Part 2

55 1 0
                                    

Aku cuba untuk bertahan, tetapi selama mana? Aku juga seperti wanita lain, mempunyai naluri untuk dicintai dan menyintai. Jiwaku sangat terseksa. Adakah kebahagian setelah menempuh jalan kedukaan? Itulah persoalan yang sering bermain di mindaku. Adakah mama dan papa juga mengalami masalah yang sama ketika di usia perkahwinan mereka berusia setahun? Mereka juga disatukan atas pilihan keluarga tetapi kekal bahagia sehingga hari ini. Aku dan Sufian? Entah berapa lamalah ikatan ini dapat bertahan.

Aku teringat kembali perbalahan antara aku dengan mama dan papa. Memang aku berkeras menolak Sufian. Manakala papa dan mama pula berkeras menolak segala rayuanku. Sebagai seorang anak yang telah didik sejak kecil suapaya patuh dengan segala suruhan orang tua, apa lagi pilihan yang aku ada selain menerima walaupun hati ini ingin sahaja meraung dan menjerit.

"Er, dengar sini sayang. Kami lakukan ini semua demi kesenangan dan masa depan Er juga," pujuk mama.

Aku mengeluh. "Kesenangan? Kesenangan untuk siapa ma? Bukan ke dah banyak kali Er beritahu mama dengan papa bukan kesenangan harta yang melimpah ruah yang Er dambarkan. Er tak kisah ma, kalau bakal suami Er hidup susah, miskin tapi asalkan dia kaya dengan ilmu Agama. Itu dah cukup buat Er gembira. Biar pun dia hanya bekerja sebagai penoreh getah sekalipun."

"Er, Sufian tu baik budaknya. Berkelulusan tinggi dan kerjanya pun bagus juga. Kami yakin kami tak salah dalam menjodohkan Er dengan Sufian. Lagipun, ini adalah wasiat daddy Sufian, Zain Hakimi", pujuk papa pula.

Zain Hakimi merupakan sahabat papa yang paling rapat. Mereka memasang impian untuk berbesan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Zain Hakimi sempat berpesan supaya menyatukan aku dan Sufian. Rombongan dari pihak lelaki datang minggu lalu ketika aku ke out-station atas urusan pekerjaan dan tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu, mama dengan papa dengan senang hati telah menerima.

Aku terus meninggalkan mama dengan papa. Jelas aku tidak berpeluang untuk menolak permintaan mereka. Dalam bilik dengan pintu yang tertutup rapat, aku menangis semahu-mahunya. Bagi aku ini sama sekali tidak adil sebab kenyataannya hanya aku seorang yang berkahwin atas pilihan orang tua dan bukan abang atau kakakku. Mereka berkahwin dengan pilihan mereka sendiri dan ternyata mama dengan papa dengan rela hati merestui pilihan mereka. Biar pun kakakku berkahwin dengan lelaki Belanda. Tapi kenapa aku tidak boleh menentukan pasangan hidup aku sendiri?

Andai Hatiku BersuaraWhere stories live. Discover now