Bab 9

21 3 4
                                    

"Hi hany, lama tunggu? "Sapa Rayyan tatkala melihat buah hatinya itu sedang bermain telefon pintar.

"Tak la lama sangat."Jawab Hany ringkas.

"Jom la pergi sekarang.Nanti lewat pula awak balik rumah sewa nanti. "Kata Rayyan lalu bergerak tinggalkan Hany dibelakang.

Usai membaca basmallah, kereta yang dipandu Rayyan menyebelahi jalan raya. Hany di tempat penumpang masih dalam keadaan diamnya. Mungkin lebih selesa sedemikian.

Hampir 30 minit berhempas pulas dalam kereta, akhirnya mereka tiba di pusat membeli belah. Rayyan mengalihkan pandangannya pada Hany yang berada di seat belakang.Wajah comelnya yang sedang nyenyak tidur serba sedikit mencuit hati Rayyan.

"Haih Hany Hany. Bila kau nak nampak cinta aku dekat kau? Dah nak masuk 2 bulan kita kenal, tak cukup lagi ka effort yang aku tunjuk ni.Lama lagi ka aku kena tunggu kau? "Belum sempat Rayyan menghabiskan lotehannya itu,badan Hany tiba-tiba saja bergerak menandakan dirinya akan terjaga bila-bila masa saja.

Mujur saja Rayyan cepat mengalihkan pandangannya kehadapan semula dengan pantas.Tidak mahu dirinya dilabel sebagai 'suka mengambil kesempatan' terutama sekali pada buah hatinya ini.

"Dah sampai ka? "Soal Hany dengan suara lembutnya. Sekali dengar, memang boleh cair.

"Dah. Kalau kau nak tidur dulu tidurlah. Aku tunggu kau dekat luar. "Kata Rayyan lalu bersedia ingin melangkah keluar. Namun, pantas dihalang oleh Hany.

"Saya ikut sebab nak teman awak. Bukan sebab, nak tidur. Jomlah".Ujar Hany lalu keluar daripada kereta Rayyan. Rayyan menjadi kelu buat seketika. Adakah dirinya sudah pekak? Adakah benar Hany menggunakan panggilan saya-awak? Adakah benar itu Hany? Seakan dunia sedang bersorak keriangan, Rayyan keluar daripada kereta dengan sebuah senyuman yang terlalu sukar untuk digambarkan.

"Kenapa senyum? "Soal Hany pelik. Cuba tilik dirinya dicermin kereta. Manakan tahu tudungnya senget, ataupun masih ada tahi mata yang terlekat sehingga begitu lucu buat Rayyan.

"Saja.Jomlah". Ajak Rayyan lalu pergi seiring dengan Hany.

Sedang ralit Hany menilik dua jam tangan dihadapannya ini,telefonnya tiba-tiba saja mengeluarkan notification yang menandakan ada mesej masuk.

Tanpa membuang masa, telefon terus diekeluarkan dari tote bagnya.

Jaz
Hany, awak dekat mana? Dah lama saya tunggu awak.

Tangan yang tadinya memegang erat begnya kini dibawa tinggi menepuk dahinya.

Hany
Sorry Jaz, aku lupa nak bagitahu kau. Aku keluar dengan kawan aku. Aku minta maaf.

Jaz
Ya ka? Kenapa tak cakap awal-awal. Tak apalah, saya balik naik grab. Hati-hati. Bye.

Hany
Kau pun hati-hati. Dah sampai rumah call aku. Bye. Sorry.

"Hany, kenapa? "Soal Rayyan hairan melihat tingkah laku Hany yang tiba-tiba  saja menjadi cemas.

"Jaz". Jawabnya sepatah.

"Kenapa dengan Jaz? "Tadi Hany, kini Rayyan pula yang semakin cemas.

"Jaz ada dekat U lagi. "Kata Hany lalu menundukkan kepalanya. Perasaan bersalah makin menebal dalam hati.

"Awak tak bagitahu dia awak keluar dengan saya? "Soal Rayyan hairan. Setahunya, jika Hany hendak ke mana-mana, pasti Jaz orang pertama yang diketahui. Sama jua seperti Jaz.

"Saya terlupa". Jawab Hany perlahan.

"Tak apalah,sekarang awak dah bagitahu dia? "Soal Rayyan lembut. Hanya anggukan dibalas oleh Hany.

"Tak apa, saya yakin dia selamat balik rumah. Awak jangan risau ok? Saya kan ada dengan awak". Kata Rayyan yang seolah-olah memujuk Hany.

Jeda seketika sebelum Hany kembali mengangkat mukanya menilik jam tangan tersebut.

Adrianacahkacak
Weyh, kau tolong hantar Jaz balik rumah. Aku ada dengan Hany. Thank you.

Jika diikutkan hati, mahu saja Adrian memaki sahabatnya ini. Sanggup dia bawa Hany tapi tinggalkan Jaz begitu saja. Jam tangannya ditilik, hampir 1 jam Jaz menunggu Hany.

Rayyankakimotor
Lama gila kau tinggalkan dia. Kesian dia. Nasib baik aku ada dekat U lagi, sekejap lagi aku pergi ambil dia. Cakap dengan Hany tak perlu risau, aku akan jaga kawan dia tu.

Kata-kata daripada Rayyan sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan gelisah bercampur bersalah dalam diri Rayyan. Namun, ayat terakhir Adrian seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Pelik bunyinya.

Telefon pantas ditutup lalu meneruskan pemilihan hadiah bersama Hany.

                          *****
Dari jauh mata Adrian dapat menangkap susuk tubuh yang amat dikenalinya, walaupun Jaz dilihat dari belakang.

"Oi, buat apa tu". Sergah Adrian pada Jaz.

Vote
Commet



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia,milikkuWhere stories live. Discover now