Bab 5

631 51 9
                                    

Alhamdulillah!

Roti bakar bersama jem strawberry dan air coklat panas selamat masuk ke sistem pencernaan aku. Sarapan yang mengenyangkan untuk diri aku.  Buat masa sekarang aku bersendirian di bilik ini.

Kemudian aku merebahkan badanku  ke katil semula. mataku terpandang ke arah kipas siling yang sedang berputar dengan lajunya, seligat otak aku sekarang ni. Sudah lama aku tidak di dalam situasi sekarang ni,

do nothing, kind of stand still.. physically speaking. 

I'm always looking something to do! Membaca, menulis, menanda kertas, membuat persediaan mengajar, penyelidikan...

Tanpa rutin itu semua, rasa kosong, menyelinap ke dalam hati aku. Aku cuba mengurangkan rasa itu dengan menyelesaikan silang kata, sodoku, mencari barang tersembunyi di satu ruang akhbar yang diselitkan bersama sarapan tadi-

Sayangnya

Less than 10 minutes, aku sudah selesai. Berita yang terpapar juga tidak berjaya menarik minat aku. Rasanya meneliti IV drip di tangan aku lebih menarik dari membaca cerita di akhbar pada hari ini. Terlalu banyak sensasi dari berita sebenar.

Aduh! Bosannya apabila rutin harian aku terganggu. Aku menilik jam di dinding.

Sepatutnya pada waktu – waktu begini aku sibuk mengurusan anakku Mikael. Sibuk mandikan dia, menyediakan sarapan untuknya, melayan celoteh darinya.

Oh! I miss my son.

Bunyi desiran minyak di kuali meniti masuk ke dalam ruang imaginasi aku.

Telur sunny side up aka telur mata kerbau adalah kegemarannya di samping segelas milo atau pun susu. Aku tersenyum lagi mengingati keletah si budak kecil itu.

"Mama… kenapa nama telur ni telur mata kerbau? Ini telur ayam kan?"

Hatiku tercuit rasa lucu. Gaya pemikiran kritikal pada umur sebegini? Mungkin normal kot?!! Entah...

"You're right! kenapa namanya bukan telur ayam, ya?" Aku meletakkan pancake pula di pinggannya. "Bagus Eiki, it's something to ponder about?! Hurm.."

" Thanks mama,"

" You're welcome,"

" Tapikan mama.."

" Hep!!! Mulut penuh-" aku duduk dihadapannya.

" Sorry mama," ujarnya walaupun mulutnya masih mengunyah.

Aku menggosok kepalanya dengan penuh kasih sayang..

Aduh! Rindunya dengan budak kecil tu!!! Hanya seorang ibu yang memahami perasaan itu.

"Mama!!"

"Mama.."

Aku tahu ini realiti bukan fantasi.

Dari jauh suara itu bergema di koridor luar bilik aku.

" Assalamualaikum! Mama!"

Salamnya ku jawap perlahan.

Mama…

Aku jarang berpisah dengan si budak kecil ni, rasa rindu tak didapat digambarkan dengan kata – kata apabila dia di depan mata.

"Eiki nak duduk atas katil dengan Mama," rengek si Mikael.

Ariana dengan perutnya memboyot ke depan, ketawa perlahan. 

“Dia ni tak sabar – sabar mahu berjumpa dengan mama dia, nak tidur pun asyik sebut mama aje, nasib baik ada si Danish pandai memujuk. Mama Yana pujuk tak laku.”

OMG!!! SUAMIKU TEXANWhere stories live. Discover now