Bab 3

44 6 4
                                    

"Awak laju-laju ni nak pergi mana?" Soalku pelik bin ajaib.Dia punya laju tu macam dekat hujung sana ada jualan makanan besar-besaran.Laju sangat.

"Saja". Jawabnya selamba badak berendam dekat tepi rumah dia.Aku terus berdiri tegak dihadapan Hany sambil bercekak pinggang.

" Kau dah kenapa?Orang pandangla,cepatlah jalan."Arah Hany sambil sedaya upaya menarik aku pergi.Kuat juga budak kecik ni tarik aku.

"Jap jap.Kau cemburu ekk bila aku cakap dengan Ray tadi." Tekaku bersahaja.Pinggangku terasa pedih sekali.

"Aduh aduh hany aaa sakit." Aduku pada Hany.Nasib baik dia lepas cubitan sengat dia tu.Sakit weyh lagi sakit daripada kena gigit semut.

"Padan muka.Merepek lagi.Jom la cepat." Kata Hany lalu pergi meninggalkan aku.

"Dah cemburu tak nak mengaku." Kataku perlahan.

"Jazleena Binti Khairrul."

"Ok,I'm coming." Parah ni,baru sekejap tadi aku perkenalkan diri sekarang dia dah boleh ingat nama penuh aku.Uishh.

                              *****

"Kau pergila cari tempat dulu.Aku tolong pesan makanan." Arah Hany setelah mengambil pesananku.Baru saja hendak mengorak langkah ke kawasan makan,Hany menarik semula tanganku.

"Make sure kau tak duduk dekat meja panjang tu." Pesan Hany sebelum aku melepaskan pergelangannya.

"Kenapalah kawasan cafe ni kecil sangat.Meja semua dah penuh.Aku dengan Hany nak kena makan atas lantai ka macam mana ni." Kataku seorang diri.Kalau orang nampak ni,sah kena cop orang gila.Tiba-tiba saja,mata aku tertancap pada sebuah meja yang panjang.

"Yes,I found it." Kataku bersemangat.Setelah memastikan aku duduk dalam posisi yang selesa,telefon bimbit aku keluarkan daripada begku.

Bum!

"Siapa benarkan kau duduk dekat sini." Mahu saja jantung ini terkeluar akibat hentakan meja yang kuat.Kawasan cafe yang tadinya riuh rendah kini senyap sepi.

"Kau tahu kan ni meja untuk VIP.Kenapa suka hati kau saja duduk dekat sini." Katanya lagi.

"Jawab la dah tak ada mulut ka." Tempiknya kuat.Sekarang,hanya nama Hany sahaja yang aku harapkan supaya muncul sekarang.Hany,tolong saya.Air mata yang hendak menitis,sedaya upaya ditahan.Jangan nangis Jaz,buat malu saja.

"Ungku Myra Raihana stop it." Arah seseorang yang bersuara lantang.Aku mengangkat muka ingin melihat 'hero' yang menyelamatkan diriku.

"Adrian." Yes,Adrian ada dekat sini sekarang.Macam biasa,Adrian and the geng.

"Adrian,tengok perempuan ni suka hati dia ja duduk dekat tempat I." Adu perempuan yang dikenali sebagai Ungku Myra.Kenapa gedik sangat ni?

"Aku tengah tengok la sekarang." Jawab Adrian bersahaja.Sekarang,aku pening.Adrian tengah perli ulat ni atau tengah back-up aku?Anyone,please tell me what's going on here?

"Kenapa kau marah dia?" Soal Adrian tenang.Sesekali matanya mengerling ke arahku.

"Sebab dia duduk dekat tempat I." Jawab Myra pula.

"She's new student." Kata Adrian lagi.

"Tak kisah la new student ka apa ka.Dia sepatutnya tahu tempat ni just untuk me and my team." Ujar Myra sambil menatap wajahku.Bukan tatap simpati,tapi tatap macam nak makan aku.

"Ya la.Lain kali kau lekat nama kau dengan ahli kumpulan kau besar-besar dekat meja ni.Baru orang tahu,meja ni korang punya." Kata Adrian sinis.Habis merah muka ulat ni.Ni nak gelak sakan ni.Sabar Jaz sabar.

"Jom,bangun." Arah Adrian padaku.Tanpa membuang masa,aku terus bangun mengikuti Adrian.

"Jaz,kau ok tak?" Soal Hany cemas.

"Ok ja." Jawabku seraya tersenyum kecil.Kalau aku ikut cakap Hany, mesti semua benda ni tak jadi.

"Jaga kawan kau ni elok-elok." Nasihat Adrian pada Hany.

"Terima kasih Adrian." Kataku sopan.
Hanya jelingan yang dibalas olehnya.Haih,geram pula aku dengan mamat ni.

"Dah,tak payah nak tenung anak teruna orang macam tu.Jom aku bawa kau pergi pejabat tanya tentang hostel kau.Makanan sekejap lagi kita bincang nak makan dekat mana." Arah Hany lalu menarikku mengikutinya.

Drop down your comment and don't forget to hit the vote button.
Tq.

Dia,milikkuWhere stories live. Discover now