PERMULAAN KISAH MEREKA

4K 148 21
                                    

"Wei, masuk universiti nanti kau nak ambik apa?"

Si budak lelaki berkaca mata angkat bahu, "Entah! Kau, Sepet?"

Si budak lelaki mata kecil meluku kepala si berkaca mata, "Bengong!"

Si budak lelaki yang rambutnya panjang mencecah kolar baju ketawa, "Sepet tak nak mengaku!"

Si budak lelaki berbaju biru senyum senget, "Aku rasa macam nak jadi lawyer, macam along aku."

"Kau? Nak jadi peguam?" Si lelaki berkaca mata ketawa, "Suruh berdebat dalam kelas pun lari masuk tandas."

"Siot! Aku ada darah gemuruhlah, gila!"

"Kau apahal melepak kat sini? Tak reti nak bertugas ke? Dasar pengawas kuat curi tulang!" Si mata kecil buat muka.

"Aku bukan nak jadi pengawas pun," ujar si budak lelaki berbaju biru, "Okey, kembali ke topik kita. Korang nak ambik kursus apa nanti?"

Si sepet bersandar pada dinding bangunan, "Aku tak tahulah. Aku rasa macam nak jadi chef, so mungkin aku ambik kulinari kot."

"Perghh! Idola kau mesti Chef Wan, kan?" Si baju pengawas ketawa sebelum dia memandang si rambut panjang, "Kau?"

"Entah. Nak jadi doktor, aku takut aku bunuh pesakit aku. Nak jadi cikgu, aku takut aku bagi ajaran sesat. Tengoklah result nanti macam mana."

"Kau? Takkan tak tahu?" Si sepet menyiku si kaca mata.

Si kaca mata tersenyum, "Aku... entah! Aku sama macam Mike kot, tengok result nanti macam mana."

Mereka kemudian sama-sama diam. Mata mereka masing-masing fokus memandang langit biru.

"Guys!" Si kaca mata tiba-tiba bersuara.

"Yo!" Sahut si baju biru.

"Yup?" Si sepet kalih memandang si kaca mata.

"Bakpo?" Si rambut panjang menyahut sambil memandang si kaca mata.

"Aku rasa macam nak bukak kafe."

"Ha?" Tiga budak lelaki itu terpinga-pinga.

"Random gila statement."

Si kaca mata ketawa, "Aku kan suka benda random ni."

"Kalau kata lepas habis universiti nanti, aku tak ada kerja... aku join venture kau bukak kafe," si rambut panjang sengih.

Si baju biru ketawa, "Aku kalau bosan berdebat dalam mahkamah nanti, aku boleh tolong jadi waiter kat kafe kau."

Si sepet senyum senget, "Kau tak ada tukang masak kan? Reserved satu tempat untuk aku."

Si kaca mata sengih, "Eh, mesti! Memang korang tiga aku nak buat jadi kuli aku pun."

"Bangang!"

"Siot!"

"Perangai macam syaiton!"

Serentak ketawa mereka pecah.



Tujuh tahun kemudian,

"Betul ke keputusan kita ni, wei?" Jet yang tadinya mencangkung, dah berdiri.

Adib yang bercekak pinggang memandang Jet, "Kau jangan macam-macam, Jet! Aku dah korbankan segala-galanya dah ni."

Apek gelak, "Apa yang kau korbankan? Kentut?"

Jet dah ketawa.

Adib jeling Apek. Main-main...

"Aku pun sebenarnya 50-50 ni. Betul ke kita nak buka kafe ni?" Apek bersuara pula, "Bukan sikit modal yang kita keluarkan ni. This is big!"

Mike yang sejak tadi diam peluk bahu Apek, "We've got to risk it to get the biscuit, guys! Lagipun ini impian kau kan, Jet?"

Jet senyum sesaat sebelum senyuman dia mati, "Kalau lingkup macam mana?"

"Choi, mulut!" Adik tepuk bahu Jet, "Kita buatlah bagi tak lingkup."

Apek menghela nafas, "Apa pun jadi, we'll stay together, aite?"

Mike dan Adib mengangguk.

Jet hela nafas sebelum kembali memandang ke arah lot kedai yang sedang diubah suai itu, "Fine. Let's do this!"

Mike, Adib dan Apek mengangguk, "Bring it on!"



To be continued...

GULP! CAFE  (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now