"Pagi yang gelap,kini sudah terang.Aku adikmu dan engkau abang" Tengah seronok aku menyanyi dalam tandas,ada satu suara yang sedang terpekik dari luar bilikku.
"Jazleena binti Khairrul.Cepat la turun,takkan first day masuk U nak datang lewat." Jerit abangku,Harith Haqiem.
"Ishh,bising betul bangla ni.Baru nak feeling nyanyi lagu.Kacau line betul."Dengusku sambil memercikkan air pada cermin tandas.
*****
" Along,cepat la bawa kereta."Kali ini dah masuk kali yang keberapa kalinya aku menyuruh abangku membawa kereta dengan cepat.Jam tangan ditilik sekilas.Ada masa lagi 5 minit,don't worry my dear,you won't be late."Along dah bawa selaju yang boleh ni.Tadi along suruh mamdi cepat-cepat tak nak.Nak juga keluarkan suara sumbang dia tu dalam tandas.Ha,sekarang tak nak guna bakat terpendam Jaz.Mana tahu,lepas jaz nyanyi kereta ni terus terpacak depan universiti Jaz." Jawab alongku sambil tertawa kecil.Eyy,kecik besor kecik besor je aku tengok mamat ni.
Setelah 10 minit,berhempas pulas dalam kereta akhirnya aku tiba dihadapan pintu masuk Universiti Al-Haj.First impression,besar gilaaaa.Sah.Memang sah.Memang sah lagi aku akan sesat dekat sini.
"Assalamualaikum,pak cik.Nak tanya,kelas 1SN1 dekat mana?" Soalku sopan pada seorang pak cik yang sedang menyapu sampah.
"Waalaikumsalam.Adik naik ke tingkat 5 lepastu belok kanan."Jawab Pak cik itu ramah.
" Terima kasih pak cik."Sempat aku ukir senyuman khas buatnya sebelum memecut mengambil lif.Actually,tak la memecut mana pun.Just jalan cepat-cepat supaya cepat sampai kelas.
Buka saja pintu lif,aku terus menuju ke arah yang ditunjukkan oleh pak cik itu tadi.Nasib baik lif datang awal,kalau datang lambat.Perghh.Lagi lambat aku masuk kelas.
1 SN 1
Dengan bacaan basmallah,aku mengtuk pintu sebanyak sekali lalu membukanya.Alangkah terkejutnya aku,apabila semua mata memandang aku pelik.Seperti aku tidak berpakaian.Aku membetulkan sedikit spek aku yang mungkin kelihatan senget.
"Ye dik,cari apa?" Soal seorang perempuan yang sangat cantik.Kalau aku ni lelaki,confirm aku pikat dia.
"Erkk,saya penuntut baru." Jawab ku perlahan.Harap-haraplah dia dengar,memang tak lah aku nak ulang balik dengan semua mata tengah pandang aku sekarang ni.
"Ouh.Mari la sini,perkenalkan diri awak." Dengan semangatnya aku terus menuju ke arah Dr.Nisa.Sangkaan aku,dia juga merupakan mahasiswa di sini,rupanya pensyarah.Alahai.
Tengah aku ralit fikirkan apa yang harus aku katakan.
Kedebuk!
Ya Allah,sakitnya.Boleh tak aku nak meraung kuat-kuat dekat sini.Macam mana aku boleh jatuh ni.
"Ahhahahahhahhaahhaha"
"Nak buat drama apa ni dik oi"
"Aduh,aduh aduh akak.Aduh aduh."Malunya.Baru hari pertama dah kena bahan.Rasa macam nak menangis ni.
Makin galak pula bunyi ketawa itu sampailahPang Pang
"Pandai pula kamu semua diam." Perli Dr.Nisa.
"Awak boleh bangun?" Soalnya simpati lalu membantu aku untuk bangun.
"Terima kasih" Kataku sambil menundukkan badan 90°.Lagi sekali aku dengar bunyi orang ketawa.Aku ada buat lawak ka?
"Awak boleh perkenalkan diri."
"Assalamualaikum,nama saya Jazleena binti Khairrul.Awak semua boleh panggil saya Jaz.Saya harap awak semua dapat menolong saya." Kataku semangat sambil sekali lagi membongkokkan badan 90°.
Kali ini,dewan sangat senyap seperti ada malaikat lalu.Haish,pening betul nak faham kerenah classmate aku.
"Okay,baiklah Jaz.Awak boleh duduk di sebelah Hany.Hany,raise up your hand." Arahnya sopan.Aku terus menuju ke arah tangan yang diangkat itu.
"Let's continue our class." Arahnya lagi tatkala aku sudah mendapatkan tempat.
Jaz dah masuk universiti mama dan abah.
Nama universiti hanya lah rekaan semata-mata.
Nama watak tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun sudah tiada.
Sorry kalau tak best.
Don't forget to hit the vote button and leave your comment at the section below.
YOU ARE READING
Dia,milikku
RomanceJazleena binti Khairrul,atau lebih dikenali dengan panggilan Jaz.Penampilan yang agak nerd,tapi masih menunjukkan 'kehebatan' sebagai seorang wanita. Tengku Adrian bin Tengku Azman.Pembuli terkemuka di Universiti Putra Al-Haj.Mempunyai penampilan y...