II

9.8K 403 9
                                    

"Sekejap. Maknanya... Syasya akan tolong Uncle dalam bisnes ni lah kan? Wow! Yeah, I kinda like it." Aden menepuk dahi. Tidak sangka itu akan menjadi reaksi anak saudaranya. "No. Uncle nak Syasya buat bisnes lain. Sebaik sahaja Uncle letak jawatan, Uncle akan berikan bisnes ini kepasa Haq."

"Wah. Baiknya Uncle nak bagi bisnes Uncle dan arwah Papa ni kepada bakal menantu saudara. Sya suka idea Uncle. Nanti Sya boleh buat bisnes lain sambil itu tolong Hulk. Banyak pahala Sya tolong senangkan kerja suami nanti."

"Sya betul-betul sukakan Haq ke? By the way, nama dia H. A. Q. Haq. Bukan Hulk."

"Sya lebih prefer panggil dia Hulk. Bunyi macam macho. Pasal Sya sukakan dia itu betul ke tidak, Sya rasa betul. Tapi, Sya seganlah nak beritahu dia. Jadi, Uncle biarlah Sya sendiri mengorat dia. Okay?" Syasya mengerdipkan mata cuba buat muka comel depan pakcik saudaranya. "Uncle tak nak masuk campur. Uncle bukan tidak sokong idea Syasya. Cuma selama Uncle kenal Haq, dia hanya fokus pada tugas dia sebagai perisik sahaja."

"Baguslah. Itu bermakna Hulk tidak ada wanita istimewa dalam hidup dia dan Syasya akan jadi wanita istimewa pertama yang akan mengisi hati dia." Kata Syasya yakin.

"Syasya, Syasya. Uncle sebenarnya ada fail lain yang kena semak lagi. Syasya boleh tunggu sekejap. Sebelum pukul 8 malam, kita keluar dari sini dan singgah McD untuk dinner then terus balik ke rumah. Okay?"

"Sure. Good idea. I love it. As long I can get my McFlurry Oreo, I'm happy."

"Good girl." Aden mengusap lembut kepala anak saudaranya itu. Komputer riba yang berada diatas meja kerjanya kembali dibuka. Fail yang bersusun di tepi komputer ribanya dibuka satu persatu dan diselak sehelai demi sehelai.

Syasya pada mulanya hanya menongkat dagu melihat pakcik saudaranya yang asyik dengan kerja sudah mula bosan. Mulutnya juga sudak berkali ditutup kerana menguap. Tanpa sedar, tingkah disedari pakciknya.

"Syasya bosan ke?" Tanya Tuan Aden menjeling kearah jam di komputer ribanya. Baru setengah jam dia menghadap kerja. Syasya memang begitu. Kalau 10 minit senyap sunyi begitu memang senang rasa bosan. Cuba pasang lagu ke cerita, mesti gadis itu tidak berasa bosan sangat.

"Sedikitlah." Jawab Syasya jujur tidak menyelindung rasa bosannya. "Syasya ambil laptop Sya dalam kereta. Boleh layan movie. Lagipun, Cocorn pun dalam kereta. Kesian dia sendiri."

"Berpisah dengan Cocorn sekejap pun tidak boleh. Sayang sangat dengan Cocorn tu. Tapi, kunci kereta tak ada dekat Uncle. Kamu berikan kepada Haq tadi. Cuba pergi cari dia dan minta kunci dekat dia. Boleh?"

"Boleh! Oops, excited pula." Syasya ketawa kecil kerana sedar dia terlepas laku begitu. "Syasya pergi sekejap ya. Uncle nak Sya ambil apa-apa ke dalam kereta?"

"Tak ada. Ini ada kad akses. Guna untuk kamu masuk bilik Uncle. Tengok movie dalam bilik Uncle."

"Bilik?"

"HQ ada bilik rehat untuk pegawai-pegawai atas. Sebab kami jarang balik dan banyak fail yang tidak boleh bawa keluar office macam itu sahaja. Private and confidential."

"No wonder. Kiranya Uncle pun kalau tidak balik rumah, Uncle habiskan masa disini?"

"Ya. Tapi, kalau Syasya ada di rumah Uncle tidak tidur disini..."

"Sebab Uncle tak nak Sya suspek apa-apa, kan?" Celah Syasya. Tuan Aden senyum mengiakan kata anak saudaranya itu. "Pergi cari Haq. Pejabat dia sebelah Uncle ni sahaja. Rasanya dia ada dalam pejabat dia."

"Okay, Uncle."

"Syasya." Namanya dipanggil sebelum dia melangkah keluar dari pejabat pakcik saudaranya. "Ya, Uncle?"

ENIGMAWhere stories live. Discover now