XXX

8.1K 374 10
                                    

Tuan Aden meraup kasar rambutnya yang beruban putih itu ke belakang. Dia menjeling ke arah pintu wad yang menempatkan anak saudaranya. Dia tahu apa yang berlaku tadi semuanya berpunca daripada dia. Kalaulah dia tidak ikutkan rasa amarah dan ego pastinya tidak akan berlaku semua ini.

"Tuan Aden." Suara Haq mengejutkan dia. Pemuda itu menyentuh bahu dia masih mengukir senyuman walaupun pahit. "Syasya nak jumpa Tuan."

"Syasya nak jumpa aku?" Soal dia meminta kepastian. Selepas apa yang berlaku, mana mungkin Syasya ingin bertemu muka lagi dengannya. Namun, melihat anggukan Haq maka benarlah anak saudaranya itu ingin berjumpa dengan dia.

Tuan Aden bangun. Dia mula membawa langkah menuju ke bilik wad Syasya. Kakinya berhenti seketika di depan pintu cuba mengumpul seribu rasa yang bermain di dalam fikirannya sekarang supaya tidak ikut sangat dengan emosi. "Tuan." Panggilan Haq menghalang tingkahnya yang ingin menarik pintu wad itu buka.

"Saya harap Tuan janganlah gaduh dengan Syasya sebabkan saya. Kalau betul Tuan tak nak terima saya sekalipun, izinkanlah saya jaga dia dan bakal anak kami dengan baik. Syasya perlu berehat dan tidak banyak fikir. Takut nanti apa-apa berlaku kepada kandungan dia. Lagi-lagi, ini pengalaman pertamanya, risiko tu tinggi." Kata Haq lembut dengan nada ikhlas. Tuan Aden cuba mengukir senyum. Lemah.

Kakinya meneruskan langkah masuk ke dalam ruangan bilik wad itu. Kelihatan Syasya terbaring pucat di atas katil masih mampu mengukir senyum. "Uncle kenapa berdiri? Duduklah." Ujar Syasya menunjukkann kearah kerusi yang berada di sisi katil. Langkahnya perlahan mendekati kerusi itu lalu melabuhkan punggungnya di situ.

"Syasya nak minta maaf sebab naik suara kepada Uncle. Syasya tak patut pun tinggikan suara. Tapi, Syasya tak sanggup nak tunaikan permintaan Uncle yang siruh Syasya lepaskan permata indah ini," Syasya mengusap lembut perutnya yang masih tidak kelihatan. "Ya, permata ni baru dua bulan dalam perut Syasya tapi Syasya dah jatuh cinta kepada dia. Syasya nak besarkan dia dengan didikan macam mana Uncle besarkan Syasya. Dalam masa saudara lain, tak nak ambil Syasya... Uncle ambil Syasya, tatang bagai minyak yang penuh. Tolong beri peluang pada Syasya untuk tatang permata ini bagai minyak yang penuh juga. Dia tidak bersalah, Uncle." Tangan kekar kasar pakciknya dipegang. Air mata Syasya yang melurut di pipi diseka jari kasar itu.

"Maafkan Uncle juga sebab silap dalam melepaskan kata. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata."

"Syasya faham dan Syasya maafkan Uncle. Uncle mesti kecewa lepas tahu hal ini kan? Syasya tak mampu nak menidakkan dalam masa yang sama cuba menghapuskan bayangan hitam yang menghantui Syasya. Sekurang-kurangnya, Syasya syukur sebab benih yang Syasya kandung bukan benih dua syaitan jahat tu. Tapi, Haq... lelaki yang pertama berjaya menyentuh hati dan perasaan Syasya."

"Anak saudara Uncle memang betul-betul cintakan Haq?"

Syasya mengukir senyum paling manis mengangguk. Dia tidak dapat nafikan kenyataan itu lagi. Haq lelaki kedua yang muncul selepas pakcik saudaranya. Kasih sayang seorang ayah sudah diperolehinya daripada Tuan Aden. Kali ini, hati dan jiwanya tersentuh dek kasih sayang serta cinta tulus daripada lelaki bernama Haq. Haq a.k.a Hulk, heronya. "Uncle kalah dengan Haq." Kata Tuan Aden mengejutkan Syasya.

"Tak ada istilah kalah dan menang dalam merebut Syasya. Uncle masih pakcik saudara Syasya yang Syasya sudah anggap macam ayah sendiri. Tapi, disudut hati Syasya, Haq merupakan cinta hati yang bakal menjadi ayah kepada permata yang dikandung Syasya, Uncle. Dua-dua lelaki yang mendapat tempat istimewa di hati Syasya." Kata Syasya bersungguh. Tidak terdetik langsung dihatinya untuk ketepikan Tuan Aden sebaik menjadi isteri Haq.

"Kamu tahukan karier Haq, Syasya?"

"Tahu." Syasya memberi pandangan aneh. Mana mungkin dia tidak tahu jawatan dan karier lelaki kesayangannya. Aneh benar soalan pakciknya. Namun, satu idea terdetik di minda akalnya. "Uncle tak nak lepaskan Syasya kepada Haq sebab Uncle takut jika Syasya hidup dengan Haq, Syasya akan sentiasa hidup dalam bahaya. Itu sebenarnya sebab dan alasan utamanya atas penolakan Uncle selama ini."

ENIGMAWhere stories live. Discover now