Trois - Tiga

31 1 1
                                    

"Chat? Call?" Mata Ian tertumpu di kaca skrin telefon IPX miliknya. Dia tengah berfikir sama ada dia patut call atau chat Kayra. "Apahal aku nervous semacam ni? Bukan aku tak pernah mengurat dengan orang, pernah je. Tapi apahal aku macam ni?" Fikir punya fikir, dia mengambil keputusan untuk menelefon Kayra saja.

"Helo, Kayra ke ni?"

"Helo, ya saya. Ni siapa?"

"Ian."

"Ian? Dari mana awak dapat nombor saya ni?"

"Saya minta dari Mona. Saya harap awak tak marah. I j-just," Ian terkedu. Apahal aku nervous sangat ni?

"Just what?" dingin suara Kayra.

"Okay, I'm just gonna straightforward. Saya nak jadi kawan awak, boleh? Kawan je, boleh?"

Kayra terus teringat masa perkenalannya dengan Arif dahulu. Kononnya kawan. Tapi hujung-hujung, jatuh suka.

"Kawan? Lepas tu? Mesti ada benda lain lagikan?" tebak Kayra.

"Hah?" Ian agak terkejut. Dia boleh baca fikiran aku ke?

Kayra teringat dengan kata-kata Mona, 'And kau pun boleh lari dari si Arif tu.'

"Takde, saya gurau je." suara Kayra berubah ceria. "Ala setakat kawan, boleh je."

Ian sudah tersenyum gembira. Yes, baby. Come to me.

"Do you mind meeting up? Pergi makan ke?" soal Ian. "Hah?"
"As a friend? Awak tak kisah kan?"

Kayra sudah menjulingkan matanya ke atas, 'Mamat ni rakus betul la.'

"Hah? Boleh. Tapi-" Kayra sebenarnya malas. Lagipun dia tiada kenderaan untuk ke sana ke mari. Selalu dia keluar pun dengan Mona. Itupun Mona yang ambil dia.

"Takpe, nanti saya ambil awak. Awak send location je dengan saya." Ugh, shit. Baru nak mengelak. "Kalau awak dah kata macam tu, saya nak kata apa la kan?" Kayra tertawa kecil. Kononnya. Why macam ada something fishy pasal mamat ni eh?

Fishy tak fishy. Nanti kita cari tahu sendiri.

--

"Kayra!" Ibu Kayra memanggil. Kedengaran bunyi hon di luar rumah mereka. "Sabar jap, bu! Kawan Kayra tu!" Kayra menyahut dari biliknya. Ibu Kayra pula cuba menghendap dari tingkap untuk melihat siapa yang menghon dari luar. Ibunya lihat sebuah kereta Audi berada di luar rumah mereka.

"Bye, bu. Kayra keluar jap." Ibunya hanya mengangguk sahaja.

Ian ternampak Kayra keluar dari rumahnya dan dia terus keluar dari keretanya untuk menjemput Kayra. Kayra yang ternampak Ian pula agak terkejut. 'Apahal hensem sangat mamat ni? Hari tu aku tengok, biasa-biasa je. Lain macam sangat la.'

Ian melambai-lambai tangannya di hadapan muka Kayra. Hensem sangat ke aku ni? Ian tersenyum sendiri. "awak okay ke tak ni?" Ian bertanya kepada Kayra. "Hah? Hah okay. Saya okay. Jomlah, awak nak bawa saya pergi mana ni?" Muka Kayra sudah panas dan merah. 'Kenapalah aku tenung dia sampai macam tu sekali?' Kayra menampar dahinya. "Eh? Kenapa?" tanya Ian. Kayra hanya menggeleng sambil tersengih.

Keadaan dalam kereta agak senyap, lagu yang berkumandang di radio saja kedengaran dalam kereta. Kayra hanya melemparkan pandangannya ke luar jendela. Dia tidak tahu untuk memulakan perbualan, and she assume Ian pun orang yang macam tu. Sebab dari tadi senyap je.

"Kayra? Sorry sebab buat awak bosan. Sebenarnya saya tak tahu how to start a conversation." Ian memecah kesunyian. "Oh, takpe. We on the same page. Saya pun tak tahu nak start macam mana. Ye la, kan baru kenal, so, saya susah sikit la nak bercakap." Ian tertawa kecil dan keadaan kembali senyap.

Mereka berdua sampai di sebuah kafe. Interior design agak simple, lebih senang minimalisme. Simple, just nice. Tenang je suasana kafe. Mereka memulakan perbualan dengan agak perlahan. Tapi semakin menginjak masa, makin rancak perbualan mereka. –what the fuck am I writing???

Kayra pulang pada petang itu dengan perasaan agak senang dan gembira. First time dia dapat menyesuaikan diri dengan orang dengan begitu cepat, terutamanya dengan lelaki. Dia lihat Ian seorang lelaki yang agak gentle. Tapi ini baru permulaan, dia tidak boleh membuat kesimpulan begitu saja. Takut dia akan kecewa di kemudian hari. Cukuplah sekali.

---

Ian sedang sibuk bermain dengan telefonnya asmbil berbaring. Jarinya sibuk scrolling through akaun Instagram milik Kayra. 'Minah ni takde post gambar selfie ke apa ke?' Post yang ada dalam akaun Kayra hanyalah random quotes dengan gambar alam semulajadi. "Dia punyalah cantik, tapi tak post gambar dia. Confirm bila dia post gambar dia, confirm dia dah jadi instafamous. Ian mula menekan butang like pada setiap gambar yang di-post oleh Kayra. 

Macam cliche je nak spam likes. Hah, lantaklah.

Seperti cerita melayu yang lain, of course la Ian ni ada orang yang kejar dia. Perempuan tu pula anak kepada sahabat ayahnya. So, there's gonna be an arranged marriage between them. Cliche tak? Nama perempuan tu Rania. Ian dan Rania berkawan dari kecil lagi sebab keluarga mereka berdua saling kenal mengenali. Acewah gitew. Keluarga mereka siap berancang untuk satukan mereka berdua.

Bagi Rania, dia terima, sebab dia dah lama suka dengan Ian. Jadi dia tidak kisah disatukan, sebab itu memang kehendaknya. Bagi Ian pula, dia tak nak. Dia anggap Rania sebagai adiknya. Lagi pula, baginya awal lagi untuk mendirikan rumahtangga. Dia masih muda.

Sibuk Ian mengelamun, bunyi notifikasi masuk ke telefonnya.

Kayra
Hai Ian.
Awak stalk saya eh?

Me
Eh?
Kedapatan pula.

Kayra
Nasib la sy x post gambar sy.
Kalau tak, habis sy awak jampi.

Me
Sy x main la jampi2 ni semua.
Sy ada charm sy sendiri.

Kayra
Oh, did u use it on me already?

Me
No. Not yet.
Soon.
Wait for it.

Kayra
I'm waiting.
Don't disappoint me, love.

Ian bagaikan orang gila berguling-guling di atas katilnya. Kau tunggu, Kayra. You'll never get out from it once I start it.



No effort means no results. - Arch Hades

Ta CheriéWhere stories live. Discover now