"Haiihh mana lah orang tua ni pergi , hilang lagi." Wooseok merungut
"Nampaknya , aku nak kena cari orang tua ni lagi! , adduuh penatnya aku nak kena uruskan orang tua ni , penat penat !!" sekali lagi Wooseok merungut
Setelah itu Wooseok pergi ke anaknya Eunsang yg berada di dalam bilik untuk menyuruh Eunsang mencari ayahnya yg hilang
"Eunsang boleh kamu tolong cari atuk kamu kejap ? dia tiada dalam rumah , penat dah ayah cari atuk kamu di bilik stor , la di halaman belakang rumah la , di bilik la tapi tak jumpa jumpa juga."Kata Wooseok menyuruh anaknya pergi mencari ayahnya
"Kita cari sama sama la ayah , cepat sikit jumpa atuk kan?"kata Eunsang
Selepas mendengar apa yg dikatakan Eunsang anaknya , Wooseok mencari seribu alasan untuk tidak mengikuti anaknya pergi mencari ayahnya
Wooseok sudah penat melayan kerenah ayahnya yg bersikap seperti budak budak , kadang kadang ayahnya suka lupa bahawa wooseok adalah anak kandungnya , Wooseok tahu bahawa ayahnya sudah nyanyok akibat umur yg semakin tua tetapi perilaku ayahnya merimaskannya.
Seungyoun , ayahnya wooseok selalu minta sesuatu yg bukan bukan pada wooseok misalnya kereta mainan , pakaian orang muda , aiskrim , coklat snicker , buku mewarna dan macam macam lagi.
Pernah juga ayahnya memesan isteri baru yg masih muda dan segar
Perkara tersebut telah menaikkan kemarahan Wooseok
Wooseok yg telah lama menduda pun tidak pernah menyimpan hasrat untuk berkawin buat kali kedua
Maka dengan itu Eunsang pun memulakan pengembaraannya mencari atuk Seungyoun
Di taman permainan
"Cik buat apa di sini?" Soal atuk Seungyoun
Gadis tersebut menjawab " teman anak saya bermain."
Hehehehehehehehehehehehehe "Atuk seungyoun ketawa
"Saya pun teman seseorang bermain di sini." kata Atuk Seungyoun
Lalu Seungyoun mengeluarkan anak patung doraemon kesukaannya yg terdapat dalam saku seluarnya dan menunjuk anak patung itu pada gadis tersebut sambil tersengih sengih
Doraemon merupakan animasi kartun kegemaran Seungyoun sejak zaman dia muda lagi .
Kartun doraemon lah yg menemukan Seungyoun dengan si pujaan hatinya.
Oleh sebab itu , Eunsang mengambil keputusan untuk menghadiahi anak patung doraemon kepada Seungyoun. Eunsang tahu bahawa atuknya amat menggemari kartun doraemon
Back to Situasi atuk sekarang😂
Gadis tersebut berasa kurang selesa dengan Seungyoun kerana baginya mana ada orang tua yg masih meminati permainan kanak kanak seperti yg ditunjukkan Seungyoun kepadanya
"Pakcik ok ke tak ni?"soal gadis tersebut yg seperti kurang percaya dengan atuk seungyoun
"Apa ? , kartun boboiboy mula pukul berapa ?" soal Seungyoun dengan yakinnya
"Sah dah tak betul orang tua ni , baik aku lari sebelum jadi benda yg bukan bukan."gumam gadis tersebut
Dengan lafaz bismillahhiramanirrahim , gadis tersebut mengambil seribu langkah menjauh Seungyoun dan mengajak anaknya pulang
Atuk Seungyoun hanya memerhati gadis tersebut dan berkata "semua orang tak nak berkawan dengan aku , hina sangat ke aku ni? , nak kata aku hodoh tak pun , semasa aku muda muda dulu aku lah raja paling kacak dekat kampung aku sampaikan beratur orang nak kan aku , hhhaihh tak faham betullah aku dengan manusia zaman sekarang ni
Misi Eunsang mencari Atuknya
Dengan berkayuhkan basikal Eunsang mencari atuknya.
"Haaiiihh manalah atuk ni batang hidung pun tak nampak." rungut Eunsang sendirian
Tiba tiba Eunsang bertembung dengan Jinwoo anak kepada Pakcik Jinhyuk.
"Eehh Jinwoo awak nak pergi mana ni?" soal Eunsang
Kebetulan Jinwoo juga sedang berkayuh basikal
"Abang Eunsang!"kata Jinwoo dengan gembiranya lalu menyambung dialognya
"Saya nak mencari udara segar kejap , lagipun saya bosan tinggal dalam rumah tak buat apa , saya dah minta izin ayah saya yg saya nak keluar kejap dan ayah saya izinkan , abang Eunsang pula nak kemana?"
Eunsang menjawab "abang sebenarnya tengah cari atuk abang ni , takut nanti dia lupa jalan balik rumah pula , kang susah.
"Kenapa pula? , atuk abang tu tak belajar ke? , dia budak budak ke ? , kenapa dia tak tahu jalan balik ? habis tu sebelum ni dia balik rumah macam mana? bertalu talu soalan Jinwoo ajukan kepada Eunsang
Eunsang yg mendengar pertanyaan Jinwoo hanya tersenyum sambil menggaru kepalanya yg tidak gatal
"Mana ada Jinwoo , Atuk abang dah tua la sebab tu la dia tak ingat jalan nak balik rumah." jelas Eunsang kepada Jinwoo
Jinwoo hanya mengangguk kepalanya seperti budak baru belajar
Bersambunggggg
YOU ARE READING
#KAMI KELUARGA NORMAL (versi X1)
HumorDongpyo anak kepada Seungwoo Eunsang anak kepada Wooseok Wooseok pula anak Seungyoun Dohyun adik tiri Hangyul Dan mereka keluarga yg bahagia😂🌻 Mengarut...hanya untuk suka suki untuk Malay One it....😂😂 Haaa Marilah