Part 5

49 0 0
                                    

"Masya-Allah! Sampai hati awak menilai saya sampai macam tu sekali. Tergamak awak samakan saya dengan perempuan-perempuan dekat luar sana tu. Awak tanya diri awak Encik Sufian, selama hari ni pernah ke saya minta apa-apa daripada awak? Cukup tak cukup pun semuanya saya gunakan duit gaji saya sendiri. Saya tak pernah pun walau sesen mengharapkan duit awak. Biar pun gaji saya tak sebesar gaji awak tapi saya bersyukur dengan gaji yang saya dapat tiap-tiap bulan. Awak bawalah harta awak sampai mati pun saya tak kisah."

"Abang betul-betul minta maaf pada Er. Er mintalah apa pun, abang sanggup tunaikan. Cuma, perceraian aja yang abang tak sanggup nak lafazkan."

"Semunya dah terlambat. Lebih baik sekarang, awak keluar daripada sini. Saya dah tak nak tengok muka awak lagi. Hati saya sakit dengar kata-kata awak tu dan mata saya pula sakit tengok awak. Mulai daripada hari ini awak jangan datang jumpa saya lagi dan jangan ada kena-mengena lagi dengan saya. Keluar!"

Sufian mengeluh perlahan. Wajah Er ditenungnya lama.

"Baiklah kalau ini yang Er nak. Abang akan pergi jauh untuk selama-lamanya daripada hidup Er. Cuma satu abang nak Er tahu bahawa Er adalah isteri abang dunia akhirat. Cinta dan sayang abang hanya untuk Er seorang aja. Er adalah cinta pertama dan terakhir abang, Nur Erlina Bte Mansor," perlahan-lahan Sufian bangun meninggalkan Er.

Dapat aku lihat raut wajah Sufian kelihatan sayu sekali. Ingin rasanya aku memeluk dia dan tidak ingin melepaskan dia pergi. Kucupan dahi yang baru sahaja dia berikan pada aku, masih terasa hangat. Seolah-olah seperti dia melakukannya semasa selesai akad nikah, upacara membatalan air sembahyang. Sekali lagi dia menoleh menatap wajahku dan dapat aku lihat raut wajah kesedihan terpancar di wajahnya.

Bunyi Azan Subuh yang sayup-sayup kedengaran daripada masjid telah menyedarkan aku daripada lamunan yang sangat panjang. Ya Allah, tak sangka hujan yang turun telah membuatkan aku mengimbas kembali kenangan lalu bersama dengan suamiku.

Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, segala apa yang tersurat dan tersirat. Mungkin juga segala apa yang berlaku ada khimah disebaliknya. Sufian kemalangan jalan raya selepas balik daripada hospital. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Kematian Sufian membuatkan aku merasa sangat terkejut dan merasa kehilangan. Tapi aku tahu, Allah lebih menyayangi dirinya.

"Abang, walaupun kita tak sempat untuk menjadi suami isteri yang bahagia semasa kita bersama dahulu, Er redha atas suratan takdir yang telah Allah tulis untuk kita. Er tahu abang sangat menyayangi Er dan seperti mana abang nak Er terus hidup gembira, Er pun nak abang begitu juga. Cinta dan kasih sayang kita akan tetap bersama sampai bila-bila bang. Hati abang yang berada dalam diri Er ini, akan Er jaga dengan sebaik mungkin. Abang, tunggu Er di syurga ya dan Er akan sentiasa berdoa semoga roh abang di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Andai Hatiku BersuaraWhere stories live. Discover now