TEASER

18.5K 453 7
                                    

Sya terkedu apabila tangan Haq melingkar kemas di pinggangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sya terkedu apabila tangan Haq melingkar kemas di pinggangnya. "You cuba buat apa ni?" Tangannya cuba memegang lengan lelaki itu menahan dari bertindak lebih jauh. "Aku tak suka kau ikut kami, Sya."

"Ikut? Ikut ke mana?" Haq memandang mata warna hijau dengan pandangan tajam. Gadis di depannya ini suka bertindak yang bukan-bukan sehingga kadang-kadang itu menyusahkan dia. Sya pula muka masih beriak biasa tidak bersalah, kononnya tidak faham dengan apa yang cuba dikatakannya. "Apa ni, Sya?"

Sya jadi terkelu sekejap apabila tangan lelaki itu menyentuh sedikit kulitnya semasa cuba mengambil pistol di belakang poket seluarnya. "Pistol?"

"Eh, macam mana pula ada dekat situ ya?" Haq mengetuk perlahan pistol itu di dahi Sya. "Auch! Sakitlah." Dia rasa tidak bersalah lansung berbuat begitu kepada gadis itu.

"Muaz, letakkan semula dalam bilik senjata. Tukar kata laluan."

"Janganlah." Sya buat muka tidak puas hati. Kalau pintu bilik senjata itu ditukar kata laluan, macam mana dia nak masuk selepas ini. Muaz pula mengambil pistol yang dihulur Haq lalu beredar dari situ meninggalkan mereka berdua disitu.

"Dah dapatkan. Lepaslah." Sya cuba menolak tubuh lelaki itu.

"Kenapa? Bukan ke kau suka dekat aku, Sya?" Sya rasa nak benam sahaja kepala lelaki itu dalam tanah apabila tangan Haq nakal melilit pinggang dia tadi, menyeluk masuk ke dalam baju mengusap pinggang dia. "Haq, lepaslah."

"Tak. Nak." Kata lelaki itu tegas dengan senyuman nakal terukir di bibir. "Cakap dulu kau suka dekat aku."

"Huh? Gila!"

"Kau yang gilakan aku, Sya."

"Mana ada!" Haq masih menyembunyikan senyuman saat melihat muka Sya yang putih itu kelihatan kemerah-merahan. "Kau sukakan aku ke tak?"

"Tak!"

"Suka ke tak, Sya? Jujur sahajalah. Hanya kau dan aku je ada disini."

"Tak! Kenapa nak paksa-paksa macam ini?"

"Badan kau macam suka sahaja dengan belaian aku?" Kata Haq cuba provok apabila tubuh Sya kelihatan longlai bagai nak jatuh ke dalam dakapan dia. "Mana ada." Nafi Sya cuba tegakkan semula kakinya. Aduhai, badan dan hati memang tidak suka beri kerjasama pada tuan empunya badan.

"Syasya~" Terbeliak mata Sya sebaik bibir Haq rapat dicuping telinga dia. Dan, memanggil nama dia dengan nada menggoda lembut sebegitu. Tanpa sedar, kakinya kembali lemah dan Haq dengan senang hati menangkap tubuh dia dari terjatuh melurut ke bawah. "Do you love me, Syasya?"

"Yes." Jawab Sya membalas pandangan tajam menggoda Haq yang seakan memukau dirinya. "Then, I love you too." Balas Haq dengan kenyitan mata, kemudian mengucup pipi kanan dia sebelum meninggal dia terpinga-pinga sendiri disitu.

"Wait... what?!" Akhirnya, kaki dia lemah terjelepok jatuh diatas lantai. Mendengar gelak besar Haq yang kedengaran jauh, bibirnya turut mengukir senyuman. "Haqeem!!!"

"Ya, Syayang..." Terkejut Sya melihat Haq kembali berdiri di depan pintu bilik kerja lelaki itu. "Jom, ikut aku." Lelaki itu menghulurkan tangan kepada dia, membantu dia berdiri. Tangannya digenggam kemas Haq dan mereka berjalan seiring keluar dari ruang pejabat jejaka itu.

"Kita nak pergi mana?"

"Declare kepada semua orang yang hari ini, kau milik aku. Hanya aku." Kata Haq mengucup lembut tangan dia. Tercetus kembali senyuman di bibir dia. "I love you my Hulk, Haq."

■■■■

ENIGMAWhere stories live. Discover now