Part 3

53 0 1
                                    

Oh tuhan berilah petunjuk

Agar dapat aku terima segala

Dugaan darimu yang kau hadiahkan untukku

Hingga kini tak mampu ku tempuh

Diriku masih lagi menunggu

Cahaya bahagia ku

Yang tak mampu disentuh

Mana harus ku tuju

Arah yng menentu

Agar terisi ruang dihatiku

Aku berdoa padamu Tuhan

Kabulkan lah kehendakku

Terangilah jiwaku

Yang diulit keresahan

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, bergitulah seterusnya rumahtangga aku dengan Sufian. Ya, masih tetap sama dan belum menampakkan apa-apa perubahan walau sedikit pun. Mama pula sejak kebelakangan ini, tidak sudah-sudah menekan aku dengan sebuah pertanyaan yang aku sendiri buntu bagaimana untuk manjawapnya. Apa lagi kalau bukan, 'Bila nak dapat orang baru?' Atau dalam bahasa mudahnya, 'Bila aku akan menimang cahaya mata?'

Setiap kali soalan itu mama ajukan, aku akan mengerutkan dahi buat-buat tidak faham atau buat-buat tidak dengar. Manakala Sufian yang duduk disisiku sedikit pun tidak menoleh walaupun sedikit pun daripada berhenti membaca suratkhabar. Aku tahu sebenarnya Sufian dengar dengan jelas akan pertanyaan mama itu. Tetapi dia lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.

"Kamu berdua ni ada masalah ke? Kalau ada, cepat-cepat pergi berubat. Yalah sebelum terlambat. Mama tahu soal zuriat ni semua kerja Allah tapi tak salahkan kalau kita cuba beriktiar daripada duduk diam aja tak berusaha apa-apa," soal mama apabila kami berdua tidak menghiraukan pertanyaan mama.

"Tak ada apalah, ma. Belum ada rezeki lagi, agaknya," jawab Sufian setelah mendiamkan diri. Aku tahu Sufian sengaja memberikan jawapan sebegitu sebab baik Sufian ataupun aku, kami tidak mahu membincangkan isu ini biar pun sepatutnya isu ini adalah sebuah isu yang menarik untuk dibincangkan untuk pasang suami isteri seperti kami berdua. Tetapi bukan untuk kami.

Selang beberapa minggu sejak pertanyaan mama itu, aku fikir Sufian juga mempunyai fikiran yang sama seperti aku. Ya, menbiarkan sahaja pertanyaan mama itu dan membiarkan masa yang menetukannya. Tapi ternyata Sufian mempunyai agenda yang lain.

"Demi memenuhi impian mama, aku rasa dah sampai masanya kita berikan mama cucu," selamba Sufian berkata.

"Tak nak!" jeritku. Aku tidak akan sekali-kali mengzinkan Sufian menyentuh tubuh aku.

"Dah kenapa dengan kau ni? Aku cakap dengan cara baik. Apa kau nak aku paksa kau baru kau nak ikut cakap aku? Lagipun kau tahukan sebagai seorang isteri itu memang tugas dan tanggungjawap kau melayan aku, suami kau ni."

"Jangan nak cakap soal tanggungjawab dengan saya. Selama ini ada ke awak sebagai suami manjalankan tanggungjawab awak dengan sempurna pada saya? Sepanjang kita berkahwin, awak tak habis-habis nak dera perasaan saya aja. Sekarang dengan semudah itu awak nak saya layan awak."

Inilah kali pertama aku meninggikan suara pada suamiku. Selama ini, aku membiarkan sahaja kepalaku dipijak oleh Sufian tetapi tidak kali ini. Tubuhku hanya buat suami yang benar-benar menyintaiku sahaja.

Tanganku ditarik kasar oleh Sufian. Dia terus mencampakkan aku ke katil. Sufian terus bertindak. Aku sudah tidak dapat lari lagi. Air mataku turun selebat-lebatnya. Aku, diperkosa suamiku sendiri.

Andai Hatiku BersuaraWhere stories live. Discover now