Huit - Lapan

7 0 0
                                    

Kayra sibuk membelek-belek kertas kerja di hadapannya. Oh ya, Kayra baru saja diambil bekerja di syarikat Mona. Salah satu kerani syarikat berhenti, ikut suami katanya. Pada awalnya Kayra menolak, takut katanya. Takut dikata orang, guna orang dalam. Jadi Mona membuat surat tawaran kerja yang rasmi untuk Kayra. Siap buat temuduga untuk Kayra.

"Dah takda alasan untuk kau tolak tawaran aku, aku treat kau sama dengan orang lain. No worries." kata Mona. Jadi mula dari itu, Kayra bekerja di syarikat Mona.

Hubungannya dengan Ian pula, kadang jumpa, kadang tak. Sebab Ian sibuk dengan 'plan' dia.

Plan dia sikit pun tidak bergerak. Sibuk uruskan syarikat, kebetulan pula projek besar masuk. Makin sibuklah dia. Hari ini hari untuk close deal dengan syarikat kontraktor yang sedang bekerjasama dengan syarikatnya. Sekarang dia sibuk membelek-belek untuk re-check semua dokumen supaya tiada silap dan mesyuarat pun boleh berjalan lancar.

Kedengaran pintu pejabatnya diketuk.

"Bos, dah ready?" tanya sekretarinya. "Haa, dah dah. Jom." Ian bangun dari kerusinya dan pergi ke ruangan mesyuarat.

---

"Kayra, ikut aku close deal hari ni. Hopefully kita dapat bekerjasama dengan syarikat tu. Untung masyukk." Mona berdiri di hadapan meja Kayra sambil tergelak kecil. "Amin. Alaa, mesti dapat punya. Aku yang tolong buat proposal memanglah." Kayra membalas.

"Heh, ye ye la kau. Dah jom." Mereka berdua bergerak ke syarikat tempat mereka bekerjasama.

Mona menghidupkan enjin keretanya manakala Kayra sibuk memeriksa dokumen di tangannya, ye lah kot kot tertinggal, buat malu je depan company besar. Kata nak close deal, tapi dokumen boleh tertinggal pula.

"By the way, macam mana kau dengan Ian?" Mona membuka cerita.

"Hmm, macam tu jela. Ye la, dia tu busy man. Malaslah aku nak kacau." Kayra menghela nafas panjang. "Tapi dia selalu juga contact aku, habis dia tanya khabar aku, dia blah lah. Sibuk katanya. Ada projek besar." sambung Kayra lagi.

Lagi pula dia dengan Ian bukan ada apa apa pun, Ian tak pernah nak declare something like, 'Would you be my girlfriend?' None. Nada. Berharap? Gilaaaa takda. Siap chat tanya khabar bagai. Selalu update dia pergi mana, harapan tinggi menggununglah ceritanya. Tapi orang kata, jangan berharap sangat nanti kecewa. Memang kecewalah ceritanya kalau macam ni.

Tidak lama kemudian, panggilan masuk ke telefon Kayra. Kayra melihat nama panggilan, Ian. Hmm, panjang umur.

"Hello?" Kayra menyambut panggilan tersebut. "Hello Kayra. Busy ke?" tanya Ian.
"Haa, bolehlah. Tengah on the way nak close deal dengan Mona ni. Awak tak busy ke?" Jari Kayra sibuk bermain dengan hujung kertas. Mona pula tersengih-sengih sambil memandu. "Close deal? Eh samalah. Saya pun on the way nak close deal ni." Ian tergelak kecil.

"Lah ye ke? Good luck for you, then." Kayra buntu untuk bercakap. Lah tiber minah ni terkesima. "Haha, thanks. Good luck for you too. Anyway, I was thinking, saya nak bawa awak keluar lepas saya close deal nanti. Boleh kan?"

Kayra sudah menjerit dalam diam, tangannya pula sibuk memukul lengan Mona. Excited la katakan. "Kayra? Dengar tak?"

"Eh sorry. Ya, boleh boleh." kata Kayra sambil menahan gelaknya. Ian pula sudah tersengih sengih sendiri, "Okay kalau macam tu. Jumpa nanti. Assalamualaikum. Bye, sayang." Kemudian panggilan dimatikan.

Kayra terkedu seketika. "Kayra? Weh kau okay tak ni?" Mona bertanya lepas melihat Kayra terpaku. "WEHHHHHH. MONAAAA. WEHHHHHHH."

"Wehhhh apaaaa, Kayraaaaa apaaaaa?"

"Wehhh Monaaaaaaa. Dia panggil aku 'sayang' laaaaaa. Waaaaaaaa." Kayra menjerit. Tangannya pula tidak berhenti memukul lengan Mona. "Eh Kayra, stopppp. Aku tahulah kau suka, kau nak kita mati awal ke apa ni?" Mona bersuara sambil tergelak.

"Oops sorry beb. Excited sangat pula aku. Hehe. Maklumlah taman bunga dah lama sunyi, ni kumbang macam nak datang hinggap." Kayra tertawa. "Amboi seronoknya. Sambung nanti ye cik kak perasaan excited tu. Kita dah nak sampai dah ni. Revise bebetul, kita kena dapat benda ni." pesan Mona.

"Baik bos." Kayra kembali membelek kertas proposal yang ada di atas ribanya. Aduh mak, dah sakit perut ni. Rama-rama dalam perut bertenang please, dia baru ajak keluar tu, tak maksudkan apa-apa pun.


---

Sampai saja di syarikat tersebut, Mona dan Kayra terus bergerak ke bilik meeting  khas untuk pertukaran deal. Gempak sangat nak tukar dealnya. Lepak tepi jalanraya pun boleh ni. Tapi nak convince syarikat besar punya pasal, nak jadi contractor syarikat terbesar.

Setelah beberapa minit, dua orang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut. 

"Ian?"

"Kayra?" Mereka serentak menyebut nama masing-masing.

"Amboi, terkejut sangat tu." sampuk Mona. "Lah, you rupanya the most prominent CEO tu." sambung Kayra lagi. Ian tergelak. "Eh takde la, kita biasa aje." Kayra pula masih terdiam melihat Ian. Terpesona. 'Eh, mamat ni makin hensem pula aku tengok.'

"Eh Kayra, dahlah tu tengok Ian. Kan lepas ni nak makan sesama? Haa Ian, kira jadilah eh? I tukar dengan Kayra." usik Mona. Kayra pula tersipu malu, tangannya pula sibuk membelek kertas yang ada atas meja. Ian pula hanya melihat Kayra sambil tersenyum. 'Haih, cantik sangat Kayra ni.' 

"Haa, betul ni? I kena sign mana? Sini eh? Tapi janji eh, I dapat Kayra lepas ni." Ian sambung mengusik lepas melihat wajah Kayra merona merah. Kayra mengangkat kepalanya, "Eh, ni tukar deal antara syarikat ke apa ni? Dah serupa jual saya pula ni." Mona dan Ian sama sama tergelak. Pembantu Ian pun tergelak sekali. 

Tapi tak pun, Mona dan Kayra masih kena jelaskan apa syarikat Mona boleh sediakan untuk projek syarikat Ian. Setelah bincang punya bincang, Mona dapat meyakinkan Ian untuk mengambil tender syarikatnya. Selain itu, Kayra pun jadi main reason kenapa Ian terima. Gatal.

"Thanks a lot, Ian. This means a lot for my company's future." kata Mona. "You're welcome, looking forward working with you." Ian membalas. "Haa, I baliklah dulu. Nanti hantar Kayra baik-baik okay? Go on with your plan." kata Mona. Mona lalu berpaling lalu mengenyit mata kepada Kayra. Dasar Mona kaki kipas. Sumpah Kayra rasa macam nak balik sekarang juga. Tak jadi nak keluar dengan Ian. Malu!

"Hehe, you're the best Mona. Thanks tho." Ian tergelak lalu menyerahkan dokumen kepada pembantunya. "So, Kayra, shall we?"


"Have enough courage to trust love one more time and always one more time." - Maya Angelou

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ta CheriéWhere stories live. Discover now