Aku berlari laju dengan sepenuhnya hatiku di sepanjang koridor. Jika orang lain ternampak perlakuan aku sekarang ini, mesti orang berfikiran yang aku sedang menyertai acara marathon berlari di koridor hotel. Namun aku merasakan larianku ini masih belum cukup laju. Jika boleh, mahu jer aku terbang selaju Superman supaya aku cepat sampai ke ruangan tugasanku.
Adoiii... sudah 2 hari berturut-turut aku tiba lewat ke tempat kerja. Semalam aku terlewat kerana menghantar rakan sekerjaku pulang ke kampungnya kerana ayahnya meninggal dunia. Jarak perjalanan dari bandar Kota Bharu ke bandar Kuala Terengganu bukannya dekat, terutamanya kenderaan yang digunakan hanyalah motosikal biasa. Aku menghantarnya pada jam 2.00 pagi. Hari ini pula, aku terlewat kerana rakan sebilikku telah alami demam panas. Jadi aku terpaksa membawa dia ke klinik pagi ini.
Aduhhh... si Lelaki Gila Babi Teruk atau singkatannya LGBT sedang berdiri sambil bercekak pinggang dengan muka yang cukup bengis. Sial betullah. Awal pagi camni aku dah nak kena menghadap si LGBT ni, mesti aku kena marah kaw-kaw punya pagi ni. Dia tu dah ler tak berapa nak sukakan aku ni. Asal nampak aku buat silap sikit je, mesti dia kaw-kaw maki dan marahkan aku. Kalau orang lain yang buat silap, boleh pula dia tegur baik-baik.
Harzymeen : Awal kau datang pagi ni manggis?
Amboi, mentang-mentanglah kulit aku ni gelap, dia selalu je guna nama panggilan manggis pada diriku. Dah bertahun-tahun si LGBT guna gelaran tu pada diriku. Namun setiap kali dia panggil aku dengan nama manggis, setiap kali itulah juga aku akan menegur dia dengan nada marah.
Raihan : Apa manggis-manggis? saya ada nama ye Encik Zymeen. Mulut tu tolong jaga sikit ye...
Harzymeen : Amboiii... berani kau nak marah-marah saya ye. Woiii Cik Nurul Raihan, kau ingat hotel ni bapak awak yang punya ke? Ikut suka je nak datang lewat. Semalam kau dah datang lewat. Hari ni datang lewat lagi. Lagi baik kau berhenti terus jer dari bekerja kat sini.
Tiba-tiba saja telingaku menjadi berdesing dan kemarahanku menjadi meluap-luap apabila si LGBT tur menyebut perkataan bapak. Dia perlu ke nak keluar perkataan macam tur walaupun memang aku dah buat salah. Bukannya aku sengaja untuk datang lewat ke tempat kerja.
Raihan : Mulut Encik Zymeen tur jaga baik-baik sikit yer. Kalau saya memang dah buat salah pun, tapi perlu ker nak keluar perkataan bapak tur. Saya pun ada perasaan dan maruah. Jangan ikut suka jer mulut Encik Zymeen nak kata-kata macam tur. Saya tak heranlah nak berhenti kerja kat sini. Banyak lagi hotel yang saya boleh minta kerja.
Encik Harzymeen hanya terdiam dan tidak berkata apa-apa lagi apabila aku mengeluarkan perkataan sebegitu. Tapi raut di wajahnya menunjukkan dia amat marah kepadaku sekarang ni. Dia mencapai papan pemotong yang terletak berhampirannya, lalu membalingnya ke lantai, untuk menunjukkan dia sedang terlalu marah terhadapku. Semua pekerja yang terdapat di situ terperanjat apabila terdengar bunyi dentuman papan pemotong yang terhumban ke lantai. Encik Harzymeen berlalu pergi tanpa mengucapkan maaf atau berkata apa-apa kepadaku.
Ahhh... pergi mampuslah dengan si LGBT tur. Dia bukannya berani pun nak memecat aku dari kerja ni. Dia tahu aku ni adalah aset penting di dapur hotel ini. Aku tidak menghiraukan apa yang telah berlaku, aku pergi ke stesen kerjaku, mengeluarkan kesemua peralatan untuk memasak, dan melakukan kerja seperti hari-hari biasa.
● ● ● ● ●
Kami semua baru saja menyiapkan juadah makanan untuk buffet makan tengah hari. Masing-masing sedang membersihkan stesen kerja. Aku dan beberapa rakan sekerjaku melepak di satu sudut di bahagian belakang dapur itu, tempat yang memang menjadi rutin seharian kami untuk berehat, tidur, makan dan membawang kerana tempatnya yang agak strategik dan tersembunyi.
Rafidah : Woiii, memang confirm ker si LGBT dah blah? Kang kantoi dengan dia plak kita tengah lepak-lepak camni.
Zaleha : Memang confirm punyalah. Tadi masa kita tengah sibuk memasak. Dia ada jawab satu call telefon. Pastu cakap sambil senyum-senyum dan gelak-gelak. Si LGBT tur macam biasalah, bila dah happy camtur, dia pun blah ler. Kita yang terkial-kial buat semua kerja.
YOU ARE READING
Setulus Kasihmu Si Manggis
RomanceAku sedar diriku ini punyai banyak kelemahan. Kulitku gelap, badanku berisi, wajahku tidak jelita. Tetapi adakah aku selayaknya dihina setiap hari. Aku juga ingin bahagia seperti wanita lainnya. Aku digelar si manggis hanya kerana kulitku yang tidak...