Une - Satu

40 1 0
                                    

Introvert. Trust issues. Fake friend. Fake people. and, fake love.

"Ahcehwahhh, fake love la pula. I'm so sorry but it's fake loooooove, fake loooooove!!!"

Bunyi papan kekunci kedengaran dalam bilik dan ditemani BGM Fake Love by BTS. Pagi Sabtu, pagi yang sesuai untuk Kayra menulis novelnya. Dia lebih suka duduk dalm biliknya daripada keluar bersosial dengan orang lain. Bukan taknak, cuma bosan.

Ting!

Mona

Jom? Teman aku keluar?

Jomlah.

Me

Taknak.

Aku busy.

Mona

Take a break from ur novel please?

Please la.

Aku belanja.

Ea?

Please la Kay,

Pleaaaaaaaseeee??

Me

Nasib kau kawan aku tau.

Ha, datang ambik aku.


Kayra menekan butang save dan shut off komputernya. Dia kemudiannya pergi mandi dan bersiap. Haa, dia memang belum mandi. Dia bangun je terus buka komputer. Dasar anak dara bertuah. Ceh, author marah jap.

Dia mengenakan knitwear berwarna hitam dan jeans berwarna hitam. Rambutnya yang sedikit keperangan pula diikat ponytail. Dia menyemburkan minyak wangi Victoria Secret sebagai finishing touch untuk dirinya.

"Ibu, Kayra keluar dulu. Kayra keluar dengan Mona." Ibunya sedang memasak di dapur. "Hmm, sedapnya bau. Ibu masak ke?" soal Kayra. "Eh taklah, ibu tengah memancing ni. Tak nampak ke?" peril ibunya. "Amboi ibuuu, peril Kayra nampak. Ye la, ye la. Kayra nak keluar ni. Babai. Muah." Dia mencium pipi ibunya lalu dia keluar. Mona pula sudah berada di luar rumahnya, tersengih-sengih Mona apabila dia nampak Kayra keluar dari rumahnya.

"Itulah aku sayang kau sangat ni. Aku tahu kau mesti nak punya kalau kau pujuk kau."

"Kepala hotak kau sayang. Time ni je kau sayang aku. Lepas tu? Kau biar je aku." Kayra buat-buat merajuk. "Alaaa, janganlah. Mana ada aku abaikan kau, kau yang suka menyendiri. Haaa, jangan pandai-pandai nak salahkan aku."

"Eh dahlah. Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Mona sudah tersengih-sengih. "Ikut je. Nanti kau tahulah."

"Jangan cakap kau nak bawa kau pergi blind date." Mona ketawa terbahak-bahak. "Ya Allah Monaaaaaaa. Kalau aku ikutkan firasat aku awal tadi, mesti aku tak ikut. Bongoklah kau niii. For God sake, this gonna be the last time aku keluar dengan kau."

"Alaa janganlah Kay, aku sumpah, this also gonna be my last blind date ever. Okay?"

"Pergi mati la dengan kau punya last. Dah berapa kali last dah kau bawa kau ni?"

"Alaa, janganlah marah. Okay okay, aku janji. And today, I'll treat you a new phone or new bag or whatever you want. Sebagai tebusan kau jadi mangsa untuk temankan aku hari ni." Mona cuba memujuk Kayra. "Eh aku taknaklah semua tu. Asalkan kau janji dengan aku, yang blind date thingy ni will stop today." Mona hanya senyum. "Kau faham tak ni perempuan?"

"Faham Kayra. Faham Tuanku." Mona hanya tertawa sepanjang jalan. Terhibur dengan perangai Kayra.

----

"Ish kau ni, kau tak tahu ke aku walaupun hujung minggu macam ni, aku ada kerja tau. Bukan macam kau, hujung minggu memang cuti."

"Ala, kau tu je yang terlebih rajin. Boleh je kau take a break, sebab kau kan anak bos." Haziq menyiku lengan Ian. "Ha yang pegang title anak bos nilah yang tak boleh curi tulang tau?" Ian menjulingkan matanya ke atas. "Dahlah paksa orang."

"Haziq, right?" Mona menegur mereka. "Oh yes, I'm Haziq. And this is my friend, Ian."

"Oh, hi Ian. This is my friend, Kayra." Kayra hanya senyum biasa saja. Ian pula bagaikan kaku di situ. "Helo? Jangan pandang kawan saya macam tu, Mr Ian. Nanti kang dia blah." Ian tersentak. Ya Allah, apahal aku tengok dia macam tu sekali?

Haziq dan Mona rancak berbual. Manakala Kayra hanya focus kepada telefonnya sahaja. Ian pula hanya memandang Kayra saja. Nampak sangat Kayra tidak selesa dengan keadaan sekarang. "Let's talk about you." Ian tiba-tiba bersuara. Kayra pula hanya fokus dengan telefonnya. "Hey Kayra. Ian tengah cakap dengan kau tu."

"Huh, hah? Ya?"

"Let's talk about you. Apa awak buat sekarang? Belajar? Or something else?"

"Oh? Saya tak buat apa-apa buat masa sekarang. Saya cuma duduk kat rumah, tunggu panggilan kerja and that's all." Kayra senyum nipis. "By the way, she's novel writer tho." Mona menyampuk. "Oh? A writer? Mesti awak hebat berpujangga la ni." Kayra hanya diam dan senyum.

Setelah beberapa lama, Mona dan Kayra meminta diri daripada situ. Itupun sebab Kayra yang paksa. Dia tersangatlah tidak selesa dengan pandangan Ian. Dari start dia duduk, dia hanya memandang Kayra saja. "Eh pahal bro, kau dari tadi duk usha Kayra tu je. Kau berkenan eh?" Ian tersengih-sengih. "Eh, orang tanya dia, dia boleh pulak pergi sengih." 


"Kau ingat Mona, this is the last time. Kau bawa kau lagi, memang aku tak maafkan kau sampai bila-bila." 

"Alaa, kau ni pun. Janganlah garang sangat. Aku dah janji, kan? Janganlah risau. So, let me treat you. Sebagai upah." Mona tertawa. "Banyaklah kau punya upah."



"Nothing in life today is promised, so savour today." -@moonandflamepoems , instagram

Ta CheriéWhere stories live. Discover now