The Truth

44 4 18
                                    

" Ouh. Park Jimin. " Terkedu Hana apabila melihat Jimin memasuki bilik tersebut.

Tiba-tiba...

Dengan penuh saspen , Park Jimin memulakan langkahnya mendekati Hana yang terpaku seperti mahu memberitahunya sesuatu.

Hana yang statik semenjak Jimin memasuki bilik tersebut , berasa risau kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini seperti babak dalam drama melayu yang sering ditontonnya.

" Awak nak buat apa ni?? " Hana risau.

Langkah Park Jimin yang perlahan-lahan ke arah Hana membuat Hana semakin takut. Pemakaian Park Jimin yang mengenakan topi dan serba hitam membuatkan Hana tidak kelihatan mimik mukanya ketika itu.

Tambahan pula dengan keadaan bilik tersebut yang gelap dan sunyi membuatkan Hana tidak senang duduk serta berasa takut pada tahap yang maximum.

" Yaaaaa !! Berhenti ! Saya kata berhenti ! Jangan dekat! Kalau tak saya gigit awak! A...ataupun saya baling speaker ni ! " Hana memberi amaran sambil membuat isyarat tangan bagi orang yang tak faham bahasa macam si Jimin tu.

Mana tak nya. Siapa sahaja yang tidak takut jika nampak orang yang berkelakuan pelik seakan-akan penyangak.

Namun...

Park Jimin masih meneruskan langkah tanpa menghiraukan rasa khawatirnya jika digigit oleh Hana.

" Park Jimin !!!!! " Terdengar suara Hana yang serak seperti mahu menangis. Hidungnya juga kelihatan merah.

Si Jimin juga masih meneruskan langkahnya.

Hana yang semakin takut terus menutup mukanya dengan tangan seperti menonton filem seram sambil berdoa di dalam hatinya.

Tiba-tiba tanpa disedari Hana , Park Jimin hanya berada sejengkal dihadapannya.

" Hana-ssi........... "

Hana yang menutup mukanya sebentar tadi , terus menumpukan perhatian ke arah mata Park Jimin yang memanggilnya.

The Corner Of My Heart  [ Deja vu ] [PJM]Where stories live. Discover now