Episode 1

190 14 0
                                    

Di rumah Arsyad

" Eomma pleasee tolong terima keputusan Jungkook "

" Kenapa kau tak terima pula ? Lee Hana tu baik orangnya. Cantik pula tu "

" Arsyad tak nak eomma. Anak eomma ni belum sedia nak kahwin. Please faham keadaan Arsyad sekarang "

" Arsyad ? Euww ! Eomma tak suka nama baru Jungkook tu "

Aku mengeluh berat. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan eomma. Dalam hati aku hanya banyak beristighfar. Aku tak nak menderhaka dengan ibu bapa aku dan aku masih memujuk ibu bapa aku untuk terima keputusan aku.

Tuan Jeon yang dari tadi berdiam mula bersuara. "Apasal kau degil sangat hah Jungkook ?? Sejak kau dah berubah, kau dah makin tak nak dengar cakap kami. Agama apa yang dah buat kau makin degil macam ni ?? "

" Astaghfirullahal'azim appa ! Jungkook tak berubah cuma apa yang korang rancang ni Jungkook belum bersedia lagi. Jungkook nak tambah ilmu agama lebih dalam lagi dan Jungkook nak tunaikan impian Jungkook nak pergi umrah di Mekah dan Madinah. Apa kata eomma dan appa join agama Islam ?? In shaa Allah eomma dan appa akan sentiasa dirahmati Allah "

Tuan Jeon mula menepuk tangannya ke atas meja dengan kuat.Wajahnya bertukar marah dan tidak puas hati dengan kata kata aku.

" Jeon Jungkook !!! Eomma dan appa dah bosan asyik dengan ajakan Jungkook tu. Appa dan eomma sentiasa berpegang teguh dengan agama kami. Apa bagus sangat dengan agama baru Jungkook tu ??? You kena sedar yang agama tu dah buat Jungkook sekarang ni dah hancur, degil, tak nak dengar cakap dan kurang ajar dengan appa dan eomma "

" Astaghfirullahal'azim ! "

Hatiku mula runtuh dan kecewa setelah mendengar kata appa. Aku tak sangka dan tak percaya appa dan eomma aku betul betul tak suka dengan agama Islam. Aku ingin menangis tetapi aku tak boleh lemah. Aku takkan berputus asa nak ajak mereka masuk Islam. Walaupun mereka anti-Islam, mereka tetap ibu bapa kandung aku. Aku sayang mereka sangat sebab tu aku akan berusaha untuk mengajak mereka sampai mereka terima dengan agama Allah indah ini.

Puan Jeon pula bersuara. " Pasal pilihan ibu tadi, tak kira Jungkook terima atau tak, Jungkook kena jumpa dengan Lee Hana esok. Kami dah rancang perjumpaan date korang di sebuah restoran mewah. Kalau eomma dapat tahu Jungkook tak datang esok, eomma akan sekat semua akaun bank Jungkook "

" Dan satu lagi Jungkook, jangan nak kurang ajar dengan eomma dan appa. Kau tu tak ada hak nak tentukan agama kami. Jangan sampai kami tak nak mengaku kau tu anak keluarga Jeon lagi faham ??? " kata Tuan Jeon lalu mula berdiri dari sofa begitu juga puan Jeon

" Kami nak balik dulu " Aku melihat ibu bapa aku berjalan ke arah pintu dan melangkah keluar. Aku terduduk di atas sofa dan fikiranku amat celaru. Aku tak tahu macam mana lagi nak menegur ibu bapa aku. Aku meraup wajahku dan mulutku tidak berhenti untuk beristghfar kepada Allah.

ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!!

Mendengar suara takbir yang berkumandang dalam telefonku, aku terus pergi ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah mengambil air wuduk, aku melangkah ke arah bilik solat lalu aku mengatur sejadah. Aku mula untuk menunaikan solat zohor dengan niat dalam hatiku serta mengangkat takbiratul ihram.

Setelah selesai solat serta memberi salam kedua, aku menandah kedua tanganku lalu aku berdoa.

" Ya Allah, aku mohon kepadaMu,lembutkanlah hati ibu bapaku dan ampunilah dosa dosa mereka. Sesungguhnya mereka masih berada dalam kesesatan,berilah mereka pertunjuk hidayahMu. Aku tidak mahu ibu bapa aku masuk ke api neraka dan melihat mereka tersiksa dengan azabMu. Aku merayu padaMu ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar,Maha Pengampun,Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih. Aku mohon agar ibu bapaku sentiasa dalam perlindunganMu. Aaaminnn ya rabba al'amiinn "

💜💜💜

Di Restoran Mewah

Aku melangkah masuk ke dalam restoran dan mencari Lee Hana berada. Beberapa saat kemudian,aku telah menemui Hana yang sedang duduk sambil minum secawan teh. Aku pergi ke arah nya dan dia tersenyum memandang aku.

Hana berdiri. " Haii Jungkook ! "

Aku tidak membalas malah aku melihat permakaiannya. Aku terus menoleh ke arah lain.Perempuan ni memang suka pakai baju tak cukup kain ke ? Astaghfirullahal'azim !

" Jungkook jomlah kita duduk " Hana mempelawa aku untuk duduk dan aku mula duduk di kerusi yang berada di hadapannya.

" Do you want something to drink ? I will order for you "

" No thanks " jawabku dengan dingin. Pandanganku masih ke arah lain.

" What's wrong with you JK ? Are you not feeling well ? Kalau tak sihat, Hana bawa Jungkook pergi klinik, nak ?? "

Aku sempat menjelingnya sekejap dan cepat cepat pandanganku ke arah lain.

" Tak perlu. Aku sihat dan aku nak balik " Aku terus berdiri dan aku mula melangkah keluar. Belum sempat aku melangkah, tangan kananku ditarik oleh Hana untuk memberhentikan aku. Aku terkejut lalu aku menepis tangannya dengan kasar.

" Mashallah !! Apasal kau pegang tangan aku hah ??! Bukan mahram tahu tak ??? " marah aku. Semua orang yang berada di restoran itu hairan melihat adegan aku dan Hana.

" Jangan tinggalkan Hana di sini. Pleasee Jungkook get back to me. I'm still love you baby " rayu Hana dengan sungguh.

" Sorry Hana, semuanya sudah terlambat. Aku bukan macam dulu lagi. Aku takkan jilat balik apa yang kau dah buat dekat aku dulu. Pleasee cari orang yang memang layak untuk kau dan dapat membahagiakan kau "

Hana mula menangis. " Pleasee Jungkook, aku masih sayangkan kau dan aku tak nak kau tinggalkan aku. Aku janji aku takkan buat kau sakit hati atau buat kau menderita lagi. Jungkook please don't leave me " Lagi sekali Hana memegang tanganku tetapi aku mengalih tangannya dari tanganku dengan cara baik. Kalau aku kasar nanti, aku dicop sebagai lelaki dayus. Itu lagi menambahkan dosa besar. Astaghfirullahal'azim !

" Dengar Hana, hati aku sekarang sudah tertutup untuk kau. Mulai dari hari ni, aku tak nak tengok muka kau dah. Dan satu lagi, pleasee pakai baju yang elok sikit dan bukan tak cukup kain macam kau pakai sekarang. Kau anak orang kaya takkan kau tak ada duit nak beli pakaian yang sopan ? Tapi kan tak ada guna aku nak tegur kau sebab kau bukan nak dengar cakap. Jangan tambah dosa aku lagi Lee Hana "

" Jungkook !!! "

Aku melangkah pergi meninggalkan Hana sendirian. Aku membuka pintu kereta lalu aku masuk ke dalam. Aku meraup wajahku dengan kasar dan sempat aku memukul stereng kereta. Aku berasa stress dan air mataku mula jatuh sehingga aku menangis teresak esak. Aku menyesal sangat bertemu dengan Hana dulu. Kenangan aku dengan Hana bermain di fikiranku dan membuatkan tangisan aku semakin deras. Aku tak percaya dia hanya mempergunakan aku untuk kepentingan diri sendiri dan bukan mencintai aku. Tiba tiba kedengaran bunyi azan berkumandang dalam telefonku. Tanpa membuang masa, aku menghidupkan enjin kereta lalu aku memandu menuju ke masjid berdekatan.

Setelah sampai di masjid, aku mengambil air wuduk dahulu di bilik wuduk. Mujurlah azan asar sedang berkumandang. Kemudian, aku masuk ke dalam masjid dan mula menunaikan solat asar bersama penduduk umat Islam secara berjemaah.

" Ya Allah. Jika aku jatuh cinta sekali lagi, biarkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepadaMu. Aaamiinnn Ya Rabba Al'amiinn  "


TO BE CONTINUE

Love Me In Halal Way (JJK Islamic Fanfiction)Where stories live. Discover now