Episode 3

119 11 0
                                    

Di Kampung Desawara

Aku memandu kereta sambil mencari rumah Taufiq. Sambil aku mencari, sambil itu juga tangan kiri aku meletak telefon aku di telingaku kerana masih dalam talian.

" Rumah kau kat mana ? Tak ada pun "

" Belok kiri ? Haaa okay, lepas tu ? "

" Okay aku on the way "

Aku menamatkan panggilan dan aku memandu kereta menuju ke rumah Taufiq yang telah diberitahu di dalam talian tadi. Beberapa minit kemudian, akhirnya aku sampai juga rumah Taufiq. Aku parking keretaku di sebelah kereta Taufiq. Nasib baik halaman rumah dia ni luas, kalau tak mesti aku parking kereta aku kat tepi jalan.

Aku membuka pintu kereta lalu aku keluar. Aku mengambil bagasi di dalam bonet kereta. Setelah itu,aku melangkah ke pintu rumah Taufiq. Aku mengetuk pintu sehingga pintu rumah itu dibuka oleh tuan rumah.

Taufiq terkejut melihat aku. " Assalamualaikum Arsyad ! Subhanallah ! Dah lama tak jumpa kau bro ! Aku rindu kau sangat ! " Taufiq terus memeluk aku kerana berasa teruja melihat aku. Aku juga membalas pelukan tersebut.

" Waalaikummusalam. Aku pun rindu kau. Dah berapa tahun kita tak jumpa sejak kita semua dah berpecah. Rindu aku dengan mereka yang lain " Aku tersenyum sayu mengenang kenangan lama. Kenangan yang amat berharga buat aku.

" Aku pun sama Arsyad. Masuklah dulu " Pelawa Taufiq. Aku mula masuk ke dalam dan Taufiq membawa aku ke ruang tamu.

Aku mula duduk di atas sofa." Aku nak buat teh dulu. Lepas tu, kau cerita kat aku apa sebab kau datang sini " Taufiq meninggalkan aku sendiri di ruang tamu dan menuju ke dapur. Sementara aku menunggu, aku melihat sekeliling rumah Taufiq. Rumah dia ni memang style rumah kampung. Simple tetapi kemas dan bersih.

Taufiq membawa dulang dengan seteko teh dan dua buah cawan. Dia meletakkan dulang itu di atas meja lalu dia menuangkan air teh ke dalam cawan.

" Minumlah Arsyad. Aku tahu kau mesti dahaga setelah penat kau driving pergi sini " Aku mengambil cawan itu lalu aku mula menghirup dengan berhati- hati.

" So kenapa kau datang ke sini ? Sanggup kau datang dari jauh semata mata nak datang ke sini padahal kat sana lebih banyak tempat best yang kau boleh pergi " omel Taufiq

Cawan aku minum tadi, aku letak ke atas meja semula. " Panjang ceritanya Taufiq. Kalau aku cerita ni mesti kau pun kecewa juga macam aku "

" Ceritalah "

Aku menceritakan segala dari A sampai Z kepada Taufiq. Dapat lihat reaksi Taufiq ada yang terkejut dan ada yang sedih apabila mendengar cerita aku.

" Aku pun tak tahu juga nak cakap apa Arsyad. Itulah manusia. Kita buat baik tapi diorang hanya pandang kita buat jahat. Tak apa, kau just banyak berdoa kepada Allah agar ibu bapa kau terbuka hati terima Islam. Banyakkan bersabar dan bertawakal kepada Allah, okay ? "

Aku memandang Taufiq dengan sayu. " Entahlah Taufiq. Nama Islam aku pun mereka tak suka apatah lagi yang selebihnya. Aku tak sangka mereka macam tu dan yang paling aku tak suka adalah eomma aku paksa aku kahwin dengan Hana. Kau tahu kan kisah aku dengan Hana dulu "

" Aku faham perasaan kau. Banyakkan bersabar jelah. Jadi kau nak tinggal sini lah ? Bukan aku nak halau cuma aku takut kau tak selesa duduk suasana kampung macam ni "

" Aku tak kisah pun asalkan aku ada tempat tidur dan makan. Tu aku bersyukur sangat. Aku takkan balik rumah aku selagi ibu bapa aku belum balik ke Korea "

Taufiq mengerut dahi. " Habis tu macam mana kerja kau kat sana ? Nanti ada orang cari kau and nak jemput kau berceramah tapi kau tak ada pula "

" Tak apa, aku cakaplah yang aku nak bercuti sebab nak rehatkan minda. Mereka akan faham juga " Jawab aku dengan selamba

Love Me In Halal Way (JJK Islamic Fanfiction)Where stories live. Discover now