Aku masuk ke dalam bilik air tanpa seurat benang pun melekat pada tubuhku. Aku menatap tubuh telanjangku pada cermin besar yang ada di situ. Setiap inci tubuh aku perhatikannya dengan teliti. Tiada satu parut pun yang ada di tubuhku kecuali pada lengan dan tanganku, semuanya aku perolehi setelah bekerja hampir 10 tahun di dapur hotel ini. Aku perhatikannya pula pada buah dada serta p*tingku, aku meramas-ramas lembut seketika. Aku amat berpuas hati akan saiz dan bentuk aset aku itu. Sebentar lagi pastinya bahagian itu akan menjadi sasaran serangan Abang dengan menggunakan tangan serta mulutnya. Tiba-tiba aku merasa sedikit terangsang apabila terfikirkan perkara itu. Ahhh... malunya aku.
Aku meneruskan niat awalku tadi iaitu membersihkan diri. Aku membasahkan tubuhku lalu menyabun ke seluruh tubuhku dengan teliti. Aku mahu mempersembahkan tubuhku dalam keadan bersih dan wangi. Aku mahu memberikan yang terbaik buat suamiku yang teramat aku cintai. Aku mahu jadikan malam pertama kami ini sebagai malam yang paling terbaik, yang akan diingati oleh kami berdua sampai bila-bila.
Setelah selesai aku mandi, aku pun memakai lingerie berwarna merah itu dengan berhati-hati. Aku tidak mahu pakaian itu terkoyak kerana kainnya yang agak nipis dan amat jarang. Lingerie itu betul-betul muat dengan saiz tubuhku. Aku kelihatan teramat seksi di dalam pakaian itu, sehinggakan aku sendiri merasa malu untuk melihat imej diriku di dalam cermin. Saiz lingerie yang kecil serta bertali halus itu hanya mampu menutup sedikit sahaja bahagian sulitku. Namun aku yakin, pakaian ini mampu membangkitkan nafsu ghairah suamiku terhadap diriku hihihi...
Aku berbaring di atas katil, lalu menutup tubuhku dengan kain selimut. Aku tidak mahu terlalu mendedahkan tubuhku dengan sewenang-wenangnya, aku mahu membuat kejutan terhadap Abang. Aku sengaja meletakkan penyelak pada pintu supaya aku tak perlu bangun untuk membuka pintu apabila Abang telah kembali ke bilik nanti. Lebih kurang 30 minit aku berbaring di bawah selimut, tiba-tiba aku terdengar ketukan di pintu bilik kami.
Raihan : Abang ker tur? Masuklah. Pintu tak berkunci pun. Sayang dah letak selak kat pintu tur.
Harzymeen : Assalamualaikum Sayang. Sayang dah nak tidur ker tur?
Raihan : Waalaikummussalam Abang. Sayang belum rasa nak tidur lagi pun. Sayang ikut Abang jer. Kalau Abang nak tidur, Sayang akan ikut tidur jugak. Kalau Abang nak bersembang, Sayang akan ikut bersembang jugak. Tapi kalau nak... hihihi. Sayang ikut jer...
Harzymeen : Hmmm... Abang rasa malam ni nak tidur awal sikitlah. Abang rasa tak sedap badanlah. Rasa pening kepala dari tadi. Mungkin Abang nak demam kot.
Apabila Abang beritahu yang dia merasa tidak sedap badan, aku dengan segera terus keluar dari selimut. Aku telah pergi ke arah Abang lalu merasai dahinya dengan belakang tanganku. Aku telah terlupa yang aku di kala ini aku hanya berpakaian lingerie, pakaian yang telah mendedahkan sebahagian besar kulitku.
Raihan : Badan Abang panas ni. Kejap Sayang ambilkan panadol untuk Abang. Sayang ada bawak panadol sekali dalam beg tangan Sayang.
Aku mengambil ubat panadol di dalam beg tanganku serta air mineral botol kecil yang sememangnya telah tersedia di dalam bilik ini. Aku berikan ubat dan air itu ke tangan Abang, dia mengambilnya lalu dengan sekali teguk ubat itu telah ditelannya. Aku membaringkan tubuh suamiku di atas katil.
Harzymeen : Abang minta maaf yer Sayang sebab kena tidur awal malam ni. Rasa sengal-sengal dan tak sedap badan Abang malam ni. Kepala Abang pun dah terasa semakin pening ni.
Raihan : Abang janganlah cakap macam tur. Sayang lagi rasa risau kalau Abang tak sihat. Biar Sayang jaga Abang malam ni. Abang berehatlah dulu yer. Abang tidur jer. Jangan fikir apa-apa. Hmmm... Abang tak nak tukar baju dulu ker sebelum tidur?
Abang langsung tidak menjawab pertanyaanku itu. Apabila aku menoleh ke arahnya, rupa-rupanya Abang sudah pun ternyenyak lena. Dengkuran halus kedengaran dari mulutnya. Aku menatap wajah suamiku ketika dia sedang tidur, kelihatan begitu comel, kacak dan tenang. Aku merasa amat bersyukur kerana dikurniakan Allah seorang suami yang baik dan rupawan.
YOU ARE READING
Setulus Kasihmu Si Manggis
RomanceAku sedar diriku ini punyai banyak kelemahan. Kulitku gelap, badanku berisi, wajahku tidak jelita. Tetapi adakah aku selayaknya dihina setiap hari. Aku juga ingin bahagia seperti wanita lainnya. Aku digelar si manggis hanya kerana kulitku yang tidak...