21 tahun. Yang lain memerhati wajah merah Evan yang sedang berdiri di dalam kolam.

     Evan mengangkat tinggi telefon bimbitnya sebelum skrin telefon bimbit itu ditekan-tekan. Nafas lega dihela, nasib baik masih berfungsi. Telefon bimbit itu dicampak ke dalam air.

     "Boleh celup airlah..." Kata Evan sebelum dia menyelam dan memulakan renangannya. Nikmatnya bermain air di dalam kolam!

     "Comel, macam budak-budak..." Irene mengangguk beberapa kali bersama senyuman manis.

     "Iye, dia memang dari dulu macam tu. Pantang nampak kolam." Kata Denizz sambil menarik tangan isterinya untuk masuk ke dalam.

     Wajah teruja yang ditayangkan Irene jelas menunjukkan yang dia suka melihat ruang dalam mansion ini. Ukiran cantik pada dinding disentuh lembut. Hiasan dalamannya tampak begitu mewah.

     "Abang ada sesuatu nak tunjuk pada sayang, jom ikut abang..." Denizz terus mengatur langkah ke arah ruang luar sisi mansion.

     Denizz mengambil sebuah sangkar yang ditutup dengan kain bewarna hitam. Dia menunjukkan sangkar itu pada Irene. Irene mengikut suaminya duduk bercangkung di tepi sangkar itu.

     "Ada apa dalam ni abang?" Soal Irene ingin tahu.

     "Bukalah..." Arah Denizz dengan mata yang memandang isterinya.

     Irene menarik kain itu. Matanya membulat besar, kedua-dua belah tapak tangan menekup mulut setelah melihat seekor haiwan yang berada di dalam sangkar itu. Kucing kesayangannya!

     Kucing bewarna putih itu terus dikeluarkan daripada sangkar sebelum dipeluknya erat.

     "Mimi, saya fikir awak dah mati..." Bebola mata Irene mula berkaca-kaca.

     Denizz tersenyum manis setelah dapat menyatukan Irene dengan kucing yang bernama Mimi itu.

     "Mana abang jumpa dia?" Irene mengangkat wajah memandang suaminya.

      "Kat rumah sayanglah. Abang suruh James hantar Mimi kat vet sini."

     "Terima kasih abang... Irene rindu sangat dengan Mimi. Tapi kita dah tak balik Malaysia?" Irene mengusap-usap kepala Mimi.

     "Kita balik bila perlu." Jawab Denizz lembut.

     "Bro, kau patut naik atas selesaikan masalah dua ekor anjing ni sebelum aku sendiri yang selesaikan!" Jerit Haraz dari balkoni bilik tingkat ketiga di mansion itu.

     Denizz membuat isyarat tangan mengarahkan Haraz turun. Haraz menunjuk thumbs up pada Denizz sebelum dia turun ke bawah dengan cara bergayut pada besi penghadang balkoni lalu melompat ke arah tiang yang boleh dipijak.

     "Eh along jatuh nanti!" Jerit Irene setelah melihat Haraz bergayut seperti monyet di hutan. 

     Haraz mengendahkan kata-kata adiknya. Dia meneruskan penggayutan sehingga dia mendarat tepat di atas lantai. Denizz menggeleng kecil sebelum dia melangkah masuk ke dalam.

     "Setakat tiga tingkat ni apalah sangat..." Kata Haraz berbaur riak.

     "Ish kalau jatuh macam mana?"

     "Matilah apa lagi, eh Mimi!" Tiba-tiba Haraz menarik riak wajah teruja melihat Mimi walaupun dia sudah tahu tentang kucing betina itu.

     Haraz memicit-micit hidung Mimi sehingga kucing itu meronta-ronta minta dilepaskan. Irene mencebik, Haraz sememangnya gemar mengusik Mimi. 

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳Where stories live. Discover now