" Ohh macam tu ceritanya " Taufiq mengangguk kepalanya kerana faham dengan perjalanan cerita mereka bertiga tadi.
" Jadi abang Taufiq tak payahlah risau okay ? Syaz masih setia dengan abang Taufiq " kata Syazana.
Taufiq hanya senyum dan hatinya berasa lega. Dia memandang Arsyad yang sedang makan pai ayam dengan selera.
" Kau kenal Pak Mail juga ? Aku baru nak ajak kau jumpa dia lepas aku habis kerja tapi tak sangka kau dah lama kenal dia and ada kat sini " kata Taufiq
" Aku lagi tak sangka yang kau tu dah bertunang dengan Syazana. Entah-entah waktu nikah nanti kau langsung tak jemput aku " balas Arsyad dengan nada tak puas hati.
" Alaaaa aku minta maaflahh. Aku cuma tak nak hebohkan pasal ni nanti takut makcik membawang pasal kami dan waktu tu bukannya buat majlis besar-besaran. Kami just buat majlis kecil je. Mestilah aku akan jemput kau majlis pernikahan aku nanti sebab kau bestfriend aku " pujuk Taufiq dengan sungguh
" Bila majlis pernikahan kau tu ? "
" In shaa Allah hujung bulan depan kami akan bernikah "
" Kalau kau tak jemput aku nanti, aku tak nak kawan kau lagi "
Pakcik Ismail yang diam dari tadi ketawa melihat karenah Arsyad dan Taufiq. Mereka berdua terus memandang ke arah pakcik Ismail.
" Hahahaha korang berdua ni sudahlah. Jangan risau Arsyad, nanti pakcik akan bagi kad jemputan tu kat Arsyad. Maafkan Si Taufiq tu, kesian pakcik tengok dia. Dalam Islam,kita tidak seharusnya memutuskan hubungan silaturahim antara muslim disebabkan hal remeh kerana Allah tak suka "
Arsyad mengangguk faham lalu memandang Taufiq. " Aku maafkan kau Taufiq and aku pun minta maaf sebab pasal tadi "
" Tak apa sebab salah aku juga tak bagitahu awal "
Arsyad mengeluarkan Iphone Xs Max miliknya untuk melihat jam. Sudah pukul 5.30 petang dan dia belum lagi solat asar.
" Taufiq, jomlah kita balik. Aku belum solat asar lagi ni "
Taufiq mengangguk. " Pak Mail, kami balik rumah dulu. Dah akhir ni, lagipun kami belum solat asar. Kirim salam saya dengan Syazana sebab saya tak sempat nak bagitahu dia "
" Baiklah,hati-hati pulang tu. Sebelum tu Arsyad, esok awak ada buat sesuatu tak ? "
" Esok saya mula kerja kat tempat kerja Taufiq. Kenapa ? " soal Arsyad kehairanan
" Esok awak nak kerja kat ladang kelapa sawit pakcik tak ? Sekarang banyak orang buat tempahan kelapa sawit pakcik dan perlukan banyak orang untuk uruskan tempahan semua tu tapi pakcik sudah kekurangan pekerja. Kalau awak nak, esok Arsyad dah mula start kerja "
Arsyad tersenyum gembira dan dia tak percaya bahawa dia telah mendapat tawaran kerja daripada pakcik Ismail. " Of course saya nak ! Jam berapa mula kerja esok ? "
" Jam 7 pagi "
" Baiklahh bosskuu !! Kami balik dulu dan terima kasih untuk pai ayam Syazana buat tadi. Assalammualaikum " Arsyad dan Taufiq mula melangkah pergi meninggalkan halaman rumah Pakcik Ismail.
" Waalaikummusalam "
" Mana abang Taufiq dengan Arsyad ? " Pakcik Ismail memandang kedua puterinya telah muncul di pintu rumah.
" Mereka dah balik dan Taufiq kirim salam dengan Syaz tadi sebab tak sempat nak bagitahu dia dan Arsyad nak balik "
" Waalaikummusalam. Hmmm,Syaz baru nak bagi pai ayam lebihan ni dekat mereka tapi mereka dah balik pula " cebik Syazana
YOU ARE READING
Love Me In Halal Way (JJK Islamic Fanfiction)
RomanceI created you from one soul, and from the soul I created its mate so that you may live in harmony and love. (Q.S Al-A'raf:189) " Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to You " - Muhammad Arsyad...