AWAS
Kandungan di dalam bab ini hanya sesuai dibaca oleh pembaca yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.Hari ini aku bersiap-siap untuk kembali ke bilik asrama dengan perasaan yang bercampur-campur. Perasaan sedih, malu, kecewa, marah, putus harapan dan sebagainya. Hanya airmata yang menjadi peneman setia aku setiap masa. Hari ini jadual kerja aku bermula jam 2.00 petang, jadi aku masih mempunyai banyak masa lagi sebelum pulang ke sana. Setiap masa yang terluang aku gunakan untuk bersolat hajat.
Tak lama selepas itu, kedengaran rakan baikku iaitu Siti Nazirah memberi salam dari luar rumah. Aku segera meluru ke pintu masuk rumah untuk menyambut kedatangannya. Ketika itu seluruh keluargaku tiada di rumah.
Raihan : Waalaikummussalam Siti. Masuklah. Takde sapa-sapa kat rumah aku sekarang ni. Awal kau datang rumah aku pagi ni.
Siti : Hannn... aku ada hal penting sangat-sangat nak beritahu kau. Boleh tak kalau kita bersembang dalam bilik kau tur.
Aku dan Siti Nazirah dengan pantas berjalan masuk ke dalam bilikku. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan satu gambar yang betul-betul mengejutkanku.
Siti : Betul tak ni gambar kau? Caption gambar ni bertulis "chef hotel terkemuka di Kelantan".
Raihan : Kau tahu camner yang ni gambar aku? Mungkin ni gambar orang lain. Muka perempuan dalam gambar ni dikaburkan, tak jelas.
Siti : Kau jangan nak berbohong dengan akulah. Dari bentuk badan dan tanda lahir kat betis kau tur, aku tahu benar yang ni memang gambar kau. Cuba kau berterus-terang dengan aku.
Akhirnya dengan tangisan dan linangan airmata, aku beritahu yang empunya tubuh di dalam gambar itu sememangnya aku. Kami saling memeluk erat dan bertangisan. Aku menceritakan segala-galanya tentang si Lelaki Jahanam itu yang telah mengugut dan menyebarkan gambarku semalam melalui akaun palsu FB miliknya. Siti Nazirah amat terkejut dengan pengakuanku itu.
Siti : Entahlah Han, aku pun dah tak tahu nak bantu camner lagi untuk kau. Masalah yang kau hadapi ni memang serius sangat. Sebab libatkan maruah dan masa depan kau.
Raihan : Sekarang ni aku dah tak peduli tentang maruah dan masa depan aku. Maruah dan masa depan aku dah musnah, dah hancur. Aku lebih rela jadi hamba seks lelaki jahanam tur daripada dia sebar gambar bogel aku. Aku malu sangat-sangat. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aku tak nak emak ayah aku dapat malu.
Siti : Kau janganlah cakap macam tur. Kau janganlah putus asa. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan sentiasa berdoa. Aku pun tak tahu cara nak selesaikan masalah kau.
● ● ● ● ●
Tidak lama selepas Siti Nazirah pulang ke rumahnya selepas mengunjungi aku, aku mendapat mesej Whatsapp dari seseorang yang paling aku benci dalam hidupku, Encik Harzymeen. Pada mulanya aku merasa enggan untuk melihat mesej yang dihantarnya. Namun apabila teringatkan ugutannya semalam, dengan pantas aku membaca dan membalas mesej itu.
Ko bila nk lik sni?
Dlm kul 12tgh ni mnggis smp sna. Hri ni shift sy pkl 2ptg.
Ooo. Aq nk ko smp awl sni. Pkl 1.
K bos.
Aq ada 1 peraturn utk ko. Ko wjib ikut.
What. Peraturn pe tu. Plz bos jgn beri peraturn pelik2. Plz bos. Plz ksian kat mnggis.
Aq ok je kalo ko x nk ikut. Tp jgn mnyesal kalo gmbr bogel ko aq sebar.
YOU ARE READING
Setulus Kasihmu Si Manggis
RomanceAku sedar diriku ini punyai banyak kelemahan. Kulitku gelap, badanku berisi, wajahku tidak jelita. Tetapi adakah aku selayaknya dihina setiap hari. Aku juga ingin bahagia seperti wanita lainnya. Aku digelar si manggis hanya kerana kulitku yang tidak...