Sentiasa ingat

326 36 24
                                    

"Heeeerrrrmmmmmmmmm , sedapnya!!" Sejin memuji masakannya sendiri

"Ayah!!!"

Tersembur Sejin dibuatnya!!

Kang terkeluar habis makanan yg dikunyah Sejin sebentar tadi , Dah la Sejin makan ...................

"Adik ni pernah tertelan microphone ka zaman kanak kanak dulu ? , terjerit jerit panggil ayah dah la suara kuat , lagipun ayah boleh dengar lagi bukannya pekak!!" Kata Sejin yg terkejut dengan anaknya Donghyun yg memanggilnya

Sejin memanggil anak lelakinya dengan panggilan adik

Katanya lebih sawit dan manehh😂😂

"Adik nak keluar!!"

"Pergi mana? Keluar dengan siapa? Keluar naik apa? Pukul berapa nak balik?" Sejin yg overprotective terhadap anaknya menajukan banyak soalan agar anaknya keluar dengan selamat

"Keluar dengan Abang Sajat!!!" Jawab Donghyun secara spontan

Dan jawapan tersebut telah mengejutnya Sejin

"OK baiklah!!! tunggu ayah !!! , ayah nak bersiap kejap !!"
"Ingat kalau keluar rumah dengan orang yg tak dikenali apatah lagi pelik macam Sajat tu memang bahaya!!!" Kata Sejin sambil menuding jari telunjuknya terhadap anaknya Donghyun

Donghyun * rolling his eyes*

"Ayah percaya ke yg adik nak keluar dengan Sajat ? , Ayah adik dah besar panjang , biar la adik nak keluar dengan sapa pun!! , dengan artis ka , dengan kaum pondan ka , dengan kawan kawan adik ka , ayah kena biar adik hidup bebas macam remaja lain , ni tak!! bila adik asyik baca komik ayah cakap adik ni anti-sosial la apa la , jadi sekarang ni adik nak ber sosial la!!" Kata Donghyun

Sejin terdiam

"Ayah tahu !! , ayah selalu bela perut adik ja , tapi kalau ayah tak masak siapa lagi yg nak masak dalam rumah ni." Luah Sejin

"Ayah masalahnya sekarang ni , ayah nak masak banyak mana pun masak lah , tapi bagi la adik keluar tanpa ayah pula." Luah Donghyun lagi

"Tapi adik kena ingat!! , jaga diri , jangan balik selepas waktu senja , jangan berseronok sangat." Kata Sejin untuk memastikan anaknya Donghyun tidak terlalu berfoya foya😂

Senyum lebar terus Donghyun

Di Taman Permainan

"Jomlah pergi tempat lain , tak kan kita nak bermain dekat sini pula!! , banyak lagi tempat lain boleh pergi !!" Rungut Donghyun

"Kejap lah aku nak kena teman adik aku main dulu , takkan lah aku nak tinggal adik aku main sorang sorang dekat sini , kau pun tahu kan bila ada adik telebih aktif macam adik aku ni susah sikit nak handle." Kata Sungwoon janggal sambil tersenyum paksa ( *tak tahu betul ka tak? Senyum terpaksa*)😂

"Woii budak !! Tahu tak rumah Ratu Wooseok di mana ? penat sudah aku mencarinya , dah la aku tak ada kereta nak bawa , motosikal pun tak ada , tapi basikal ada la , dia suruh aku pergi rumah dia tapi sampai sekarang tak jemput jemput aku !! ingat aku ni apa nak kena tunggu lama lama serupa orang tak ada perasaan!! , boleh pula dia suruh aku tunggu di taman permainan , kalau aku budak budak lagi tak apalah , dia tak jemput aku terus pun tak pa!" Luah atuk Seungyoun terhadap Donghyun dan Sungwoon secara tiba tiba

Sungwoon dan Donghyun memandang antara satu sama lain setalah mendengar penjelasan Seungyoun sebentar tadi

"Pakcik ada nombor telefon RatuWooseok tu? Kalau ada kitorang boleh tolong hubungi dia untuk datang ambil pakcik di sini." Kata Sungwoon memberi cadangan agar dapat mengurangkan resah Seungyoun yg di dalam kebingungan memikirkan jalan balik rumah

Sejurus itu , tanpa berfikir panjang Donghyun terus berbisik ke telinga Sungwoon dan berkata "aku tengok pakcik ni macam tak betul ja , kau jangan mudah sangat nak percaya dengan orang yg tak kenal

Donghyun sentiasa berpegang pada pesanan ayahnya bahawa jangan mudah percaya pada orang yg tidak dikenali apatah lagi yg mencurigakan

Sungwoon pula berbisik ke telinga Donghyun " tapi kesian pula aku tengok

Di rumah Wooseok

"Hahahahahahahaahaahahahahhahaahaahha kenapa la dalam banyak banyak peristiwa , peristiwa tu juga yg awak ingat??" Gelak Wooseok dengan penuh keayuan dan menggelikan😂

"Kalau tak disebabkan peristiwa tu saya tak akan kenal awak." Kata Jinhyuk pula yg terkenang kisah mereka dahulu yg melucukan

Dalam masa yg sama Eunsang dan Jinwoo bermain bersama di luar halaman rumah

"Abang!! , mana atuk abang?? Tak nampak pun?" Soal jinwoo yg hairan dengan ketiadaan Seungyoun

Bersambung


#KAMI KELUARGA NORMAL (versi X1)Where stories live. Discover now