Sebulan sudah peristiwa itu berlalu dan selama sebulan itulah setiap malam aku terpaksa melayan Sufian. Kalau dahulu setiap kali Sufian menengking atau mengherdik aku, aku masih mampu bertahan walaupun juraian airmata seringkali jatuh menitis tapi kali ini airmata aku seakan-akan sudah kering untuk aku tangisi lagi.
"Ini ke lelaki yang mama dengan papa kata boleh bahagiakan Er? Sampaikan rayuan Er sanggup mama dengan papa ketepikan. Tahukah mama, papa bahawa Er menderita dalam rumahtangga yang mama dengan papa cuba nak Er bina. Hati Er sakit diperlakukan Sufian sebegini. Sakit rasanya ma, pa. Lebih sakit daripada dihiris dengan belati tajam," aku bermonolog sendirian.
Mungkin dek kerana tertekan, aku pingsan. Mujurlah pada ketika itu aku berada di pejabat sekurang-kurangnya tidaklah aku keseorangan. Daripada hasil rawatan, doktor mengesahkan bahawa aku keguguran. Aku begitu amat terperanjat sekali dan langsung aku tidak menyangka bahawa aku sudah pun hamil. Doktor juga mengatakan bahawa hati aku rosak disebabkan pengambilan ubat tidur secara berlebihan.
Sufian datang ke ward dan menghampiri aku. Aku memalingkan muka dari Sufian. Aku tidak ingin melihat muka Sufian lagi walaupun untuk seminit.
"Er," panggil Sufian perlahan.
"Abang tahu abang dah terlalu banyak sakitkan hati Er. Abang janji selepas ini abang tak akan ulangi perkara yang lepas," rayu Sufian lagi.
"Cukup! Saya kahwin dengan awak pun bukan sebab atas kerelaan hati saya tapi sebab mama dan papa. Papa beritahu saya awak ni, baik orangnya. Harta yang awak ada tu dapat menjamin kesenangan saya pada masa hadapan. Tapi, saya tak hadap harta awak sama sekali. Saya hanya nak kasih sayang daripada awak. Tapi, semanjak hari pertama kita kahwin sampailah sekarang, saya tak pernah rasa bahgia hidup berumahtangga jauh sekali nak merasa hangatnya cinta awak pada saya. Benci sangat ke awak pada saya? Daripada awak seksa saya macam ni lebih baik awak lepaskan saya".
"Er jangan cakap macam tu. Abang tak akan lepaskan Er walau apa pun yang berlaku. Er isteri abang dunia akhirat dan kita memang diciptakan untuk bersama sehingga maut memisahkan kita."
"Saya dah penat. Selama ni, saya tak pernah minta apa-apa dari awak. Tapi untuk kali ni aja, saya minta awak lepaskan saya. Saya dah tak sanggup nak hidup berendam air mata setiap hari."
"Selama ni abang memang bodoh. Abang memang silap menilai Er. Abang sangkakan Er sama macam perempuan-perempuan dekat luar yang bersama dengan abang hanya semata-mata nak kikis harta kekayaan keluarga abang. Sebab tu... Er maafkan abang."
YOU ARE READING
Andai Hatiku Bersuara
RomancePerkahwinan diantara sepasang mempelai iaitu Nur Erlina dengan Muhammad Sufian, disatukan dalam keadaan terpaksa. Kedua orang tua Nur Erlina menjodohkan anak mereka kerana itu adalah wasiat terakhirnya daddy Muhammad Sufian, iaitu Arwah Zain Hakimi...