Harini Erisyah bangun awal dari hari lain . Pukul 5 .30 am dia dh bangun . Dia bangun dan terus masuk ke tandas .
Selesai mandi dia bermain dengan fon nya dulu sementara menunggu azan subuh .
Selepas solat dia memakai uniform sekolahnya dan memakai tudung .
Dia pun turun kebawah sambil menyandang begnya .
" Eh Risya . Awalnya kau nak pergi sekolah . Tunggu la sekejap . Aku nak buat breakfast ni " sapa Elyana yang berada di dapur . Langkah Erisyah terhenti . Dia berpaling mamandang Elyana .
" Sokay . Aku sarapan kat sekolah " katanya dingin . Dia berlalu keluar dari rumah .
" Haih Risya . Aku harap cepat la hati kau tu pulih " kata Elyana sayu . Dia terus memasak sarapan untuk cousin cousin kesayangan nya itu .
************
Erisyah sampai disekolah . Dia datang dengan menaiki Pak Rahim . Terkejut Pak Rahim dibuatnya apabila tiba tiba Erisyah menelefonnya untuk hantarnya ke sekolah .
Banyak kali jugaklah Erisyah minta maaf sebab menyusahkannya .
Erisyah masuk sahaja kawasan sekolah . Dia terus naik ke kelas untuk meletakkan begnya . Dia melihat jam tangannya .
" Haih awal lagi ni . Nyesal pula datang awal " rungutnya perlahan . Ye la baru pukul 6.30 am . Student selalu datang pukul 7.00 am .
" Ermm buat revision lah " cakap Erisyah . Dia mengeluarkan buku fiziknya . Dia mula mengulang kaji .
Sedang kusyuk dia membuat revision . Ada orang menegurnya .
" Hoi perempuan ! "
Eh eh jembalang mana pulak la yang tegur aku pepagi buta nih . Tak nampak ke aku tengah busy ni . Hish . Rungut Erisyah . Dia hanya mengabaikan sahaja teguran itu .
" Hoi aku panggil kau ni ! Kau pekak ke apa hah ! Ke bisu ! " jerit Laila kuat sambil menarik Erisyah bangun .
Yes . Jembalang tadi tu ialah Laila . Eyy semak je minah ni .
" Kau nak apa lagi sial !!! " tengking Erisyah kuat . Merah padam mukanya apabila ada je orang ganggu dia pepagi buta nih .
" Aku nak kau jauhkan diri kau daripada Raycal ! He's mine ! " jerit Laila pula .
" Oh really ? Aku tak nampak pula nama kau kat dahi dia or anywhere . Anyway , kau bukan sapa sapa nak halang aku rapat dengan sapa sapa and Raycal tu bukan kau punya . Dia MAK BAPAK dia yang punya " kata Erisyah sambil menekankan perkataan MAK BAPAK . Puas hatinya apabila Si Laila gila tu pergi .
" Huh nak berdebat ngan aku konon . Aku ni juara debat dunia tau " megah sahaja Erisyah berkata kata sambil menonyoh hidungnya menggunakan ibu jarinya dan tersenyum sinis .
Dia memandang jam tangannya . La dah pukuk 7.05am rupanya . Patut la si minah tu dah datang .
Dia kembali ke meja dan mengemas barang barang nya .
***********
" Wey kau agak agak Risya okay tak dengan kita ? " tanya Ainin risau .
" Doa doa dia okay la " kata Elyana .
Mereka menuju masuk ke kelas . Mereka melihat Erisyah sedang meletakkan kepala dia di atas meja . Tidur ke apa dia ni .
" Wey korang pergi la kantin aku nak pergi kat Risya " kata Elyana . Dia terus pergi ke tempat Erisyah . Kerusi Raycak ditarik dan dia duduk .
Raycal tak datang lagi .
" Risya ? Are you okey ? " tanya Elyana lembut .
" Erm " balas Erisyah perlahan . Tapi masih dapat didengari oleh Elyana .
" Are you sure ? " tanya lagi Elyana .
Erisyah mengangkat mukanya . Mata dia merah begitu juga hidungnya .
" Eh nape nangis ni wey ? Ada orang buat apa apa ke kat kau ? " cuak terus Elyana melihat Erisyah yang sedang menangis tu .
Erisyah menggelengkan kepalanya berkali kali .
" Sob ..... sob..... aku ... aku takut ....Farhan ....datang si .... sini betul betul " tersekat sekat dia berkata .
" Sokay . Kalau dia datang sini pun . Kau jangan takut k . Kitorang sentiasa ada dengan kau " pujuk Elyana .
Erisyah memeluk Elyana .
" Sorry tau sebab tak layan korang sangat dari semalam " kata Erisyah dalam tangisnya .
" Hahah don't worry la . Kitorang faham perasaan kau " kata Elyana lembut .
Erisyah mengesat air matanya dengan kasar . Dia menarik nafas dan menghembuskan nafasnya .
" Ok mulai dari hari in dan selamanya . Saya Nur Erisyah berjanji bahawa akan menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah jatuh pada mana mana pihak " katanya sambil menganggkat tangan seperti berikrar .
" Wow not bad huh " kata Elyana . Erisyah hanya tersenyum . Dia perlu berani meghadapi cabaran cabaran yang akan dilalui nya dikemudian hari .
**********

ANDA SEDANG MEMBACA
4 Gurlz
Novela JuvenilMengisahkan tentang 4 orang gadis sahabat baik dan sepupu rapat . Ramai warga sekolah Smk Sri Klang tidak mengetahui bahawa mereka ini sepupu dan merupakan anak kepada orang hartawan . Mereka berempat telah merahsiakan identiti mereka sebagai anak s...