Wooseok mengetuk pintu bilik anaknya untuk diajak makan petang
Eunsang yg menyedari bunyi ketukan pintu itu bingkas bangun dari kerusinya dan menuju ke pintu biliknya
Setelah pintu dibuka oleh Eunsang , Wooseok dengan pantasnya berkata " Nak jomlah makan , ayah ada beli cucur udang feveret kamu."
Tanpa berfikir panjang Eunsang terus mengiyakan apa yg dikata ayahnya
"Banyaknya Ayah beli cucur udang, yg nak makan kita dua ja." kata eunsang
"Ayah beli banyak sebab ayah lapar , tadi ayah tak makan tengah hari." terang wooseok
"Kenapa ayah tak makan?" soal eunsang tanda nengambil berat terhadap ayahnya
"Tak ada apa lah ,ayah tak makan sebab ayah tak lapar pun tengah hari tadi."terang wooseok sekali lagi
"Lain kali ayah kena la makan , lapar ka tak lapar ka , nanti kalau perut ayah kosong macam mna?" kata eunsang
Namun wooseok tetap dengan pendiriannya untuk diet selama beberapa hari ni , dia risau jika berat badannya semakin menaik dan tidak menjadi Mister King kawasan perumahan dia lagi
Wooseok juga terikut ikut dengan hasutan teman tapi mesranya iaitu Byungchan yg suka menghasutnya untuk diet sehingga mengalahkan saiz pinggang Bang SAJAT😂
Setelah lama berdiam Eunsang bersuara untuk menanyakan soalan kepada ayahnya
"Ayyahhh kenapa ayah selalu cakap dekat Eunsang supaya jangan jadi baik sangat?" soal eunsang
"Sebab ayah tak nak anak kesayangan ayah kena tipu dengan orang FAHAM!" wooseok menjawab
"Tapi Eunsang cuma nak tolong diorang , kan kita memang kena tolong orang dalam kesusahan , eunsang kesian dekat diorang." terang Eunsang
"Masalahnya sekarang kamu kena faham nak!! orang zaman sekarang banyak yg tak berguna , mula mula memang la mereka baik lama lama nanti mereka memijak kepala kamu balik."tegas wooseok kpd anaknya
"Sebab ayah sayang kamu la yg ayah suruh kamu jangan jadi baik sangat." luah wooseok
Pada malam itu
Eunsang mengenang kembali perbualan antara dia dengan ayahnya pada makan petang tadi
Eunsang berfikir sejenak
Apakah benar yg dikatakan oleh ayahnya dan kawannya?
Mereka cuma mempermainkannya kerana kebaikannya ?Mungkin Eunsang sepatutnya patuhi arahan ayahnya bahawa jangan jadi baik sangat?
Eunsang masih ingat akan kata kata ayahnya petang tadi dan yg paling eunsang ingat ialah ' Anak Kesayangan Ayah'
Lalu senyuman terukir pada wajah kacak Eunsang
Setelah kematian ibunya , Eunsang hanya tinggal dengan ayahnya Wooseok.
Wooseok selalu berpesan pada Eunsang bahawa " dia amatlah menyayangi anaknya Eunsang kerana dia tidak mempunyai sesiapa selain drpda anak manisnya itu.
Di rumah Dongpyo dan Seungwoo
"Ayah Dongpyo nak makan aiskrim boleh tak? tetiba lapar aiskrim pula." pinta Dongpyo
Seungwoo hanya mengeluh
Walaupun dongpyo sudah besar tetapi tahap kemanjaannya terhadap ayahnya tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang
Apa sahaja kemahuan anaknya dituruti demi melihat anaknya bahagia
" Ya lah pyo nak asikrim apa?" soal Seungwoo dengan senyuman
"Alaaa jom la kita pergi kedai barulah pyo boleh pilih nak makan aiskrim apa." kata Dongpyo
Oleh itu mereka pun bergerak ke kedai untuk membeli aiskrim
Di Kedai
Ketika Pyo sedang memilih aiskrim yg mahu dimakannya , Dongpyo terdengar suara yg agak familiar iaitu ...........
Bersambung
YOU ARE READING
#KAMI KELUARGA NORMAL (versi X1)
HumorDongpyo anak kepada Seungwoo Eunsang anak kepada Wooseok Wooseok pula anak Seungyoun Dohyun adik tiri Hangyul Dan mereka keluarga yg bahagia😂🌻 Mengarut...hanya untuk suka suki untuk Malay One it....😂😂 Haaa Marilah