Jam didinding menunjukkan ke pukul 12 malam. Selalunya pada waktu begitu aku telah dibuai mimpi. Tapi entah kenapa pada malam itu aku rasa begitu susah untuk melelapkan mata. Lantas aku bangun dan pergi ke dapur. Segelas susu segar aku tuang ke dalam cawan. Jendela yang tadinya tertutup rapat, perlahan-lahan aku buka. Sambil meminum susu, aku mendongak ke langit. Dapat aku lihat butiran bintang bertaburan di dada langit. Cahayanya yang berkilauan begitu mendambat hatiku. Buat seketika aku terpesona dengan kerlipannya.
Duarr! Tiba-tiba sahaja sang petir menyambar. Sama sekali tidak pernah aku bayangkan bahawa hujan akan turun dalam keadaan cuaca yang cerah sebegini. Angin mula meluru masuk lalu menjamah tubuhku. Sejuknya terasa menusuk ke tulangku. Dengan pantas aku menutup semula jendela. Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi. Dalam keadaan hujan begini tiba-tiba fikiranku melayang jauh teringatkan tentang sahabatku Lisa. Dialah satu-satunya sahabatku yang aku ada di Universiti dahulu. Kali terakhir kami berhubungan semasa dia berkahwin dengan Wazir. Selepas sahaja berkahwin, dia terus mengikut suaminya melanjutkan pelajaran ke Mesir. Apa khabar dia sekarang agaknya ya? Mungkin sekarang dia sedang bahgia bersama suami tercinta. Maklumlah perkahwinan yang mereka bina atas suka sama suka. Bukan seperti aku yang berkahwin atas dasar pilihan orang tua.
Siapa sangka dalam dunia yang serba modern ini, masih ada lagi kes orang tua menetapkan jodoh anak mereka. Pada mulanya apabila aku mendengar akan perkara itu, tidak pernah terlintas difikiran bahawa suatu hari nanti aku akan berada dalam situasi sebegitu.
Perkahwinan diantara sepasang mempelai iaitu Nur Erlina dengan Muhammad Sufian, disatukan dalam keadaan terpaksa. Baik aku ataupun Sufian, kami tidak pernah mengenali satu sama lain dan jauh sekali menyangka bahawa kami akan di satukan sebagai suami isteri. Masih jelas diingatankanku, selesai sahaja upacara akad nikah, secara tiba-tiba pandanganku mula terasa gelap dan aku pengsan.
Walaupun rasa seperti tidak percaya bahawa aku sekarang sudah pun menjadi seorang isteri tapi itu adalah sebuah kenyataan yabg harus aku dengan terima. Begitu juga dengan Sufian. Kami nama sahaja suami isteri tetapi buktinya setelah hampir setahun kami hidup bersama, kami masih belum dapat menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna.
Bukan aku tidak pernah cuba untuk memperbaiki hubungan aku dengan Sufian. Tapi masalahnya manakan mungkin kalau hanya aku seorang yang berusaha sedangkan Sufian lebih suka mengambik sikap tidak endah sahaja. Berkahwin dengan Sufian ibarat berkahwin dengan seekor harimau. Sikapnya yang panas baran dan setiap hari ada sahaja di matanya yang tidak kena denga diri aku. Namun begitu, aku bersyukur pada Allah kerana sepanjang kami berkahwin dia tidak pernah meletakkan tangannya pada diriku.
Masih jelas diingatanku pernah suatu pagi Sufian memarahiku hanya kerana aku tidak menyediakan sarapan pagi. Tapi sebenarnya bukan aku sengaja. Dek kerana aku balik kerja lewat kerana menghabiskan kerja di pejabat.
"Nur Erlina, kau tahukan aku kerja hari ini? soal Sufian tegas.
"Ta...ta...ta..hu," jawabku takut-takut.
"Dah tahu kenapa pagi ini kau tak buatkan sarapan untuk aku? Aku ni sibuk mana ada masa nak sarapan dekat luar ni semua."
"Maafkan Er bang. Semalam Er balik kerja lewat sebab..."
"Apa kau panggil aku, abang? Oi, dah berapa kali aku beritahu aku, jangan panggil aku abang. Aku tak suka! Apa pun alasan kau, aku tak nak dengar. Kau simpan aja maaf kau tu."
Belum sempat aku berkata apa-apa lagi, kedengaran pintu dihempas kuat oleh Sufian. Aku terkedu. Tes...tes...tes.. manik-manik halus turun membasahi pipi. Semakin lama semakin deras mengalir. Aku sedih diperlakukan sebegitu rupa dengan suamiku sendiri. Seribu macam soalan bermain difikiranku. Bencikah Sufian terhadapku? Kalau ya, kenapa tidak aku dilepaskan sahaja?
Tiba-tiba aku teringat lirik lagu Andai Hatiku Bersuara nyanyian Chomel. Artis penyanyi Singapura yang aku minati. Antara liriknya ada tertulis...
'Seperti insan biasa
Aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai
Tiada duanya
Andai terlampau permintaaku ini
Maafkanlah kasih.'
YOU ARE READING
Andai Hatiku Bersuara
RomancePerkahwinan diantara sepasang mempelai iaitu Nur Erlina dengan Muhammad Sufian, disatukan dalam keadaan terpaksa. Kedua orang tua Nur Erlina menjodohkan anak mereka kerana itu adalah wasiat terakhirnya daddy Muhammad Sufian, iaitu Arwah Zain Hakimi...