"Macam mana la aku boleh tersilap pakai selipar adik aku ni , nasib tak ada orang yg perasan , kalau tidak malu lah aku." Hangyul berkata pada dirinya sendiri
"Abangg!!!!"
"Lain kali , kalau abang berminat sangat dengan selipar adik tu , abang boleh pergi cari sendiri di kedai kasut ka , pasar malam ka , kedai tepi jalan ka , berlambak!!?" Dohyun memberi cadangan tempat pada abangnya untuk mendapatkan kasut upin ipin sepertinya
"Nasib ko adik tiri aku , rasa macam nak lipat lipat ja pipi ko." hangyul cuba untuk menenangkan dirinya dengan perangai adiknya yg serupa hanat dan berlagak matang macam orang dewasa sedangkan adiknya baru berusia 15 tahun....
Baru hendak menduduki PT3 tahun ni😂
"But it's ok !! , hari ini hari kau , esok lusa hari aku pula." Hangyul berkata pada diri sendiri lalu tersenyum jahat penuh makna😈😏
Di ruang tamu rumah Dongpyo dan Seungwoo
"Ayah , apa kata lepas ni , ayah pula yg jadi Imam masjid!! ,biar tok bilal puji ayah." Dongpyo berkata pada ayahnya dengan harapan ayahnya mahu menjadi imam masjid.
Seungwoo hanya tersenyum manis.
"Dongpyo je lah yg jadi kan senang , baru Pyo boleh kalahkan Minhee , ni tak ayah tengok Minhee ja asyik lebih dari Pyo!" Seungwoo cuba untuk menyakat anaknya.
Dongpyo yg mendengar kata kata ayahnya itu , serta merta mimik mukanya berubah.
"iiisshh ayah ni ke situ pula!!."Dongpyo tidak puas hati dengan kata kata ayahnya
"Apalah sangat setakat si Minhee itu , memang lah dia handsome , tinggi , boleh tahan pandai , jaguh basketball , fans ramai , Tetapi dia menunjuk ja lebih , dah la poyo , boleh pula acah King ja lebih di sekolah!!" Dongpyo memburukkan tentang Minhee pada ayahnya
Dalam masa yg sama
Di Dapur Rumah Minhee
"Siapa pula yg sebut nama aku ni? , kang dah tersedak aku." luah Minhee
Pada malam itu Minhee tiba tiba mengidam nak minum air kopi 5 in 1😂
Jadi demi memenuhi hasrat diri sendiri , Minhee mengambil keputusan untuk meneguk secawan kopi di ruangan dapur rumahnya.
Di rumah Minhee sudah ada Air kopi 5 in 1 jadi tidak perlu la nak pergi ke kafe semata mata nak minum air kopi.
Keesokkan harinya
Di sekolah
Minhee menuju ke lokernya untuk mengambil buku. Buka sahaja loker Minhee menemui sekeping surat yg berisi ayat ayat manis lagikan masam dan pahit.
Namun Minhee tidak merasa apa apa kerana dia sudah terbiasa dengan surat surat misteri pemberian peminatnya
Dalam perjalanan Minhee ke kelasnya , dia terserempak dengan adik junior yg sudah lama mengagumi wajahnya yg seperti watak anime.
"Abang Minheeeeee!! dah macam jodoh pula kita dua ni , asyik nampak muka abang ja.
"Oooouuhhh Ye ke!!" kata Minhee yg berpura pura teruja
"Sebelum adik lupa , kelmarin adik ada la baca balik komik hasil karya Junji Ito itu tajuk 'Jejaka Kacak Simpang Empat' , pppeerrrgghh watak utama manga tu sejibik 😂 macam abang!! Terharu la adik!! , tengok muka abang rasa macam watak manga memang betul betul wujud."
"Abang tahu abang tahu , tetapi masalahnya sekarang ni kelas abang dah start la!" kata Minhee dengan penuh gaya intonasi
"Oouhhh Okkk , sayonara bang!!"
Boleh pula dia bersayonara bagai , orang dah mula kelas😂😂
Bersambung
Siapakah adik Junior tersebut??
Adik Junior tersebut lelaki.......
YOU ARE READING
#KAMI KELUARGA NORMAL (versi X1)
HumorDongpyo anak kepada Seungwoo Eunsang anak kepada Wooseok Wooseok pula anak Seungyoun Dohyun adik tiri Hangyul Dan mereka keluarga yg bahagia😂🌻 Mengarut...hanya untuk suka suki untuk Malay One it....😂😂 Haaa Marilah