Aku kenal akan bau hospital.
Bau-bauan universal-
-bau cecair nyahkuman.
Otak aku terus berkerja keras mengulang tayang peristiwa yang telah berlaku sebelum aku pengsan macam heroin cerita lama. Aku mungkin mengeluarkan sedikit bunyi semasa mengerakkan anggota badan.
"Take it easy honey,"
encik-yang-mengaku-suami bersuara.
Yup! Aku ingat tentang itu.
Aku masih memejamkan mata.
"Saya- berapa lama saya pengsan?"
"Almost four hour", encik-yang-mengaku-suami membetulkan selimut.
"Allah! Saya terlepas dua kuliah hari ini," aku cuba bangun tapi dihalang oleh encik-yang-mengaku-suami.
"Jangan risau mereka faham,"
" How?!! Urg! Never mind,"
Aku masih lagi memejam Mata.
Awkward silent in the making..
"Kenapa awak ada di sini?"
"I'm your husband, darling. Sudah tentulah saya yang paling layak berada di sini,"
"Look here mr Zackary-" aku membetah. Mataku dibuka, posisi beralih mengiring ke tepi.
"Just call me Zack, Sue," dia memotong cakap aku.
"Saya tak kenal siapa awak dan saya tidak faham kenapa awak perlu mengaku menjadi suami saya- "
"I didn't want to stress you out, just get some rest. Lain kali kita bincang perkara ini semula,"
"Saya tak perlu berehat dan stress adalah perkara biasa bagi diri saya," aku cuba bangun sekali lagi dan menekan butang merah dan menunggu kedatangan jururawat.
Well! Guess what?
mr-yang-mengaku-laki-aku,
hospital bukanlah perkara baru dalam hidup aku.
"Su... tolonglah bertindak secara rasional," si husband yang tanda soal besar memujuk.
Baiklah.. aku bertindak rational.
"Encik Zackary... awak ada bawa handphone saya tak? I need to call somebody... please! "
Tanpa sebarang kata dia menghulurkan telefon bimbit-
"Ini bukan saya punya."
"Su punya telefon tertinggal di bilik makmal. Darurat... telefon awak mungkin adalah perkara terakhir yang berada di dalam fikiran saya, jawap dengan penuh senyuman mr Zackary kita ni.
"Darurat?"
"Apa maksud awak darurat?"
"Eh! macamana awak tahu perkataan darurat?"
"Awak tahu ke maksud perkataan darurat?"
Encik-yang-mengaku-suami tersenyum.
"Su... just.. make your phone call."
"Oh! Okay. Thanks."
Aku cuba mengingati nombor. Tulah kan downside ada phone book dalam handphone, kebanyakan orang terlalu bergantung kepada applikasi tersebut sehingga tidak menghafal nombor - nombor telefon rakan atau saudara mara atau dalam kes aku ni pengasuh anak aku. Dan juga akibat dari kemalangan beberapa tahun lepas, system memory aku ni kadang kala ada sikit terganggu. Dan dalam banyak - banyak masa dalam dunia ni waktu inilah dia nak tergendala sehingga aku tidak dapat ingat nombor pengasuh anak aku.
YOU ARE READING
OMG!!! SUAMIKU TEXAN
RomantikApa yang akan berlaku apabila anda mengalami amnesia terpilih? Amnesia itu pandai pula dia memilih untuk melupakan insan paling penting iaitu suami anda sendiri? Bukan setahun atau Dua tahun tapi empat tahun and counting!!! Akibat satu kemalangan, n...