Pada pagi yg indah lagikan muram , Jinhyuk bersama anak kesayangannya Jinwoo sedang bergelak ketawa menonton kartun Boboiboy Ulangan sambil makan nasi goreng ikan bilis hasil air tangan Jinhyuk sendiri.
"Ayah ! , kenapa nasi goreang ayah ni rasa masin sangat?" soal Jinwoo dengan jujurnya tanpa berbohong sedikit pun😂
Jinhyuk yg sedang kusyuk makan tersedak setelah mendengar pertanyaan anaknya
"Masin!!???" Jinhyuk berkata
"Ayah rasa ayah masak nasi goreng ni dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan." kata Jinhyuk dengan lagaknya
"Tapi tetap juga masin." sekali lagi Jinwoo berkata jujur
"Ayah tahu la ayah tak berapa pandai nak masak , tapi setakat nasi goreng ja ayah boleh la." kata Jinhyuk dengan yakinnya
"Ayah belajar la masak dengan Pakcik Sejin , dia kan Juara MasterChef , pasti dia boleh ajar ayah masak." Jinwoo memberi cadangan
Jinhyuk terpaksa redha dengan cadangan anaknya sebab Jinhyuk tidak berapa suka dengan Sejin.
Bagi Jinhyuk , Sejin tu menunjuk ja lebih , mentang mentang Sejin pandai masak dan sudah berjaya menambat hati ribuan makcik makcik di kawasan perumahan mereka termasuklah Cik Munah
Lagipun anak lelaki Sejin berkawan baik dengan anak lelakinya
Toktoktoktoktoktoktoktok
Kedengaran bunyi ketukan pintu di rumah Jinhyuk
"Hhaaiihh sapa pula yg datang ni , kacau orang nak tengok kartun boboiboy ja." Jinhyuk merungut
"Ayah pergi la buka pintu , tah tah ada orang mai hantar makanan." jinwoo berkata
Sebut ja makanan Jinhyuk dengan semangatnya menuju ke pintu rumah lalu memulas tombol pintu
Jengjengjengjeng
"Selamat pagi , ni haa saya nak bagi cucur karipap inti ayam untuk awak dengan anak awak. Saya buat cucur karipap ni banyak ,jadi saya bagilah orang orang dekat sini makan sikit. Jadi saya harap awak dengan anak awak yg comel tu makan lah cucur karipap buatan saya ni." Kata Sejin panjang lebar
Jinhyuk tanpa memikir panjang terus berkata "panjang umur kau !"
Sejin menjadi hairan dengan Jinhyuk yg tiba tiba berkata sedemikian
"Panjang Umur!?"Sejin berkata meinginkan kepastian
"Ehhh tak lah , maksud aku yg panjang umur tu tanaman aku la." Jinhyuk cuba mencari helah untuk membohongi Sejin , agar Sejin tidak berfikir yg bukan bukan
Sejin hanya mengangguk perlahan dengan jawapan Jinhyuk itu
Belum sempat Sejin menghulurkan bekas tupperware berisi karipap itu kepada Jinhyuk , Jinwoo muncul dan menyapa Sejin dengan gembiranya
"Pakcik Sejin buat apa datang rumah Jinwoo? , Jinwoo dah lama tak nampak Pakcik Sejin!! , anak pakcik , Jinwoo nampak la sebab sekolah sekali dengan Jinwoo." kata Jinwoo diselit dengan soalan
Sejin yg berdiri di depan Jinhyuk dan Jinwoo hanya tersenyum dengan Jinwoo yg berkata sedemikian
Lalu Sejin berkata " Pakcik nak hantar cucur karipap , jadi pakcik harap Jinwoo dengan Ayah Jinwoo makan la karipap buatan pakcik ni
"OOOUHHH patutlah dari dalam rumah lagi Jinwoo ada bau yg sedap sedap , rupanya Pakcik Sejin yg datang bawa karipap . Jinwoo pun hairan apa yg bau sedap ni sebab dekat dapur tak ada makanan yg sedap pun , Ayah pun tak pernah masak." kata Jinwoo panjang lebar
Jinhyuk yg mendengar pengakuan Jinwoo itu menjadi agak terkejut dan terkilan
Jinhyuk bukannya tidak mahu masak tetapi masalahnya sekarang ni Jinhyuk memang tak pandai masak . Tambahan pula Jinhyuk sibuk dengan pekerjaannya dan tidak sempat untuk memikirkan menu apa yg perlu dihidang di meja makan rumahnya.
"Ayah Jinwoo kan kerja jadi tak sempat la nak masak , bukannya Ayah Jinwoo tak nak masak langsung." Sejin cuba memberitahu perkara sebenar pada Jinwoo
"Oklah pakcik pergi dulu , bye!!!" Sejin berkata lalu melambaikan tangan pada Jinwoo dan Jinhyukk
Sebenarnya Di kawasan perumahan mereka terdapat empat Duda yg masih meletop dan terhangat di pasaran serta masih segar iaitu Seungwoo Si Raja Bersenandung , Wooseok Si Raja Pakar Kecantikkan , Jinhyuk pula Si Raja Cikgu Hiphop dan Sejin Si Raja Juara Memasak.
Namun masing masing mempunyai kisah yg menyedihkan dengan isteri mereka
Seungwoo yg bercerai dengan bekas isterinya , Wooseok yg kematian isteri , Jinhyuk yg kena tinggal dengan isteri dan sampai sekarang Jinhyuk tidak tahu isterinya hilang ke mana malah , jejak langkah isterinya juga tidak dapat dijejaki langsung😂😂 dan Sejin pula yg ..............
Bersambung
Siapakah Anak Si Sejin ??
Isteri Sejin kemana? siapa ?
macam mana Sejin boleh jadi Duda??
Nantikan!!!
Korang boleh komen untuk main teka teka siapakah anak Sejin😂😂
YOU ARE READING
#KAMI KELUARGA NORMAL (versi X1)
MizahDongpyo anak kepada Seungwoo Eunsang anak kepada Wooseok Wooseok pula anak Seungyoun Dohyun adik tiri Hangyul Dan mereka keluarga yg bahagia😂🌻 Mengarut...hanya untuk suka suki untuk Malay One it....😂😂 Haaa Marilah