Episode 2

131 12 0
                                    

Di Rumah Arsyad

" Eomma nak Jungkook jelaskan semuanya pasal semalam ! Hana sudah cerita pada eomma tentang semalam dan eomma nak perjelasan kenapa Jungkook tinggalkan dia seorang diri ! " Aku memandang eomma yang tengah marah dekat aku. Aku hanya menutup mulut, berdiam diri sebab aku tak nak berperang mulut dengan eomma nanti.

" Jeon Jungkook !! Pleasee tell me !!! "

Aku mengeluh. " Eomma, Jungkook tak nak buat dosa dan Jungkook tak nak jadi orang fasik. Please faham keadaan Jungkook sekarang walaupun eomma tak suka. Eomma kena respect dengan agama Jungkook sekarang. Memang betul Hana tu cantik dan mungkin baik orangnya tapi Jungkook tak nak eomma. Berikan Jungkook masa untuk tunaikan impian Jungkook dulu "

" Itu je kan alasan kau ?? Kau memang tak habis habis dengan agama kau tu. Cubalah faham perasaan eomma dan appa nii. Eomma nak bagi kebahagian untuk anak kesayangan eomma ni tapi sampai hati Jungkook bantah dengan pilihan eomma "

" Kebahagian Jungkook adalah cinta Allah dan Rasul. Jungkook sangat bahagia sekarang dan berasa tenang. Belum ada rezeki lagi Jungkook nak berkahwin sebab Allah nak bagi Jungkook masa untuk mendekatiNya dahulu. Eomma kena faham yang jodoh itu rahsia Allah. Kita tak boleh melawan takdirNya "

" Ishhh sudahlah ! Eomma tak nak dengar semua tu ! Mulai hari ni, eomma akan sekat semua akaun bank Jungkook ! Biar padan muka tak ada duit nak sara hidup "

Aku hanya bertenang dan mengukir senyuman kecil. " Baguslah eomma sekat sebab Jungkook tak perlukan sangat semua itu. Jungkook hanya perlukan bekalan yang cukup untuk Hari Akhirat nanti. Jungkook tak kisah kalau Jungkook tak ada duit atau harta sebab semua tu hanyalah sementara sahaja. Yang kekal adalah syurga dan neraka  yang dijanjikan oleh Allah untuk kita nanti "

PANGG !!!

Satu tamparan yang kuat terkena di pipiku. Aku sangat terkejut dan tangan kananku memegang pipiku yang ditampar itu

" Eomma tak pernah ajar Jungkook jadi anak kurang ajar. Eomma tak puas hati, agama apa dah buat kau kurang ajar sangat hah ?! Lebih baik kau kembali tukar agama kau yang asal Jungkook !! "

" Eommaa !!! "

Suasana menjadi sepi setelah aku tidak sengaja membesarkan suara aku terhadap eomma. Air mataku mula membasahi pipiku dan mengalir dengan deras. Aku tidak tahan dengan semua hinaan dan kutukan terhadap Islam. Hati aku amatlah hancur dan aku sangat kecewa dengan eomma aku. Kenapa dia dan appa aku susah sangat nak terima ??? Aku tak suka tengok mereka melakukan aktiviti haram tapi mereka langsung tidak peduli dengan teguranku. Sekarang dia cakap aku kurang ajar dengan mereka pula ? Astaghfirullahal'azim !

" Ohh kau dah pandai nak besarkan suara pada eomma ??! Memang betul lah agama kau tu sihir ! Dah sihir anak aku jadi kurang ajar ! Eomma tak sangka agama kau tu memang dah bawa kau dengan ajaran tak baik ! "

" Stop it eomma !!! Lebih baik eomma balik !! Tinggalkan Jungkook sendirian ! " tengking aku dengan marah sekali.

Eomma mula melangkah pergi meninggalkan aku sendirian. Dapat aku dengar bunyi pintu rumahku ditutup dengan kuat. Aku jatuh tersungkur di atas lantai. Aku menekup wajahku dan menangis. Itu sahaja aku dapat buat,menangis kerana kecewa dan geram dengan sikap eomma dan appa aku. Tidak lupa juga dengan kejadian tadi. Aku telah menderhaka dengan eomma dengan membesarkan suara. Aku tiada niat nak jadi macam tu tapi aku terpaksa sebab tak dapat tahan dengan kutukan dan hinaan dari mulut eomma. Islam bukan sihir dan Islam bukan mengajar kita jadi tidak baik malah mengajar kita menjadi hamba yang beriman di sisi Allah.

Aku menandah kedua tanganku lalu berdoa

" Ya Allah ! Ampunilah dosa dosa aku dan dosa kedua ibu bapa aku. Sesungguhnya hambaMu ini masih lemah, berilah aku ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi ujian yang Engkau berikan untuk aku ini. Berilah perlindungan kepada ibu bapa aku yang aku sangat sayangi sepanjang aku tiada bersama mereka. Aku tidak berniat untuk menderhaka tetapi aku tidak sanggup mendengar lagi hinaan dan kutukan terhadap agamaMu, Ya Allah. Aku buntu sekarang kerana aku tidak tahu macam mana cara lagi nak menegur mereka, Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah agar mereka buka hati dan sedar bahawa agama Islam adalah agama yang suci dan indah sekali. Aamiinn Ya Rabba Al aa'minn "

Love Me In Halal Way (JJK Islamic Fanfiction)Where stories live. Discover now