Bab 6

24 3 0
                                    

"Adrian!"Bengangku pada Adrian.

Rata-rata mata yang disitu mula melihat ke arah kami.

Mataku mula tertancap ke arah Ikmal,salah seorang classmate ku yang sedang dipegang oleh kumpulan Adrian.Ikmal kelihatan tidak bermaya,kesan tumbukan dimukanya jelas kelihatan.

"Kau jangan sesekali makan makanan yang mamat ni bagi.Faham tak?"Jerkah Adrian kuat.

"Awak ni dah kenapa?Suka hati saya la nak makan atau tak.Kenapa awak nak sibuk?"Soalku hairan.

"Kenapa kau ni susah sangat nak dengar cakap aku.Aku cakap jangan makan,tak perlulah makan."Kata Adrian lagi kali ini dalam nada yang sedikit rendah berbanding tadi.

"Tapi kenapa?"Soalku tak mahu mengalah.

"Suka hati kau lah."Kata Adrian lalu pergi meninggalkan aku dan Ikmal.Aku terus mendapatkan Ikmal tatkala dirinya dilepaskan oleh kumpulan Adrian.

"Awak ok Ikmal?"Soalku cemas.

"O..ok.Aw..awak pergi la makan du..lu.Jangan..risaukan ..saya."Arah Ikmal dengan getaran.

Belum sempat aku membalas apa-apa,seseorang telah menarik begku menyebabkan aku terus berdiri tegak.

"Apa yang awak nak lagi Adrian?Bukan tadi dah pergi?"Soalku bingung.

Tanpa sepatah kata,dia terus menarik begku menuju ke arah Hany dan Rayyan yang berada di vending machine.

"Kau jaga sikit kawan kau ni Hany.Orang yang nak buat dia mati pun masih lagi buat baik."Sinis bicara Adrian sebelum sekali lagi meninggalkan kami bertiga.

Tergamam.Apa maksud Adrian sebenarnya?Mati?Orang nak buat aku mati?Siapa yang nak matikan aku?

"Jaz,kau ok tak?"Soal Hany risau.Hanya anggukan kecil dibalas olehku.

"Hany,awak bawa Jaz balik dulu.Nanti kalau ada apa-apa cepat call saya tau."Arah Rayyan.Hany segera memapahku balik ke rumah kami.

*****
Kini,genap seminggu aku tidak berbicara bersama Adrian.Kalau kami terserempak,pasti aku akan mengelak darinya.

Malah,Adrian juga seperti tidak kisah dengan kelakuanku.Masing-masing buat haluan sendiri.

Hari ini aku merajinkan diri menuju ke perpustakaan.Entah kenapa.Tiba-tiba hari ini terlintas nak pergi perpustakaan setelah sekian lama tak jejakkan kaki di sini.

Selepas meletakkan beg di sebelahku.Aku terus memulakan pencarian buku subjek account.

Sewaktu khusyuk mencari buku tersebut,aku perasan seorang lelaki membawa lari begku ke arah rak belakang.

Atas tindakan drastiknya,aku terus menuju ke rak belakang ingin mengambil begku semula.

"Eriq,bagi la balik beg saya."Pohonku pada Eriq,salah seorang ahli kumpulan Adrian.Ya,kumpulan Adrian yang bawa lari beg aku sebentar tadi.Tapi,kelibat Adrian langsung tak kelihatan.

"Nak beg?Alalala,kesian dia."Kata Eriq sambil buat muka comel.

"Bagi la balik."Kataku lalu cuba merampas begku daripadanya.

"Nak?Nah lompat".Kata Eriq lalu membalingkan begku ke arah rakannya yang lain.

"Ok la.Kesian sangat.Mari sini dapatkan beg snow white kau ni."Kata Eriq lalu menunjukkan begku ke arahnya.Dah la beg tu hadiah pemberian papa dan mama sempena hari jadi aku tahun lepas.Mama,Jaz nak nangis.

"Ok,ambil la."Kata Eriq lalu menaikkan tangannya.Tahu la aku pendek.Aku cuba untuk mengambilnya tetapi gagal.Tak semena-mena air mata yang cuba ditahan tadi mengalir.

"Apa kau buat!"Jerkah seseorang dari arah belakangku.Mata yang kini dipenuhi cecair hangat mengaburkan mataku melihat seseorang tersebut.Seperti pernahku dengar suaranya,namun agak sukar untuk mengingatinya.

"Bagi sini beg dia.Pergi sekarang."Katanya lalu mengarahkan Eriq dan yang lain untuk beredar.

"Kau ok tak Jaz?"Soal...Adrian.Aku membuka cermin mata lalu mengelap mataku.Cermin mata juga aku lapkan.

Kepalaku dongak.Wajah Adrian menyapa pandanganku dahulu.

"Kau ok?".Soal Adrian perlahan.Tergamam seketika aku mendengar suaranya.

Hanya gelengan dibalas olehku.

"Bangun."Arah Adrian perlahan.Aku hanya mengikuti arahannya apabila sedar tangisanku dilihat oleh ramai orang.

"Kita lepak dekat sini dulu la."Kata Adrian lalu mengajakku duduk di celah-celah rak perpustakaan ini.

Dia,milikkuWhere stories live. Discover now