Prolog

975 44 2
                                    

Empat tahun sebelumnya....

"Can you marry me?"

Suara garau kepunyaan seorang lelaki Caucasian berketinggian 6' 4" tiba-tiba muncul di hadapan ku.

Huh!

Can?

Not would?

"Why??"

Aku berkerut dahi. Mataku bertentang dengan matanya. anggaran sudut dongak aku...lingkungan 38° hingga ke 40°.  Tanpa perlu bukti saintifik, lelaki yang berada dihadapan aku ini berketinggian satu kaki lebih tinggi dari aku....

Kerut dahi?

Sesiapa yang berada di dalam keadaan aku sekarang akan turut berkerut dahi. Aku membetulkan cermin mataku yang melorot ke pangkal hidung. Bukan aku tidak boleh berkanta lekap cuma-

"You do know why,"

Aku mengelipkan mataku berkali-kali. 

Do I?

Wajahku jelas keliru.

Jeda

" Please sis, help him,"

Eh! Ada orang ketiga pula. Orang itu berketinggian 5'8" berketurunan Melayu tulen.

Seperti aku.

Atau lebih tepat lagi se'DNA' dengan aku.

Mahu lebih tepat lagi?

Dia adalah abang aku.

Lebih spesifik?

Abang tiri aku, sebapa tapi lain ibu.

Dan aku sebenarnya sedang bercuti, sengaja singgah datang ke sini untuk bertemu dengannya.

Yang berkerja di negara asing ini.

Sejak Tiga tahun lepas.

Tanpa sengaja aku tersinggah ke majlis perkahwinan kawan merangkap bossnya...

Yang kini sedang berdiri di hadapan aku.

Kerana pengantin perempuannya melarikan diri.

"Kurang- (aku melihat jam ditanganku) Tiga belas minit sebelum satu jam saya, kenal awak. I need to more time than that in order to marry you," tanpa segan aku bertentang Mata dengan boss merangkap rakan karib abangku.

" Please..." Lelaki itu bersuara lagi. Anak matanya yang berwarna biru seperti lautan tepat merenung aku.

Jeda

"Please help him, sis"

"Cakap Melayu!"

Arahan itu untuk abang aku tapi mataku tetap bertentang dengan empunya Mata berwarna biru itu.

"Why me?"

"Because you're practically a stranger"

Alasan yang agak ganjil keluar dari bibirnya.

"Semua orang disini mengenalinya, Su," abang aku mengikut arahan aku, berbahasa Melayu.

" In this country, It's not an unheard case being jilt at the altar. In fact if I'm not mistaken-"

Aku berhenti sesaat.

"-20 percent."

" 20 percent people in this country was being  jilt before their wedding."

OMG!!! SUAMIKU TEXANWhere stories live. Discover now