"Sayang?" Kata Aqil sambil membangunkan Kisya.
Kisya terbangun dan memandang jam.
Jam menunjukkan jam 10:45 malam.
"Ye?" Jawab Kisya sambil menggosok mukanya.
"Kenape biarkan makanan kat bawah macam tu je? Macam tak kena usik je. Sayang tak makan ke?" Tanya Aqil.
"Ohh. Lupa. Kisya takde selera" kata Kisya dan bangun dari katil.
Kisya masuk ke tandas untuk mencuci mukanya.
Selepas sahaja Kisya mencuci mukanya, dia keluar dari bilik.
Aqil masih di dalam bilik.
Kisya duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Padahal Kisya cuma termenung sahaja.
"Sayang?" Panggil Aqil.
Kisya memandang ke arah suara itu. Kisya mendapati Aqil sedang membawa sepinggan nasi.
"Lapar ke? Lauk sejuk tu. biar kisya panaskan dulu" kata Kisya dan bangun dari tempat duduknya.
Tapi halang oleh Aqil.
"Duduk kat sini. Abang dah panaskan. Ni makan. Sayang belum makan daritadi" kata Aqil.
Kisya mengambil pinggan itu.
Aqil mengusap kepala Kisya.
"Maafkan abang.." kata Aqil dan membuatkan Kisya memandang Aqil.
"Kenape?" Tanya Kisya.
"Makanlah dulu" kata Aqil.
Selepas Kisya siap makan, dia mencuci pinggan.
Selepas itu Kisya ke biliknya.
Kisya berbaring sambil bermain dengan telefonnya.
Aqil di dalam tandas.
Beberapa minit kemudian Aqil keluar dengan muka yang basah. Dia baru lepas mandi.
"Sayang?" Panggil Aqil.
"Emm?" Jawab Kisya masih bermain dengan telefonnya.
Aqil duduk di sebelah Kisya yang berbaring di katil.
Aqil menarik telefon Kisya dan memegang tangan Kisya.
"Kenape?" Tanya Kisya.
"Dah berape lama?" Tanya Aqil semula.
"Berape lama apee?" Tanya Kisya semula.
"Dah berape lama tahu abang dengan perempuan tu?" Tanya Aqil.
"Oh. Tah berape lama. Tapi baru baru ni jugaa" jawab Kisya dengan hati yang redha.
Kisya duduk bersila di katil.
"Kenape pendam?" Tanya Aqil.
"Buat ape nak luahkan kalau nantinya hubungan ni akan musnah" kata Kisya.
"Hey?" Aqil memegang kedua pipi Kisya.
"Hubungan kita takkan musnah kalau abang tak jatuh cinta dengan perempuan tu" kata Aqil.
"So?" Balas Kisya.
"Kalau dah bosan, lepaskan je la Kisya. Kisya boleh jaga diri Kisya sendiri." Kata Kisya lagi.
"Sayang.. please jangan cakap macam tu." kata Aqil.
"Jadi nak cakap macam mana?? Kenape tak jujur dengan Kisya yang abang tu ade perempuan lain? Kenape nak tipu juga yang abang tu busy? Kenape nak tipu yang abang ade meeting tadii? Kenape semuanya Abang tipu?" Tanya Kisya kecewa.
YOU ARE READING
Budak Baru Itu,Suami Aku!
Historia CortaMengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang berumur 17 Tahun, di jodohkan bersama lelaki yang paling di benci dekat dunia iaitu Mohammad Aqil Afnan. Mereka terpaksa kahwin di sebabkan perjanjian yang di lakukan oleh nenek mereka kepada kedua i...