First Date

37 4 23
                                    

" Hana awak tak apa-apa ke? "

" Hana ! "

" Hana !! " Jimin cuba menyedarkan Hana yang sudah tidak menyedarkan dirinya.

Kemudian , tanpa membuang masa , Park Jimin terus mendukung Hana dan pantas membawanya ke hospital yang berdekatan.

_______________

*Hospital*

" Doktor ! Doktor ! Tolong saya ! Pesakit ni kena samun kemudian dia tak sedarkan diri. " Jimin hanya cakap apa sahaja yang terlintas di mindanya.

" Letakkan dia di katil sana ! " Pinta doktor itu lantas menyuruh jururawat memeriksa keadaan Hana terlebih dahulu.

Jururawat tersebut memeriksa mata dan sebarang kesan luka yang terdapat pada badan Hana.

Jimin yang kelihatan gusar , hanya duduk ditepi katil Hana sambil melihat jururawat yang sedang memeriksa keadaan Hana.

" Awak tahu tak macam mana pesakit ni boleh pengsan ? " Soal jururawat seorang lagi sambil memegang pen dan kertas.

" Tak. "

" Awak tahu apa yang berlaku sebelum pesakit ni pengsan ? " Soal jururawat itu lagi.

" Saya tak berapa pasti. "

" Apa hubungan awak dengan pesakit ni ? " Soalnya lagi kerana mula rasa sangsi terhadap Jimin.

" Saya teman lelaki dia " Jawab Jimin selamba kerana dia tidak mahu jururawat itu menyoalnya lagi.

Park Jimin berasa rimas kerana dia tidak merasakan yang dia sedang berada di hospital sekarang ini. Soalan yang ditujukan oleh jururawat tersebut membuatkan Park Jimin berasa seperti seorang penjenayah.

" Doktor. Macam mana dengan keadaan dia sekarang ni ? " Terus terang Jimin bertanya kepada seorang doktor yang sedang membersihkan luka yang terdapat pada dahi Hana.

" Pesakit ni terkena hentakan yang kuat di bahagian kepala. Kebiasannya ia disebabkan oleh tolakan yang kuat berlaku di bahagian kepala ataupun sebarang simptom yang pernah pesakit alami sebelum ini. "

" Cuma dalam keadaan pesakit sekarang ni , dia masih dalam keadaan yang stabil lagi dan tidak menunjukkan sebarang kesan yang serious lagilah. " Doktor menerangkan keadaan Hana.

Park Jimin yang mendengarnya tidak pasti sama ada perlu memberikan reaksi yang sedih ataupun gembira.

" Kalau macam tu , bila dia akan sedar ? " Soal Jimin.

" Paling lama mungkin esok pagi. " Jawab doktor itu.

" Kalau tiada apa-apa lagi , saya minta diri dulu. " Kata doktor itu kemudian berlalu pergi.

Park Jimin yang mendengar segala keterangan doktor sebentar tadi mengimbas kembali situasi yang berlaku di tempat kejadian. Jimin berasa sangsi sama ada antara dia ataupun si penjahat itu yang menolak Hana terlalu kuat sehingga membuatnya pengsan.

Secara tidak sengaja , bergelinangan air mata Jimin keluar.

___________________

The Corner Of My Heart  [ Deja vu ] [PJM]Where stories live. Discover now