"Hany,awak tunggu siapa?Kenapa tak masuk kelas lagi?"Soal Prof Nisa pada Hany.
"Saya tunggu seseorang prof.Kalau orang tu dah sampai,baru saya masuk dalam ye prof."Jawab Hany lalu mempamerkan riak wajah comel.
"Jangan masuk lewat sangat."Ujar Prof Nisa lalu melangkah masuk kedalam kelas.Baru saja hendak menarik nafas lega,suara yang cukup dia kenali menerpa ke arah pendengarannya.
"Awak tunggu saya ka Hany?".Soal Rayyan teruja.Tidak sia-sia dia lewat datang ke kelas hari ini.Buah hati tunggu depan pintu.
"Perasan.Aku tak tunggu kau pun."Jawab Hany selamba badak berendam sebelah rumahnya.
"Ya ka?Kalau kau tak tunggu aku,kau tunggu siapa?".Soal Rayyan dengan suara yang sedikit perlahan berbanding tadi.
"Adala.Jangan sibuk."Jawab Hany sambil mengerling ke arah jamnya.Sudah hampir masuk jam 3:15 tapi kelibat orang yang ditunggu masih tidak muncul.
"Kau tak reti nak masuk kelas lagi ka?".Soal Hany pada Rayyan.
"Tak".Jawab Rayyan pula.
"Suka hati kaulah.Bye."Kata Hany lalu melangkah masuk ke dalam kelas.Sangkaan Rayyan,Hany akan memujuk dirinya.Namun,lain pula yang jadi.
Dengan hati yang sedikit retak,diikuti diri yang sembilu menyaksikan gerimis yang memilukan Rayyan bergerak masuk ke dalam kelas.
****
"Kau sure okay?Nak aku bawa pergi hospital?"Soal Adrian dengan riak wajah yang...risau.Kenapa dia terlalu risau tentang diri aku?Bukankah aku selalu menjadi mangsa bulinya?"Saya okay.Awak jangan risau".Kataku lalu cuba mengukirkan sebuah senyuman.
Jeda seketika antara kami berdua.Janggal.Ya,itu apa yang kami rasakan sekarang.Belum pernah duduk berduan seperti ini,lain pula rasanya.
"Adrian,saya nak tanya awak sesuatu boleh?"Soalku pada Adrian yang sedang bermain dengan tali kasutnya.Nampak sangat kebosanan encik adrian ni.
"Tanyalah".Arah Adrian.
"Sebelum tu,saya nak pesan.Mungkin soalan ni akan mengguriskan perasaan awak.Tapi,saya cuma nak tahu ja.Saya minta maaf awal-awal tau".Kataku panjang lebar memohon maaf.
"Ya cik Jaz.Mana soalannya.Kau lupa eh,"Kata Adrian lalu memberhentikan ayatnya.
"Lupa apa?".Soalku hairan.
"Aku ni jiwa kental tau.Kau tanyalah soalan apa pun,aku okay ja jawab".Ujar Adrian bangga.
"Perasannya".Bisikku perlahan.
"Aku dengarlah.Cepatla apa soalannya,aku tak sabar ni".Kata Adrian gedik.
"Kenapa awak jadi pembuli?Saya rasa awak baik,tapi kenapa awak jadi pembuli.Ketua pula?"Soalku dengan lembut.Cuba menjaga hati dan perasaan Adrian.
"Ouh,soalan tu.Kalau aku tak nak jawab boleh?".Soal Adrian padaku.
"Mana boleh,kena jawab juga".Tegasku padanya.
"Yalah.Nak mengelat pun tak boleh".Ujar Adrian seraya membetulkan cermin hitam yang disangkut pada bajunya.
"Aku jadi pembuli last year.Sebelum ni,aku tak pernah ada rekod buruk.Maksudnya,aku ni budak baik.Aku ada abang,nama dia Ammar.Kami cuba beza 2 tahun.Aku rapat sangat dengan dia,sampaikan dengan siapa dia berkawan,bercinta semuanya aku tahu.Dia baik,baik sangat dengan semua orang.Sampaikan kadang aku rasa,aku tak layak jadi adik dia.Kalau aku nak sesuatu tapi parents aku tak bagi,mesti aku mengamuk.Tapi,dialah yang selalu tenangkan aku.Kalau dia rasa benda tu penting untuk aku,dia akan kumpul dui beli untuk aku.Pernah sekali aku minta parents aku tolong belikan kasut bola baru.Kasut bola yang lama dah terkeluar tapak,next week pula ada perlawanan."
"Tapi,parents aku tak nak belikan.Papa aku cakap,aku ni jenis tak reti nak jaga barang.Aku marah sangat.Waktu aku nak masuk bilik abang aku tanya aku apa jadi,tapi aku buat tak tahu.Aku masuk bilik,aku sepahkan segala benda yang ada."Kata Adrian panjang lebar.
"Kau mesti pelikkan kenapa aku palau abang aku.Sedangkan dialah orang pertama yang akan aku cari waktu aku susah".Soal Adrian padaku.Hanya anggukan kecil dibalas olehku.
"Aku fikir,aku ni anak kutip.Aku fikir yang parents aku selalu lebihkan abang aku daripada aku.Apa yang abang aku nak,semua dapat.Tapi,apa yang aku nak susah gila nak dapat.Waktu aku mengamuk tu,abang aku ada cuba buka pintu,tapi aku awal-awal lagi dah kunci.Sampailah satu tahap,dia tendang pintu bilik aku.Kunci ada,tapi aku seorang ja pegang.Waktu dia tendang pintu bilik aku,aku jadi terkejut gila.Tak pernah aku tengok dia marah-marah,tendang-tendang bagai.Muka dia waktu tu memang merah teruk."
"Aku pandang dia,dia pandang aku.Aku memang tunggu masa ja nak kena tendang dengan dia.Lepastu,tiba-tiba aku rasa ada orang peluk aku.Yes,abang aku yang peluk.Tergamam aku waktu tu.Dia bisik dekat telinga aku supaya aku mengucap.Dia kata yang dia ada dengan aku.Aku tak tahu kenapa,tapi tiba-tiba aku rasa sebak.Dalam pelukan dia,aku menangis."Mata Adrian yang mula dipenuhi cecair hangat ditahan sepenuhnya.
"Aku sedar ja daripada tidur,waktu tu pukul 12malam.Aku tidur dalam bilik abang aku.Apa yang aku ingat,lepas aku nangis dalam bilik aku,aku bangun balik dalam bilik abang aku.Pelik?Aku lagi pelik.Sedar saja,wajah parents aku yang aku nampak.Tiba-tiba papa aku cakap yang abang Ammar mati kena pukul.Aku jadi terkejut gila waktu tu.Serasa aku,aku baru saja jumpa dia petang tu tapi pukul 12 malam aku dapat tahu yang abang aku dah mati.Siapa ja tak terkejut.Aku tanya la macam mana abang aku boleh meninggal tapi parents aku tak jawab pun.Bila aku asak,baru mama aku buka mulut.Abang Ammar keluar pergi cari kerja lepas dia pujuk aku.Dia nak belikan aku kasut bola baru.Tapi,selepas dia keluar daripada kedai ada orang cuba rompak dia.Tapi,abang aku pertahankan diri dia.Malangnya,geng perompak tu 5 orang nak lawan abang aku seorang.Yang paling aku hilang sabar bila owner kedai tu langsung tak tolong abang aku.Nyawa dia dah nyawa-nyawa ikan,baru owner kedai terhegeh-hegeh call ambulans.Bila aku dapat tahu,abang aku mati disebabkan nak beli kasut baru untuk aku,aku rasa diri aku ni kejam.Akulah penyebab abang aku mati.Jadi,aku tekad nak jadi jahat.Kalau aku jahat,sekurang-kurangnya tak akan ada sesiapa yang berani pukul aku".Cerita Adrian sebak.Air mata yang cuba aku tahan,akhirnya mengalir jua.
"Apa jadi dengan perompak tu?".Soalku prihatin.
"Kena tangkap.Tapi,abang aku tak dapat diselamatkan.Mati ditempat kejadian".Kata Adrian lalu membangunkan dirinya.
"Sekarang aku ada,bolehla aku jagakan kau.Tapi,nanti kalau aku dah tak ada siapa nak jaga kau?Siapa nak lindungi kau daripada kena buli?Aku tak nak kehilangan seorang lagi".Kata Adrian lalu pergi meninggalkan aku keseorangan.
Apa maksud Adrian?Aku tak nak kehilangan seorang lagi?Kenapa dia terlalu ambil berat tentang aku?Siapa aku pada dia?
Sorry,kalau ada ayat yang keling.
Kalau tak faham apa-apa tanya saja,kalau ada masa author reply.Don't forget to hit the star button and drop down your comment.
Author,
Ilis
YOU ARE READING
Dia,milikku
RomanceJazleena binti Khairrul,atau lebih dikenali dengan panggilan Jaz.Penampilan yang agak nerd,tapi masih menunjukkan 'kehebatan' sebagai seorang wanita. Tengku Adrian bin Tengku Azman.Pembuli terkemuka di Universiti Putra Al-Haj.Mempunyai penampilan y...