PART 2

1.9K 147 20
                                    

Iman meregangkan jari jemarinya yang terasa lenguh kerana menaip terlalu lama. Oh my, penat nak mampus!

"Banyak lagi ke?" Segelas Iced Americano diletakkan di sebelah komputer riba Iman.

Bahu Iman terhincut sikit. Terkejut. "Hai, Adib! I tak nampak you pun tadi."

Adib senyum, "I baru datang aje ni. Tadi pergi bank. Bayar duit sewa kedai."

"I kagum dengan you."

Adib jungkit kening, "Kagum dengan I? Kenapa? I yang patut kagum dengan you, tau? Siang arkitek, habis kerja datang sini tulis novel. You tak penat ke?"

"Ceh, sindir I ke apa ni? Gila ke tak penat? Tapi I yang nak jadi macam ni. So, kenalah hadap! Haha! I kagum dengan you sebab you, muda-muda lagi dah ada kedai sendiri. Berdiri dengan kaki sendiri walaupun ada qualification untuk jadi seorang peguam."

"I tak naklah jadi peguam. I rasa kalau I jadi peguam, I akan stress dan I akan teguk kopi macam you sekarang. I tak suka tekanan. I lagi suka buat kerja yang I enjoy buat. Contohnya, I suka buat kopi. Buat kopi ni bagi I rasa happy dan puas hati. Tambah bila ada orang yang enjoy minum kopi yang I buat... macam you."

"Perli I lagi!" Iman buat muka sebelum jam di tangannya dipandang, "Adib... er... boleh I tanya?"

"Ya?"

"Kat kafe you, ada surau tak? Takpun bilik kecik ke. I nak solat. I tak solat Asar lagi ni."

Adib mengangguk, "Ada. Jom ikut I!"

"Er... ada telekung sekali?"

Adib mengangguk, "Ada. Katil pun ada, Iman. You nak bergolek ke bergendang ke dalam bilik tu, buatlah! Nak tidur pun boleh!"

Iman capai telefon pintarnya sebelum bahu Adib dipukul, "Ish!"

"Garang!" Adib ketawa sebelum dia bangun, "Jom!"

Iman angguk sebelum turut bangun dari kerusi. Sebelum dia mengikut Adib ke bilik belakang, sempat dia menitipkan pesan pada Jet supaya menjaga komputer ribanya yang masih terpasang di atas meja.



Iman meletakkan kepalanya di atas meja kayu itu sambil mengeluh, kuat!

"Iman, apa mengeluh ni?" Tanya Jet sambil meletakkan hot chocolate yang dipesan Iman ke atas meja. "Ada masalah ke dengan manuskrip?"

Iman angkat wajah lalu dia ukir sengih, "Taklah! I penat sikit. Hari ni ada projek baru masuk. I kena jadi leader untuk projek tu tapi I rasa I tak naklah jadi leader. Penat ooo..."

"Itulah you. Arkitek pun you nak jadi, penulis pun you nak jadi... dah penat," usik Jet sambil tersengih. Sejak Iman dan Adib berkawan ni, semua pasal Iman pun dia dah tahu dan Iman pun dah jadi pelanggan tetap Gulp Cafe.

"Mana Adib? I tak nampak dia lagi hari ni," tanya Iman pada Jet.

Jet sengih, "Adib datang lewat sikit kot. Dia pergi dating hari ni!"

Iman nampak terkejut sikit lalu dia mengangguk, "Ohhh..."

"Jet, order ni!" Suara Mike dari kaunter buat Jet mengangkat tangan, tanda menerima arahan.

"Gotta go! Mike dah panggil. Chow dulu! Karang sembang lagi."

Iman mengangguk sambil mengukir senyum. Dia faham maksud Jet. Mike memang kalut sikit bila dia kena jadi barista menggantikan Adib. Apek, si ketua tukang masak pula paling pendiam antara empat jejaka itu. Pembantu-pembantu Apek di belakang pula, peramah semuanya tapi jarang-jarang dia jumpa. Iyalah, dia duduk di depan. Mereka semua di belakang.

GULP! CAFE  (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now